Tahun 2016 dah nak melabuh tirai. Cepat je masa berlalu kan? Tengah kalut duk terkejar sana sini, tetibe je dah nak akhir tahun. Tahun lepas, malam tahun baru sempat lepak di CITTA Mall, main sling shot game apa nama tu bersama Shafiq. Eh dia je lah main, saya takut gugur jantung haha! Tahun ni mungkin kah kita akan ke CITTA Mall lagi?
Selain sembur muka dengan serum untuk menjaga kecantikkan
kulit, saya juga mengamalkan Beauty Shaping – minuman kolagen perasa epal sejak
bulan lepas. Sesuai dengan tagline, “Shape
your body, Beauty your skin” memang consume Beauty Shaping ni membantu untuk
slimming dengan 3 benefit; slimming, collagen dan whitening. Gituh… macam 3 in
1 kan?
Dah umur 28 tahun ni, mestilah nak kena sentiasa menjaga
kulit kan? Maka sekarang ni, setiap pagi je lepas cuci muka saya mula
mengamalkan spray MNK Magique Skinz Booster. Disebabkan mata semakin teruk
lately dengan eyebag dan dark circle, takut jugak mata jadi mata panda kan?
Lepas tu tak cukup tidur banyak kerja sampai muka tak bermaya je. Tu belum
masuk part pergi travel je memanjang hah.
Buku Pojok, salah satu publisher buku alternatif Malaysia,
yang mula menapak masuk industry sejak Oktober 2015 kini dah berusia SATU
tahun. Tahun lepas masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015,
sempat beli buku Kisah Laki Bini hasil tulisan Hamka Kereta Mayat dan Goji
Bundy tulisan Riduan A. Dullah. Tak sangka Buku Pojok dah berjaya menghasilkan
18 buku dalam masa setahun, termasuklah buku SATU.
Siapa
yang tengah plan nak kahwin dalam masa terdekat? One Stop Wedding Centre
kembali di Malaysia Wedding Festival (MEFA)!!! MEFA ni dah edisi ke 15 dan dah banyak bantu bakal-bakal pengantin, dan akan kembali lagi pada 23 hingga 25 Disember 2016 ini di SACC, Shah Alam. Kalau macam risau nak book
pelamin, baju pengantin, wedding planner atau apa sahaja takut kena scam ke
apa, jangan risau sebab semua vendor di MEFA adalah vendor yang boleh dipercayai.
Masuk je MEFA ni, confirm semua persiapan perkahwinan korang lengkap dalam masa
3 hari sahaja! Dan 5 sebab kenapa korang perlu datang ke Malaysia Wedding
Festival (MEFA) Disember ini ialah:
Siapa je tak suka kan alam fantasi penuh magis seperti Alice
in Wonderland? Dari kecil saya memang suka betul tonton kartun Alice in
Wonderland. Memang lejen berapa zaman generasi dah kisah si Alice ni. Disebabkan
Alice in Wonderland ni memang sentiasa di hati semua orang tak kira yang kecik
atau pun besar, maka Sino-Canadian team akan membawa alam fantasi Alice in
Wonderland ke Resorts World Genting. Apa kelainan dan keunikan Alice in
Wonderland kali ni?
Sebut je MAHA mesti semua orang dah macam semangat nak masuk
medan perang kan? MAHA ni ialah Malaysia Agriculture, Horticulture, &
Agrotourism. Tahun ni, MAHA diadakan di MAEPS Serdang bermula 1 hingga 11
Disember 2016. Macam biasalah dah hampir nak tamat MAHA 2016, baru saya
terhegeh-hegeh nak pergi tadi. Seawal jam 730 pagi bertolak dari rumah, sempat
breakfast dan jumpa orang kejap, naik train sampai Putra Height, kira-kira jam
9 pagi terus ambil GrabCar dan ke MAHA di MAEPS Serdang. Diingatkan, seawall jam
8 hingga 9 pagi pun orang dah start masuk ke MAEPS weyh! Maka rancang lah
perjalanan korang sebaiknya. Jem sikit tu biasalah.
GrabCar Driver saya hantar ke Pintu 2, nasib baik ada
shuttle free dari kawasan parking tu untuk ke dewan-dewan pameran. Maka jangan
risau kena menapak la apa. Dengan hati yang tenang dan kesabaran yang tingi
tunggu je shuttle free datang bawak korang ke destinasi yang inigin dituju ok? Parking
RM5 je bayar waktu nak keluar nanti maka tenangkan hati lagi jangan nak pening
kalut cari mana nak bayar parking.
Dah masuk bulan Disember 2016 rupanya. Dah tercapai ke azam tahun 2016 masing-masing? Hah, belum la tu. Okayh ni nak cerita last weekend sempat saya ke Zacheela Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 yang telah diadakan di Parkroyal Hotel Kuala Lumpur, Bukit Bintang. Memang meriah ramai betul tetamu hadir ke Grand Ballroom Parkroyal malam tu.
Zacheela ni ialah satu jenama pakaian muslimah, yang dah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi oleh Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, yang mulanya Zacheela ni online shop je. Tapi demi minat dalam dunia fesyen dan bisnes, sampaikan suami Tengku Shaheela, iaitu Zarkiah Awang Latif iaitu pengasas bersama Zacheela, turut tinggalkan kerjayanya dalam bidang oil and gas. Wow! Kagum betul demi minat kan? Fokus pada yang satu ni je. Dan setakat ini, dah ada dua cawangan Zacheela iaitu butik di Keramat Mall, Kuala Lumpur dan Bangi Snetral, Selangor dengan kekuatan pekerja seramai 16 orang.
Tahukah korang CITTA Mall mengadakan Chill Out Saturday? Hah Chill Out Saturday ni macam satu platform yang dianjurkan oleh CITTA Mall dalam usaha mendekatkan diri dengan komuniti masyarakat (terutamanya yang berkeluarga) dengan mengadakan aktiviti-aktiviti menarik di CITTA Mall. Chill Out Saturday ni kalau boleh dijadikan aktiviti bulanan di CITTA Mall. Sabtu lepas, sempena Chill Out Saturday ni jugak, International LEO Day Fiesta 2016 telah diadakan di CITTA Mall sepanjang dua hari.
International LEO Day Fiesta 2016 dianjurkan oleh Selangor Leo Clubs, salah satu NGO di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung seperti pertandingan mewarna, persembahan, pertandingan LEGO, bengkel Sains, bengkel fitness, games untuk kanak-kanak, electric car ride, bazar jualan dan celebrity pre-loved store.
Malam semalam berkesempatan untuk menonton Teater Muzikal
Komedi: Aladdin RELOADED! Aladdin RELOADED ni adalah pantomime muzikal yang
mengisahkan tentang lagenda Aladdin. Siapa je tak kenal Aladdin kan? Kisah
lagenda Aladdin ni selalu dijadikan bahan cerita untuk pementasan dan juga
pantomime lebih 200 tahun di United Kingdom. Bertemakan magik, romantik,
pengembaraan dan pelbagai lagi kisah tentang Aladdin ni membuatkan kisah
lagendanya sangat popular dan klasik. Sebab tu lah Enfiniti Academy juga buat
pementasan teater muzikal komedi Aladdin RELOADED ni! Kenapa Reloaded? Sebab
tahun lepas dah ada pementasan Aladdin ni Cuma kali ni dia buat comeback dengan
suntikan baru.