468x60

.

Sellah Mouloud's Farewell Party

Wednesday, November 30, 2011


i am so sleepy and tired after transfer, resize and edit all photos. so, this entry is all about Mr Sellah Mouloud, my big brother at my office... sadly, he has been transfered to new company. ouh damn, i lost my big handsome and kind brother at office! no one will drop by at my workstation to eat my muruku, no one will give me a lot of chemicals product slide presentation to read, no one will tease me anymore after this. soobbbsssss......and he will kill me if he saw the first picture in this entry is the "handicap" version of him :p




#24 Wordless Wednesday - ozil raksasa saya

Tuesday, November 29, 2011


nota kaki: jangan lupa RETWEET, LIKE, +1 dan COMMENT entry ini



Mini Showcase Muzzy 2011



#nowplaying Hingga Akhir Nafasku by Muzzy.

Siapa Muzzy? Muzzy atau nama sebenarnya, Mohd Namazi Salleh. Pendatang baru dalam industri muzik yang bergelar Muzzy ini masih terlalu asing di kalangan penggemar muzik tanah air. Mungkin dari sisi lain, laluan untuknya membina nama tidak sesukar pendatang baru yang lain kerana adik kandungnya iaitu Noh Salleh dari kumpulan Hujan sudah punya aura tersendiri di kalangan peminat. Pengalaman 11 tahun bermain muzik di kelab sedikit-sebanyak membantu Muzzy untuk menguasai pelbagai jenis muzik meskipun pada hakikatnya dia seorang pencinta punk rock.

Sebagai permulaan, Muzzy tampil dengan album berjudul Destinasiku yang menampilkan lagu-lagu antaranya Hingga Akhir Nafasku, Destinasiku dan Ingin Sekali Aku. Muzik yang Muzzy bawa sebenarnya berbeza daripada perjuangan Noh.




Review: Petaling Street Warriors (Gala Premiere)

Saturday, November 26, 2011


Ingat lagi Namewee, pengarah kontroversi bagi Nasi Lemak 2.0? Kali ini Namewee akan muncul lagi sekali di layar perak dalam filem Petaling Street Warriors. Buah tangan pengarah, James Lee ini menggabungkan pelakon terkenal dan bakat-bakat tabir belakang dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong, iaitu Mark Lee, Yeo Yann Yann, Jack Neo, Frederick Lee dan Namewee. Sebagai sebuah filem yang dipersembahkan bersama-sama oleh Juita Viden Media Group dan Golden Screen Cinemas (GSC) dan diterbitkan oleh Juita Entertainment, Petaling Street Warriors merupakan sebuah filem kungfu berunsur komedi dalam sejarah filem Cina Malaysia, dan telah mendapat perhatian ramai sejak bermulanya pembikinan pada bulan April tahun ini.

Filem ini mengisahkan penjual mee hokkien, See Du Yew (Mark Lee) yang tidak pernah mengetahui bahawa dirinya adalah maharaja terakhir bagi dinasti Ming sehinggalah dia berdepan dengan masalah yang membongkar semua kisah silamnya. Waalupun berumur 35 tahun, tetapi tingkah laku See Du Yew seakan-akan budak lelaki berumur 15 tahun. See Du Yew mengahwini Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann) tanpa mengetahui sebenarnya isteri beliau telah ditugaskan untuk menjaga keselamatannya dan pandai berkungfu. Dengan plot cerita yang menarik, Petaling Street Warriors dengan beraninya cuba memberi suatu jawapan untuk suatu misteri sejarah Dinasti Ming pada tujuh ratus tahun dahulu. Apakah kisah sebenar See Du Yew dan apakah yang terjadi kepadanya dalam filem ini?



Acer Aspire S3 Ultrabook Gadget Impianku

Tuesday, November 22, 2011


[ini Acer Aspire S3 Ultrabook impian saya]

Gadget Impian saya ialah Acer Aspire S3 Ultrabook. kenapa saya memlilih Acer Aspire S3 Ultrabook dan bukannya komputer riba lain yang lagi hebat dan gah namanya? Ramai juga bertanya, kenapa saya tidak memilih MacBook? Saya lebih selesa menggunakan Windows sebenarnya (boleh terima ke alasan ni?) . Saya selesa menggunakan Acer dari zaman kolej saya hingga universiti dan sekarang ni pun saya dapat hadiah dari pakcik saya, saya guna Dell sahaja. Bagi saya, tidak perlu gadget mahal asalkan penggunaan sesuatu gadget itu penting untuk memudahkan rutin harian kita.


[lebih nipis dari iPhone]

So, kenapa saya pilih Acer Aspire S3? apakah kelebihannya? salah satu sebabnya mestilah kerana Acer Aspire S3. nipis dan ringan dan juga rupa bentuk seperti Macbook Air. ramai yang komen, ini adalah klon kepada Macbook Air tapi di bawah jenama Acer. Saya letih sebenanrnya nak travel kemana-mana bawa laptop saya yang tebal ni. berat tu satu hal pula kan? lenguh rasa bahu memikul. sudah lama rasanya saya impikan laptop yang ringan dan nipis, sesuai bawa ke kelas atau study group nanti mungkin?

Selain itu, laptop ni super sebab dia ada kuasa extra speedy resume and save. laptop ni pantas terjaga dari tidur selama 2 saat sahaja. respon yang pantas dari sesebuah laptop memberikan keselesaan kepada pengguna. lagi-lagi pengguna macam saya yang tak pernah nak sabar menunggu. pantang laptop lambat sikit, mula lah. segala-galanya dapat dilakukan dengan segera. walaupun RAM hanya 4GB, tapi bagi saya, itu sudah memadai. buat kerja biasa je pun kan?


Processor : Intel i3, i5 and i7
Graphic : Integrated
RAM : 4GB
Hard disk : Can choice either 320GB HDD or 240GB SSD
Screen : 13.3′ inch LED panel
Screen resolution : 1,366 x 768-pixel
Weight : 1.33kg
Battery : Non-removable lithium-ion battery
Ports : Only USB2.0 sadly NO USB 3.0, HDMI and SD card.


[Ozil, kura-kura saya juga semangat blogging]
sebenarnya nak laptop ni sebab senang di bawak kemana-mana . ye lah, skinny dan slim gitu kan? dan memandangkan anak saya, Ozil dah menguasai laptop Dell saya ketika blogging maka saya teringin nak tukar ke laptop baru. eh boleh alasan macamni? hehehe....saya memerlukan laptop yang senang dibawa kemana-mana sebab saya blogger tegar, selalu travel kesana-kesini, dan selalu ke mana-mana gathering, tweetup dan event-event lain. maka, saya perlukan gadget yang power untuk menampung jari jemari yang tak berapa nak runcing ni menaip entry. saya taknak iPad sebab iPad tak syiok nak blogging. setakat tweet sampai lenguh jari pun tak best. Harga bagi laptop ini ialah RM 2,599 bagi processor i5. dapat i3 pun ok dah. kan?kan?kan? heee...bentuk rupa macam macbook pro tu menarik perhatian saya. esklusif nya kan?! nak lihat video kehebatan Acer Aspire S3 Ultrabook? jum!..



hebat kan? saya harap impian saya tercapai. sebab saya memang tak mampu nak beli gadget saya sendiri. hehehe....





Macarons FREE dari yanmieonline.com

Sunday, November 20, 2011


“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”



Review: Puss in Boots (3D)

Friday, November 18, 2011

Puss in Boots

Akibat kekalahan dalam contest Nuffnang Premiere Screening Puss in Boots, saya nekad untuk menonton Premiere Screening Puss in Boots di 1Shamelin Mall beberapa hari yang lalu. alang-alang dah ada TGV Cinemas baru bukak depan rumah kan? terus pergi je la. tapi tiket dia...masyaAllah pengsan! RM 20 sekeping ye. 3D pulak. so memang mahal kot?




Review: Happy Feet Two



siapa kenal penguin muka gedik comel ni? Happy Feet kembali! yeah, Happy Feet Two mengisahkan Mumble yang dulu tak pandai menari tu dah jadi bapak kepada Erik yang juga tak pandai menari. Menurun genetik bapak dia sikit ni. Disebabkan kekurangan diri tak boleh menari dengan baik dalam Emperor Land ni, Erik rasa terasing. tergedik-gedik bontot gebu Erik ni bila berjalan, merajuk bawak diri jauh-jauh. Erik siap lari dari rumah (er....tanah) ke tempat penguin spesis lain mengikuti Ramon yang gatal miang semacam sangap nak bercinta. heh?



#23 Wordless Wednesday - Gambar Lama Si Bulat

Tuesday, November 15, 2011





Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 2011

Monday, November 14, 2011


mukadimah sahaja da mencerminkan pelbagai cerita. cewahh....dasar pemalas kepenatan tiada masa untuk update blog. curi-curi masa untuk update blog masa office hour. ni pun konpiden nak update lepas tengok officemate pun update blog. kekeke....so ini macam kesinambungan entry wedding sebelum ni. lepas pulang dari wedding petang tu, saya terus salin baju kurung yang ayu tu ke top kaler kuning. bertukar! jengjengjeng..lepas tu rushing pergi bukit jalil. untuk apa? Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 2011!



Wedding @DekGee 121111 #DekgFarah

Sunday, November 13, 2011


as stated in title above, ecehhhh macam tulis email untuk customer pulak. ok, ini entry sepantas mungkin yang boleh saya taip pasal wedding Wan Mohd Tarmizi dan Farah Hazwani (eh betul ke tak entah eja nama diorang) pada hari sabtu lepas. saya berbaju kurung hijau, terus ke KL Sentral untuk bertemu dengan Ween dan Nenah di sana sebelum ke Dewan Perdana, Keramat Mall. sebelum tu, sempat singgah kedai dalam KL Sentral selama 5 minit untuk beli sekotak hadiah. lepas tu kan, kami sesat kaw-kaw punya sebab tak jumpa jalan dan terperangkap dalam jem yang teruk. masa tu tengok jam, macam dah lambat sangat nak pergi twelve eleven twenty eleven wedding ni. alhamdulillah sampai sana, sebelum jam 3 petang. sebelum masuk dewan, ada sesi sign in dulu. comel je.




CANDID TIME CONTEST



adik manis ni tengah buat contest kat blog dia. rajin betul dia buat contest. akak yang dah 4 tahun blogging tak pernah sekali pun buat contest, kekekekeke....oleh kerana saya sedang cari mood nak taip entry baru sambil edit gambar, saya rasa saya perlu join lah contest adik Muna ni. Candid Time Contest... so, mari baca syarat-syaratnya dulu...



Review: Tower Heist

Friday, November 11, 2011


selamat pagi semua! semangat saya bangun pagi hari untuk siapkan entry. semalam balik dari menonton wayang, terus rasa tak larat dan tertidur. memang lah rutin hari jumaat, lepas habis kerja tengok wayang kat Times Square kan? eh , why Times Square but not KLCC? sorry, I love GSC more than TGV. hehehehe~ so, atas cadangan Cik Senah yang sudah menonton Tower Heist bersama Akim AF tu (amboi kemain kau nenah), saya dan my partner 111111 date saya (kemain nak dating tarikh best) pergi menonton wayang lepas waktu kerja semalam. tension bekerja, so pergi menonton filem komedi. eh, tapi bukan dating dengan boipren tau! tak semestinya dating je dengan boipren. dating dengan kawan-kawan pun seronok kan?



Saya Mahu Jemputan Ke MC PITCH



Ada Idea Kreatif Untuk TV, Filem, Novel? Jom Pitch Idea Terus Kepada Producer /Penerbit! Kepada yang ada idea, tak kiralah penulis ka, pemandu teksi ka, doktor ka, suri rumah ka, tukang masak ka, cikgu ka... asalkan ada idea nak tulis buku ka, novel ka, drama tv ka, filem ka, duko ka, apa-apa sajalah idea... tapi tak tahu kat mana dan macam mana nak jual idea tu, silalah ke Program Malaysia Creative Pitch nanti. INGAT! Bukanlah proposal yang tebal-tebal tu, tapi just idea... sekeping pun tak apa... atau cerita terus pun okay... Datang saja ke Finas pada 17hb nanti dan bentangkan idea anda kepada penerbit buku/novel atau produser TV/Filam... kalau diaorang suka idea anda, maka adalah hasil untuk anda. Mana tau idea anda sesuai untuk filem... mungkin rezeki anda RM20K.... atau rezeki anda untuk jadi novelis..

Read more: Blog Mak Dara

email saya: [email protected]



Sembang Kencang 2 dah terbit!

Wednesday, November 09, 2011


hari ni izinkan saya tulis entry dengan membahasakan diri sebagai "gua" dan "lu". gua taip entri ni lepas baru bangun tidur pada jam 12:32 tengah malam. biasalah, pulang dari pejabat pukul 7:30 malam tadi, gua terus tertidur dengan baju kurung yang gua pakai pergi pejabat. lu ingat tak penat ke? gua hari-hari melalui perjalan hidup yang sangat tabah dekat KLCC twin towers tu. ok, hentikan emo. nanti boss gua terjumpa blog ni tengok gua merungut, naya gua. berbalik kepada cerita tadi, gua bangun tidur dan terus bukak Gtaik gua. eh itu Gtalk. gua bukak Gmail gua tengok ada email balasan dari bos besar sembang kencang.



#22 Wordless Wednesday - Today's Communication





What would Puss in Boots do?

Tuesday, November 08, 2011

Puss in Boots

Excited to watch this movie! So, whats up with this Puss in Boots? Long before he met Shrek, the notorious fighter, lover and outlaw Puss in Boots becomes a hero when he sets off on an adventure with the tough and street smart Kitty Softpaws and the mastermind Humpty Dumpty to save his town. This is the true story of The Cat, The Myth, The Legend…The Boots!

So, how would I defeat the bad guys if I were Puss and Kitty Softpaws? Ofcourse, firstly, I will try to flirt with the bad guys! ok, only the handsome bad guys are accepted. LOL. i will use my innocent cute adorable eyes to attract their attention. and when they come closer to me, i will attack them using my claw!




Drama #Soffiya Slot Akasia TV3 (episod akhir)

Monday, November 07, 2011


Siapa layan drama Soffiya setiap isnin hingga khamis jam 7 malam di TV3? Dari timeline twitter saya, memang kebanyakkannya layan drama Soffiya ni. kadang-kadang lucu melihat tweet masing-masing emosi dengan watak Fiona (termasuk saya yang emosi sama) yang sangat kejam tu. siapa tak geram kan? baik lelaki mahupun perempuan, semua pun seronok layan drama ni. kalau lihat timeline twitter saya, dan Haniff, memang kami dah macam pengulas rasmi drama Soffiya ni di Twitter. kalau takde kami, mula lah semua cari (ok ini hiperbola) dan kadang-kadang siapa yang tak dapat menonton drama Soffiya ni, boleh ikuti je jalan ceritanya dari timeline twitter kami.



Contest Gadget Impian

Friday, November 04, 2011


Blog Denaihati kembali dengan contest terhebat sebagai penutup tirai tahun 2011. Gadget Impian? apa gadget impian yang anda impikan tapi belum mampu untuk anda miliki?

Saya sertai contest ni sebab saya ada satu gadget yang dah lama saya impikan tapi saya rasa smapai bila-bila pun tak mampu nak beli. saya impikan Macbook Pro tentunya. untuk apa? penting untuk blogging, buat kerja, dan assignment yang menimbun. kalau boleh, saya nak sangat Macbook Pro ni untuk saya gunakan masa final year saya di UTP. mudah-mudahan saya dapat siapkan kerja saya dengan lancarnya bila guna Macbook Pro. cewahh~

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak



Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2011




Pencalonan Drama dan Filem Anugerah Skrin 2011:

Drama

- 3 Mawar Dara
- Airmata Nur Salina
- Bangunlah Mama
- Berkalung Noda
- Iqra
- Jangan Hantar Aku Ke Neraka
- Janji Syurga
- Kemaafan Yang Tertanggguh
- Korban Kasih Abah
- Kum Kum
- Masihkah Ada Sinar
- Midah Kuih Bangkit
- Pondok Plastik Tepi Kubur
- Rendang Madu
- Sanggul Beracun
- Sudu & Garfu
- Yang Terpuji

Drama Rantaian

- Akinabalu
- Asmara 2
- Dia Bukan Maryam
- Juvana
- Lagenda Budak Setan
- Nora Elena
- Roda – Roda Kl
- Syurgamu Ramadan
- Tanah Kubur
- Trilogi Cinta

Drama Komedi

- Adnan Sempit The Series
- Aku Budak Minang 2
- Edisi Khas
- Geng Surau
- Masak Lomak Cili Api
- Nana Narita
- Senario


Filem

- Mantra
- Senario Asam Garam
- 4 Madu
- Magika
- Jangan Pandang Belakang Congkak 2
- Cuti-Cuti Cinta
- Estet
- Ngangkung
- Aku Tak Bodoh
- Hantu Kak Limah Balik Rumah
- Aku Masih Dara
- Janin
- Damping Malam
- Khurafat
- Sini Ada Hantu
- Kembar Siang
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Ratu The Movie
- Cun
- Di Larang Masuk
- Penunggu Istana
- Seru
- Momok Jangan Panggil Aku
- Kongsi
- Nur Kasih The Movie
- Karak
- Kl Gangster
- 321 Cinta
- Sekali Lagi

*********************************

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2011:

Kategori Drama

Drama Terbaik: Sanggul Beracun
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Eman Manan – Janji Syurga
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Umie Aida – Airmata Nur Salina
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Allahyarham Faizal Yusof
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Elfira Loy
Pengarah Terbaik Drama: Sabri Yunus – Sanggul Beracun
Lakon TV Terbaik: Sabri Yunus – Sanggul Beracun
Drama Rantaian Terbaik: Juvana
Drama Komedi Terbaik: Geng Surau
Videografi Terbaik: Sanggul Beracun
nugerah Artis Harapan Pantene dimenangi oleh Fazli Daniel Ali – Yang Terpuji

Kategori Filem

Filem Terbaik: Magika – Kru Studios
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak – Filem CUN
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Eja – Filem Janin
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Sidek Husin – Filem Karak
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nadiya Nisa – Filem CUN
Pengarah Terbaik Filem:Osman Ali – CUN
Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin – Aku Tak Bodoh.

Kategori Penerbitan Dalaman

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Suatu Ketika – Yuen Yuet
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa – Datuk Fadzilah Kamsah
Rancangan Hiburan Terbaik: Maharaja Lawak Akhir – Astro
Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011
Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama – Pengemis Terhormat

ANUGERAH YASMIN AHMAD
Syamsul Yusof



Review: The Adventures of TinTin (3D)

Thursday, November 03, 2011


Let me write in English ok? Yes, I won premiere screening ticket again from Nuffnang. awesome right? Thank you Nuffnang for given us such a great moment last Wednesday night. At the first time, I thought that this movie will be out on the following days (because every thursday the new movies will coming out) but when I saw the tickets, 10 November? Oh, gosh! we gonna watch it 8 days earlier than others! that is awesome!

So, is it Tintin's name sounds familiar to you? For me, YES. it's from my childhood life. I read a book before about this. The Adventures of Tintin is a series of classic comic books created by the Belgian artist Georges Rémi (1907–1983), who wrote under the pen name of Hergé.



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates