Bila sebut jom ke Perak, mesti dalam kepala terus teringat Gopeng untuk caving or rafting kan? Hah, alang-alang tu jangan la lupa singgah juga ke Kampar. Banyak tempat-tempat menarik tau, dan yang paling terbaru ialah Ilham Seni @ Kampar yang baru je dirasmikan pada September 2022.
Ke ladang limau tambun pun sudah, ke dusun durian pun sudah. Menarik bukan pengalaman kami menikmati buah-buahan tempatan di sekitar Ipoh & Gopeng, Perak? Kali ni, Ney nak kongsi pengalaman menarik kami menginap di Kampung-stay Dimal Chalet - Ayah & Mama yang terletak di Kampung Jahang, Gopeng.
Minggu lepas, Ney berkesempatan untuk menyertai Northern Region Fruits Galore 2022 jemputan daripada Tourism Malaysia Wilayah Utara. Trip 3 hari 2 malam di Perak dan Pulau Pinang dipenuhi dengan aktiviti menikmati pelbagai jenis Buah-Buahan tempatan.
Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm
Hari pertama lagi kami terus ke Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm Yang terletak tidak jauh dari bandaraya Ipoh. Tibanya disana, kami diberi penerangan lebih mendalam tentang Limau Tambun. Rupanya banyak kelebihan Pokok Limau Tambun ni dari daun, pokok, akar, kulit limau selain daripada buahnya. Banyak juga produk yang dihasilkan daripada pokok limau tambun ni antaranya minyak panas akar limau tambun, room spray limau tambun, insect repellent, shampoo, sabun badan dan sebagainya.
Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar kebun dan bergambar. Bukan sahaja buah limau tambun, disini juga ditanam buah-buahan tempatan yang lain yang dijual juga disini, antaranya jambu batu, durian belanda, belimbing madu dan lain-lain lagi. Semuanya manis belaka! Juaajurnya, Ney sendiri tak pernah makan limau tambun. Kiranya ni pertama Kali cuba and barulah Ney tahu rupanya yang warna isi buahnya putih pink itu rasanya paling manis dan jika warna isinya merah, rasanya masam manis.
Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm
158258A, Jalan Ampang Tambun,
31400, Ipoh, Perak
Tiket Masuk: PERCUMA
Waktu Operasi: 9 pagi - 6 petang (Setiap Hari)
Dusun Durian D24 Azlan Gopeng, Perak
Tiba di Gopeng, kami dibawa ke Dusun Durian D24 Azlan yang diusahakan oleh En Fatil & Puas Asdira. Dusun diorang memang bersih wey! Boleh la lepak makan durian dengan dusun vibes! Nak diorang kopekkan durian isi dalam talam siap-siap pun boleh. Boleh makan bawah pondok, nak bersila atas tanah beralaskan tikar, dangau kat tengah dusun pun ada.
Dekat sini, yang popular tentunya Durian D24! Antara jenis durian yang lain ada kat sini, Durian D88, Durian MDURR88, Durian Kampung Bukit, Durian Kahwin, Durian Cili dan macam-macam lagi! Memang sedap semuanya, tapi Ney paling suka D88! Boleh terdampar la melantak durian banyak macam ni.
Dusun Durian D24 Azlan dibuka setiap hari pada musim buah durian.
Menarik kan jalan-jalan cari makan di Ipoh & Gopeng? Haaa entri seterusnya nanti Ney kongsi pengalaman menginap di Kampung-stay & lokasi lain yang boleh korang lawati di Gopeng, Perak!
Seminggu selepas menyertai Alam Flora Cyber Hunt 2022, Ney join pulak Alam Flora Sustainability Hunt 2022 di Taman Tugu, Kuala Lumpur. Semangat betul kalau bab nak merawat bumi ni ya!
Teruja betul untuk join Cyber Eco Hunt (CEH) 2022 tahun ni sebab dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan sepanjang musim pandemik. Pernah join Cyber Eco Hunt 2019, memang fun! Lagi teruja sebab kali ni CEH diadakan di kampung halaman Ney, Kuantan!
Lama tak menulis blog ni sejak busy dengan social media lain. Ney decided untuk menulis ni pun sebab ada masa terluang? Haha! Cafe di Alor Setar, Kedah makin banyak baru buka macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sini sana ada kedai baru, tak sempat nak catch-up! So semalam, Kami sempat ke Shahab Perdana, Alor Setar untuk try WARONG.
Sambil baca news di internet, ternampak pula satu berita yang sangat menarik hati sis. Ayatnya berbunyi sebegini:
Keperluan kanak-kanak OKU Perlis mendapat perhatian RMHC Malaysia dengan pelancaran Biik Terapi Sensori RMHC Golongan asnaf Perlis dibantu dengan sumbangan zakat korporat Mcdonald's Malaysia bernilai RM100,000.
Baru perasan, ini adalah sumbangan dari McDonald’s Malaysia dan RMHC iaitu Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia. Untuk pengetahuan ramai, McD sangat aktif dalam program kebajikan dan memberi sumbangan. Sumbangannya pula bukan sikit-sikit, tetapi dalam bentuk besar dan bermanfaat untuk ramai orang.
Pelancaran Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis
Bertempat di Kangar Perlis, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) telah menyumbang Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis. Majlis pelancaran sumbangan bilik terapi yang ke-34 di Malaysia ini diadakan pada 28 Februari 2022.
Majlis telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut dihadiri dalam majlis ini adalah YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dan YBrs. Prof Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.
Untuk pengetahuan anda, sejak 1999 lagi, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara.
Dengan pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di UniMAP Perlis, maka lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia. |
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR)
Salah satu program dan sokongan RMHC Malaysia adalah memastikan keperluan kanak-kanak berkeperluan khas dan yang mempunyai masalah pembelajaran terutamanya dari golongan B40 ini lengkap dengan baik.
RMSR menyediakan bilik terapi sensori deria dengan peralatan multi-sensori yang serba lengkap berfungsi merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu.
Tujuan utama RMSR adalah untuk meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas serta kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.
RMSR yang telah disumbang oleh RMHC Malaysia di A-Heart Perlis ini merupakan sumbangan dan sokongan mereka terhadap program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis. Program ini telah dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.
“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC.
“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”
RMHC bukan sahaja menyumbang kepada bilik terapi ini sebagai kemudahan, tetapi turut menyediakan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini. Bertuahnya kita pada hari ini kerana masih ada syarikat yang sangat peka dan prihatin seperti McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia.
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Dan Program Dianjurkan
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald sangat aktif membantu masyarakat Malaysia. RMHC yang merangkumi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald sebelum ini telah berjaya membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia suatu masa tersebut.
Program ini menjadi rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia dengan kos tajaan yang melebihi dari RM3.7 juta, bahkan ia telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bilik terapi sensori terbesar ini adalah untuk membantu memberi manfaat kepada kanak-kanak OKU dan yang memerlukan.
McDonald’s Malaysia juga memberi sumbangan zakat korporat. Setiap tahun malah dianggarkan juga lebih dari 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.
Program kebajikan yang turut diadakan adalah seperti sumbangan makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s pada bulan Ramadhan nanti.
Penyerahan Bayaran Zakat Korporat Oleh McDonald’s Malaysia
“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”
Sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam, McDonald’s Malaysia tidak lari dari berbakti membayar zakat. Dalam majlis pada hari tersebut juga, telah diadakan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Zakat korporat bernilai RM100,000 itu disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar kepada Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.
McDonald’s Malaysia sangat prihatin akan nasib masyarakat di luar sana yang memerlukan. Semoga dengan sumbangan zakat korporat ini dapat membantu ramai orang yang memerlukan terutamanya golongan asnaf.
Kesimpulannya, McDonald’s dan RMHC bantu kanak-kanak OKU Malaysia dan seluruh negara dengan aktiviti yang dianjurkan. Semoga Masyarakat Malaysia terus menyokong usaha baik McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia dan dipermudahkan segala urusan kita semua.
Siapa je tak kenal dengan jenama Himalaya kan? Himalaya ni boleh dikatakan salah satu jenama produk yang amat dikenali seluruh dunia. Himalaya juga agak terkenal dek kerana produk mereka yang berasaskan pelbagai jenis herba untuk pelbagai jenis kegunaan dari kecantikan mahupun kesihatan.