Balai Seni Negara telah mengumumkan Kuala Lumpur Biennale (KUL Biennale 2020) edisi kedua dengan tema Tanah Air (Sa)Udara akan diadakan pada 1 September 2020 hingga 28 Febuari 2021.
Wah dah hujung tahun kan? Apa je plan korang untuk cuti sekolah ni? Hah macam Ney duduk je la kat Alor Setar ni. Tapi dengarnya ada banyak event menarik bulan ni di Alor Setar. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020d dancuti sekolah, pihak Forward Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaray Alor Setar akan menganjurkan satu himpunan kenderaan 4x4 dari seluruh Malaysia dan Thailand di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar Kedah pada 20 hingga 22hb Disember 2019 tau! Wah meriahlah bila bergabung dua negara.
Menjengah ke dunia 'The Nutcrackers' di Olive Tree Hotel, Penang baru-baru ini seakan-akan ke dunia baru. Meriah hiasan dekorasi bertemakan The Nutcracker di seluruh bahagian dalam Olive Tree Hotel, Penang dengan dua batang pokok Christmas yang sangat besar dan tiga batang pokok berkonsepkan mesra alam, dekorasi rusa dan kereta luncur salji Santa Claus. Terasa betul kemeriahan Hari Krismas disini!
Dua hari lagi akan berlangsungnya ke Unity Festival Malaysia #UniFestMy! Terujanya bila dapat tahu lebih daripada 30 orang selebriti, di atas 3 buah pentas akan membuat persembahan!
Korang yang selalu ke Indonesia mesti kenal dengan nama perusahaan bas Arga Mas, atau lebih dikenali dengan nama Po Agra Mas yang menyediakan laluan perjalanan AKAP (Antar Kota Antar Provinsi). Bukan tu je, PO Agra Mas juga menyediakan laluan perjalanan AKDP (Antar Kota Dalam Provinsi).
Tiket penerbangan ke Madrid cuma RM99? Pergi dan balik dari Kuala Lumpur? Biar betik! Ya, betul tu. Sememangnya RM99 sahaja. Macam hilang akal kan? Madrid tu kat Sepanyol tau bukan Sekinchan?
Walaupun netizen masih lagi pelik macam mana orang sekarang boleh buat duit dengan main game, peminat-peminat e-Sports sudah pun tahu yang jadi seorang yang handal bermain video game seperti Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang mampu menjadikan seseorang itu kaya!
Baru-baru ni, buat kali pertamanya Ney & suami ke Sunway Lost World of Tambun, Ipoh walaupun kampung ayah Ney dekat sini je. Itulah orang kata, yang dekat tu la kita tak pergi melawat. Rupanya best Lost World of Tambun Ipoh ni! Lagi best sebab bulan ni, sempena Halloween diorang ada Pesta Day of The Dead. Fuh, memang tak rugi kami pilih untuk ke sini.
Lama dah rasanya tak menyertai treasure hunt atau acara larian. Baru-baru ni rasa semangat pulak join Cyber Eco Hunt 2019 anjuran Alam Flora Sdn Bhd & DHES Sdn Bhd. Tapi, ni ala ala cari harta karun versi moden dan dalam masa yang menjaga alam sekitar. Nama pun Cyber Eco Hunt kan?
Setiap kali sebelum travel, Ney akan singgah di myNEWS untuk beli bekalan makanan yang mudah di bawa ketika travel seperti pilihan roti Maru Bakes atau Onigiri. Kadang-kadang kalau suami nak alas perut dengan makanan yang mengenyangkan sebelum ke office pun, singgah dulu di myNEWS ni area rumah untuk beli Bento. Mudah sebab myNEWS ada dimana sahaja, bebila masa boleh datang sini beli makanan. Semua makanan pun fresh setiap hari, ready to eat dan semestinya sedap!
Masa trip ke Sabah, Ney ada singgah ke Ranau sebab dah termasuk sekali dalam pakej percutian bersama Daeng Travel. Terus dari Kundasang War Memorial tu kami ke Bombon Kg Marakau & Ranau Rabbit Farm di Kg Kigiok.
Syukur dan beruntungnya kita hidup di zaman tiada perang di Malaysia yang aman damai sejahtera hendaknya. Bayangkan nenek moyang kita hidup di zaman jajahan British dan Jepun dulu? Perit, luka, darah dan perjuangan yang tiada tolok gantinya.
Kalau berkunjung ke Kundasang, orang cakap tak lengkap rasanya trip tu kalau tidak ke DESA Cattle Dairy Farm yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu ini. Jatuh hukum wajib ok! Trip kali pertama ke Sabah dulu tak sempat nak ke sini, kali ni tak boleh lepaskan!
Negeri Kedah Darul Aman terkenal dengan Negeri Jelapang Padi. Boleh dikatakan rakyat negeri Kedah menyara kehidupan dengan pertanian iaitu penanaman padi. Kerana itulah negeri Kedah merupakan pengeluar utama padi atau beras di Malaysia dengan keluasan tanah tanaman padi yang luas berbanding tanaman yang lain seperti getah, kelapa sawit dan lain-lain. Selain itu negeri Kedah juga mempunyai pelbagai tempat yang sangat menarik untuk anda jadikan sebagai destinasi pelancongan.
"Hello, My Love!" -- terasa macam ex boipren says hello semula selepas lama tak berjumpa. Last Ney ke concert Westlife, tahun 2011, sebelum mereka berpecah dulu. LAPAN TAHUN WEY! Kian, Nicky, Shane dan Mark masih kacak seperti dulu. Sayang, Brian dah keluar dari Westlife. Tapi, bila diorang muncul di atas pentas malam 8 Ogos yang lepas, Ney masih pandang mereka seperti pertama kali berjumpa. Well....hello, my love!
Kadang-kadang, bila dah selalu travel solo, penat jugak nak uruskan itinerari, fikir hal pengangkutan ketika bercuti lagi dan macam-macam. Maka, kali ni bercuti di Sabah, Ney terus tempah pakej percutian yang ditawarkan oleh Daeng Travel & Tours. Bukan sahaja ada pakej percutian murah di Sabah, pihak Daeng Travel uruskan semuanya untuk kami kali ni. Boleh la rileks santai bercuti kan?
Ney memang kaki travel, bak kata kawan Ney - menjalar je sentiasa. Balik dari Kuching Sarawak dua minggu lepas, ke Hatyai pula minggu lalu dan minggu ni ke Sabah. Ney pernah datang Kota Kinabalu sebelum ni, tapi teringin juga nak ke daerah-daerah lain dalam negeri Sabah ni kan?
Ney percaya kunci keyakinan seorang wanita itu bermula daripada diri mereka sendiri, dan semuanya bermula dari dalaman termasuklah penjagaan kebersihan bahagian intim wanita yang menjadi salah satu faktor pemangkin keyakinan diri.
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dititikberatkan lebih-lebih lagi ketika berpuasa macam sekarang ni. Badan kena cukup nutrisi dan vitamin untuk kekal segar menjalani aktiviti harian. Selain pemakanan sihat ketika sahur & berbuka, salah satu benda paling penting Ney amalkan ialah makan vitamin secukupnya.
Tourism New Zealand menyambut Matariki, Tahun Baru Maori di Kuala Lumpur, dengan kolaborasi bersama Chef James Won, dengan konsep unik hidangan jamuan makan tengah hari gabungan juadah Malaysia dan New Zealand. Jamuan makan tengah hari itu diadakan di restoran Chef James Won, Enfin by James Won, dan menerima lebih 50 industri travel, konsulat dan rakan media termasuklah portal travel Have Halal, Will Travel.
Kali ni Ney nak share sikit tentang penjagaan kesihatan kereta. Ye la sejak kahwin dengan orang jauh ni (Ney orang Pahang, suami orang Kedah), kereta kami sangat bekerja keras untuk pulang ke kampung halaman. Bayangkan la sorang Pantai Timur, sorang lagi Utagha? Jauh perjalanan, kuda tua pun letih. Sebab tulah, penjagaan kesihatan kereta itu penting.
Dunia kini cuma di hujung jari. Apa sahaja yang kita nak lakukan boleh dikatakan hampir semua menggunakan teknologi. Baru-baru ni Ney lawat bandar Kuching di Sarawak, walaupun nak beli air mineral di kedai runcit pun, Ney guna cashless payment. Scan kod QR, dan bayar. Nak lakukan transaksi atau hantar duit untuk orang lain pun guna aplikasi telefon je sekarang. Mudahkan?
Betul ke minggu ni kalau datang The Chicken Rice Shop bayar RM10 dapat DUA set nasi ayam? Yes! Laju je korang kan kalau dengar promosi makanan murah macam ni? Sempena pembukaan outlet The Chicken Rice Shop (TCRS) yang ke 100, diorang buat promosi RM10 untuk 2 set kombo single meal. Bukan sekadar nasi ayam, dengan air sekali dia bagi. Murah gila?
Selama ni kalau Ney nak makan Texas Chicken selalu kena berhenti, parking, beratur panjang untuk order dan akhirnya dine in atau take away. Bila dapat tahu Texas Chicken akhirnya akan buka pandu lalu mereka yang pertama di Klang Valley, teruja habis! Ye lah, Ney peminat setia Honey Butter Biscuit Texas Chicken tau! Lepas ni dok kalut nak berkejar sana sini, boleh la pandu lalu je beli Texas Chicken kan? Jimat masa!
Langkawi merupakan sebuah pulau yang terletak di negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri yang berada di bahagian utara negara Malaysia. Ia merupakan lokasi yang sangat popular di antara para pelancong asing dan tempatan disebabkan oleh keindahan pulau ini dan juga pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Tips percutian murah di Asia Tenggara iaitu Pulau ini menyediakan pemandangan yang amat indah dan membuatkan sesiapa sahaja yang ke sini dapat menghilangkan tekanan yang dialami.
Beberapa hari lepas, Ney ke singgah ke IPC Shopping Centre untuk groceries shopping and beli kasut raya husband. Memang IPC ni tempat wajib untuk beli groceries memandangkan Ney senang cari semua benda dalam Ben's Independent Grocer kat tingkat bawah tu. Lagi satu sebab suka pergi Original Classic (OC) kat IPC ni sangat besar! Keluar je dari OC lepas shopping kasut, ternampak depan kedai ada decoration cantik ala-ala Mediterranean Garden konsepnya. Wah apa ni?
Dalam perjalanan Ney pulang ke kampung suami di Kedah, kami berhenti rehat di Pulau Pinang. Ye la bulan puasa memang letih sangat nak teruskan perjalanan berjam-jam, terus kami buat keputusan menginap di Olive Tree Hotel Penang semalaman.
Salam Ramadhan minggu akhir. Bila dah kira hari je nak sambut raya ni, ramai dah tak sempat dah nak memasak bagai. Ye la sibuk dengan persiapan raya last minute kan? Ada yang banyak habis masa shopping di mall, dari kalut nak balik masak di dapur baik berbuka kat luar kan? Hah, ni Ney nak suggest satu tempat best untuk berbuka puasa. Harga pun agak affordable tau!
credit photo: Hesham Alhumaid |
Sabah, negeri di bawah bayu merupakan destinasi yang amat terkenal dengan keindahan dan keunikan tempat dan budaya. Terdapat pelbagai jenis etnik di negeri ini dan ia membuatkan makanan dan budaya di Sabah berbeza di tempat lain. Antara etnik yang terkenal di sini termasuklah Kadazandusun, Kedayan, Iban Suluk dan sebagainya. Oleh itu, Sabah merupakan salah satu tempat yang terkenal untuk dijadikan sebagai destinasi percutian. Tambahan pula dengan pemandangan yang indah dan tenang ibarat berada di New Zealand.
Sabah mempunyai pelbagai tempat - tempat popular yang boleh anda lawati bersama keluarga tersayang. Antara bandar yang paling disukai oleh pelancong adalah Kota Kinabalu, Semporna., Tawau, dan sebagainya. Negeri ini adalah amat besar dan perjalanan dari satu bandar ke satu bandar akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda perlu dapatkan kereta sewa di kota kinabalu jika anda mahu melancong di Sabah tidak kira anda mahu melancong dalam masa yang pendek ataupun panjang.
Tips Menyewa Kereta Sewa di Kota Kinabalu
Sebelum anda menyewa kereta, adalah lebih baik untuk anda membaca tips - tips yang disediakan. Hal ini kerana, ia akan menjamin anda akan mendapat kereta yang terbaik dan menyewa dari syarikat kereta sewa yang bertauliah.
- Bayar Tempahan Terlebih Dahulu
Sekiranya pihak penyewa mahu anda membayar tempahan ataupun deposit terlebih dahulu, ini bermakna kadar sewaan yang diberikan adalah jauh lebih murah. Penyewa perlu memastikan kereta yang diberikan kepada anda tidak diambil oleh pelanggan lain dan juga anda tidak perlu membayar lebih dari kadar yang telah dijanjikan ketika anda mahu mengambil kereta sewa Kota Kinabalu tersebut. Anda boleh mengubah tarikh tempahan anda tetapi anda tidak boleh membatalkan tempahan anda setelah anda membayar duit deposit.
- Pastikan Tiada Had Kilometer
Kebanyakan syarikat kereta sewa Kota Kinabalu akan memberikan had kilometer yang anda boleh gunakan ketika anda menggunakan kereta sewa yang mereka berikan. Jadi, anda perlu mencari syarikat kereta sewa Kota Kinabalu yang tidak memberikan had kilometer untuk anda gunakan supaya anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahukan tanpa perlu risau tentang had tersebut.
- Semak Kerosakan Kereta Sewa Sebelum Menandatangi Dokumen
Ketika anda mengambil kereta sewa Kota Kinabalu yang diberikan, anda harus menyemak kereta tersebut dari segi prestasi dan juga kebersihan kereta sewa. Anda boleh menyemak kerosakan dengan melihat keadaan sekeliling kereta serta menyemak bahagian enjin kereta dan beritahu penyewa sekiranya terdapat sebarang kerosakan yang sedia ada. Hal ini kerana anda tidak perlu menanggung kos tambahan sekiranya penyewa mahu mengecas anda atas sebarang kerosakan.
- Tahap Minyak Petrol Dalam Tangki
Syarikat kereta sewa Kota Kinabalu selalunya akan meminta anda untuk mengisi semula petrol dengan penuh sebelum anda pulangkan kereta sewa dan anda boleh menjimatkan petrol anda dengan mengisi minyak berdekatan dengan pejabat di mana anda perlu pulangkan semula kereta tersebut. Anda tidak perlu risau dengan minyak petrol yang berkurangan sekiranya anda mengikut tips ini.
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd - Kereta Sewa di Kota Kinabalu Terbaik
Meskipun terdapat pelbagai pilihan untuk anda mendapatkan kereta sewa di Sabah, tidak semua perkhidmatan yang diberikan akan memuaskan hati anda. Jadi, anda perlu berhati - hati dalam memilih syarikat perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu yang disediakan. Jika anda mahukan kereta sewa Kota Kinabalu yang terbaik, pastikan anda menyewa dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd, syarikat perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu yang sangat berpengalaman dalam menyediakan kereta sewa yang baru dan mantap.
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu, malah mereka juga ada menyediakan pakej pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah. Anda tidak perlu tercari - cari ejen pelancongan yang lain. Terdapat pelbagai jenis kereta yang boleh dipilih oleh kerana N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd menyediakan kenderaan seperti kereta kompak, sedan, MPV, SUV, 4WD, van dan bas. Apa yang menariknya, ia juga menawarkan perkhidmatan kepada syarikat korporat dan ejensi kerajaan sama ada untuk sewaan bulanan mahupun harian Sudah tentu harga juga adalah amat berpatutan.
Syarikat ini juga telah diiktiraf sebagai 100% syarikat milik bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Kementerian Kewangan Malaysia. Jadi, anda akan menyewa dari syarikat yang boleh dipercayai dan berintegriti. Jenis kenderaan yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah seperti di bawah.
Jenis Kenderaan Yang Disediakan Oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd Kereta Sewa di Kota Kinabalu
Seperti yang anda ketahui, anda boleh memilih pelbagai jenis kenderaan untuk disewa mengikut keperluan dan kehendak anda. Berikut adalah kenderaan yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd;
Kereta Kompak
Kereta Kompak adalah kereta saiz biasa yang boleh memuatkan 4-5 orang, dan amat bagus untuk keluarga kecil. Jika anda ingin melancong seorang diri, kereta ini juga boleh dijadikan sebagai pilihan yang baik. Kereta ini senang dibawa kerana saiznya yang kecil dan juga menjimatkan petrol secara langsung menjimatkan wang anda.
Model kereta kompak yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah;
Axia 1.0 (A)Myvi 1.3 (A)
Kereta jenis sedan mempunyai ruang yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 5 – 6 orang. Ia mempunyai ruang but yang luas dan membolehkan anda untuk meletak barang – barang yang diperlukan di bahagian but tersebut.
Model kereta sedan yang ditaearkan termasuklah:
Bezza 1.3 (A)
Saga FLX 1.3 (A)
MPV
Kereta jenis MPV pula adalah lebih sesuai sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar kerana MPV boleh memuatkan sehingga 12 orang mengikut jenis MPV tersebut. Jadi, anda boleh mendapatkan kenderaan jenis MPV sekiranya anda bercadang untuk membawa keluarga yang besar bersama anda. Kereta jenis MPV pula adalah lebih sesuai sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar kerana MPV boleh memuatkan sehingga 12 orang mengikut jenis MPV tersebut. Jadi, anda boleh mendapatkan kenderaan jenis MPV sekiranya anda bercadang untuk membawa keluarga yang besar bersama anda.
Model MPV yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah;
Model MPV yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah;
Vellfire 2.4 (A)
Innova 2.0 (A)
Innova New 2.0 (A)
Avanza 1.5 (A)
Alza 1.5 (A)
SUV
SUV (Sport - Utility Vehicle) juga merupakan kenderaan untuk orang yang berkeluarga. Ia meneydiakan 7 tempat duduk yang luas dan selesa bagi sesiapa yang membawa keluarga yang besar. Perbezaan antara SUV dan MPV hanyalah dari segi saiz di mana SUV adalah lebih kecil berbanding dengan MPV.
4WD
Anda boleh menyewa 4x4 sekiranya anda merupakan seorang yang menyukai cabaran. Enjin kereta 4x4 amat berkuasa dan boleh digunakan bagi anda yang mahu melakukan pengembaraan di tempat – tempat yang mencabar.
Model 4WD yang ditawarkan adalah;
Hilux Revo 2.4 (A)
Van
Model van amat sesuai untuk disewa jika anda perlu membawa barangan yang banyak dan juga orang yang ramai. Van adalah lebih baik untuk disewa sekiranya anda mempunyai lebih dari 10 orang bersama anda ataupun anda sedang bercuti bersama keluarga yang besar.
Bas
Selain daripada kereta, N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd juga menyediakan Perkhidmatan Sewa Bas. Ia boleh menumpangkan 35-40 orang. Jika ingin buat lawatan ke mana-mana di Kota Kinabalu, Sabah dan anda memerlukan bas pastikan ini adalah pilihan anda! Bas ini selesa, mempunyai penghawa dingin supaya penumpang rasa selesa sepanjang perjalanan.
Kelebihan Menyewa Kereta Sewa Kota Kinabalu Dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd
Jika anda masih teragak - agak untuk dapatkan kereta sewa Kota Kinabalu dari syarikat ini, anda boleh melihat kelebihan - kelebihan yang boleh dinikmati sekiranya anda menyewa dari syarikat ini Berikut adalah kelebihan - kelebihan tersebut sekiranya anda menempah kereta secara atas talian;
- Harga berbeza mengikut tempahan
Harga yang dikenakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah amat berpatutan dan sudah semestinya berbeza mengikut tempahan harian, mingguan dan bulanan. Anda akan terus mendapat diskaun untuk tempahan 3-6 hari sewaan. Jadi, kereta sewa Kota Kinabalu di N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan melancong, malah ia juga boleh digunakan untuk tujuan kerja ataupun kursus di negeri Sabah.
.
- Bayaran deposit sahaja dikenakan
Anda hanya perlu membayar wang deposit untuk mengesahkan tempahan anda agar N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd dapat memastikan kenderaan yang ditempah. Anda tidak perlu membayar secara penuh sekiranya anda masih teragak - agak untuk menyewa. Contohnya, jika anda mahu menyewa kereta Axia, anda hanya perlu membayar RM50 dan selebihnya boleh dibayar ketika anda mahu mengambil kereta tersebut.
- Cara pembayaran yang fleksibel
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd menerima pelbagai jenis bayaran yang bukan sahaja berbentuk tunai. Sekarang ini, anda boleh membayar dengan menggunakan Online Transfer (CIMBClicks, Maybank2u, Bank Islam dan banyak lagi) dan anda juga boleh menggunakan Kad Kredit. Maka, anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak di dalam tangan anda kerana cara pembayaran kereta sewa Kota Kinabalu yang mudah.
- Kereta yang baru dan diservis dengan baik
Setiap kenderaan yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd sudah semestinya mempunyai kondisi yang baik, bersih, selesa, selamat dan prestasi kereta yang mantap. Anda akan mempunyai pengalaman yang baik dan selesa jika anda menggunakan kereta dari syarikat ini. Keluarga anda juga pasti akan menyukai kereta sewa Kota Kinabalu dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd.
- Cara Tempahan Yang Mudah
Tempahan kereta sewa Kota Kinabalu melalui N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah amat mudah kerana ia menggunakan sistem tempahan atas talian. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menelefon atau ke pejabat mereka untuk menempah kereta yang diingini. Malah, tempahan secara online akan diberikan diskaun mengikut tempahan anda. Anda boleh menempah melalui laman web mereka dan masukkan kod baucar diskaun ‘profhariz’ yang bernilai RM20. Tempahan 3 hari ke atas akan diberikan tambahan diskaun sebanyak 5%.
- Diskaun Mengikut Jumlah Hari Tempahan
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd bukan sahaja menyediakan tempahan untuk harian, mingguan dan bulanan, malah anda juga akan menerima diskaun yang amat hebat mengikut tempahan yang dibuat. Berikut adalah diskaun yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd;
- 3 - 6 Hari - 5%
- 7 - 9 Hari - 15%
- 10 - 15 Hari - 20%
- 16 - 20 Hari - 30%
- 21 - 25 Hari - 40%
- 26 - 30 Hari - 50%
Cara Untuk Membuat Tempahan Kereta Sewa di Kota Kinabalu
Proses tempahan kereta dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah amat mudah dan akan membolehkan anda untuk mendapatkan kenderaan yang diingini dengan lancar. Berikut adalah cara untuk membuat tempahan kenderaan dengan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd;
1. Pilih tarikh yang diingini dan lokasi untuk mengambil kereta
2. Senarai kereta untuk disewa akan dipaparkan. Pilih kereta yang anda mahukan dan klik ‘BOOK NOW’.
3. Anda boleh memilih ‘add - ons’ (boleh dipilih). Jika anda tidak berminat untuk menambah apa - apa add - ons, maka anda boleh menekan butang ‘continue’.
4. Isikan butiran anda seperti nama, email dan sebagainya.
5. Semak tempahan anda. Jika anda perlu menambah atau menukar apa - apa butiran, anda boleh menekan butang ‘edit’.
6. Lakukan pembayaran. Anda akan dibawa ke billplz untuk anda membayar deposit.
7. Lengkap. Simpan number tempahan anda dan anda boleh menyewa kereta dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd.
Terma dan Syarat Kereta Sewa Kota Kinabalu Dengan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd
Berikut adalah terma dan syarat yang diberikan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd agar perjalanan anda menjadi lebih mudah dan lancar.
1.Kadar sewa kereta Kota Kinabalu dikira secara harian/mingguan/bulanan. Bagaimanapun, lebihan satu jam akan diberikan untuk anda mengembalikan kereta tersebut.
2. Jam yang seterusnya akan dikenakan cas 10% harian setiap jam. Penggunaan lebih dari 6 jam akan dikira sebagai sewaan harian. Kadar yang dikenakan boleh ditukar tanpa notis.
3. Kadar yang dikenakan termasuk perlindungan penuh terhadap kerosakan yang tidak disengajakan oleh pihak ketiga dan juga kecederaan badan. Bagaimanapun, penyewa perlu bertanggungjawab untuk jumlah yang dikenakan adalah tidak lebih dari jumlah seperti di bawah:
A - Below 1000cc - RM 1,500
B - 1001 - 1300cc - RM 2,000
C - 1301 - 1500cc - RM 2,500
D - 1501 - 2000cc - RM 3,000
E - 2001cc dan ke atas - RM 5,000
4. Penyewa bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kesalahan undang - undang, kecuaian, tayar pancit, tayar pecah, kebocoran minyak petrol, kekurangan elektrik disebabkan terlupa menutup alatan elektrik, kehilangan atau kerosakan aksesori kenderaan dan kerosakan tingkap, cermin dan bahagian bawah kereta.
5. Jika kemalangan atau kerosakan terjadi disebabkan oleh kereta pihak ketiga, maka penyewa bertanggungjawab untuk mendapatkan butiran kenderaan pihak ketiga seperti nombor pendaftaran kenderaan, nama pemandu dan nombor lesen pemandu. Jika insurans tidak dapat diberikan oleh insurans pihak ketiga, maka penyewa perlu membayar segala kerosakan seperti yang telah disebut di terma dan syarat nombor 3.
6. Penyewa perlu memberitahu syarikat kami dan membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari waktu kemalangan atau dari masa anda menyedari tentang kemalangan dan kerosakan untuk ditulis di dalam laporan polis.
7. Penyewa bertanggungjawab untuk membayar semua cas meletak kereta atau saman dari trafik/JPJ/DBKK ketika kenderaan tersebut masih berada di dalam sewaan anda.
8. Tiada pulangan wang untuk pembatalan/perubahan. Perubahan tarikh atau kenderaan adalah mengikut kepada ketersediaan.
9. Kawasan sewaan adalah radius 200km dari Kota Kinabalu. Panduan yang melebihi 200km dari Kota Kinabalu akan dikenakan cas RM200 dan ia mengikut kebenaran dari syarikat.
10. Surcaj akan dikenakan jika memandu lebih dari kawasan Kota Kinabalu.
11. Caj pertemuan lambat RM10 - RM20
21.00 - 23.30 : RM10
23.31 - 06.00 : RM20
Testimoni Pelanggan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd
Perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu yang diberikan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd sudah semestinya bertaraf 5 bintang dan akan memuaskan hati semua pelanggan yang menggunakan servis mereka. Para pelanggan juga ada meninggalkan testimoni untuk anda lihat. Berikut adalah testimoni yang diberikan oleh para pelanggan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd;
Tempah Kereta Sewa di Kota Kinabalu dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd Sekarang
N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD | PERKHIDMATAN KERETA SEWA SABAH
Telefon:
Pejabat : Tekan untuk telefon (08-8258484)
Alamat:
N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD. ( 1169312-V )
Lot C18-2, 1st Floor, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
Tempah dengan menggunakan laman web dan dapatkan kod baucar RM20 dengan menggunakan kod ‘profhariz’