Jakel: Tiada kenaikan harga, 6% GST ditanggung oleh Jakel

9:39 am




Pada 1 April 2015 yang lalu, sistem percukaian baru di Malaysia iaitu Goods And Services Tax (GST 6%) atau Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan menggantikan cukai lama sebelum ini iaitu Sales And Services Tax (SST 10% – 16%). Setiap hari rakyat Malaysia ni upload gambar resit sejak 1 April 2015. Semua tentang GST yang memeningkan kepala katanya. Sini sana GST! Nak taknak kita kena juga menghadap GST ni kan?






Sejak beberapa hari yang lalu, ada antara syarikat dan perusahan besar di Malaysia yang buat pengumuman tentang GST. Hari ini, saya berkesempatan ke sidang media oleh Jakel, di Jakel Mall untuk mendengar pengumuman tentang GST. Tipulah kalau tak kenal Jakel kan? Golongan wanita mesti kenal sangat dengan gedung tekstil terbesar di Malaysia ni. Mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia dengan jumlah lebih 5500 pekerja, hebat bukan?

 

 

Pengarah Urusan Jakel, Dato' Hj. Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengumumkan bahawa tiada GST akan dikenakan kepada pelanggan mereka. Hal ini kerana, cukai 6% akan ditanggung oleh Jakel dan diserap terus ke dalam harga biasa yang mereka tawarkan. Namun, untuk pereka fesyen dan  peniaga online yang membeli secara pukal material di Jakel, mereka tetap akan dikenakan GST 6% oleh Jakel kerana harga yang ditawarkan untuk mereka dah tentu jauh lebih murah dari pelanggan biasa. Pihak Jakel juga telah berunding dengan supplier mereka untuk dapatkan harga diskaun demi mengekalkan harga mereka.

 


Tiada kenaikan harga, dan tiada caj tambahan lain atau caj tersembunyi untuk segala produk mereka. Kata Dato' Hj Mohamed Faroz, Jakel sentiasa mengamalkan sikap jujur dan telus dalam perniagaan mereka dan demi menghargai pelanggan tetap mereka yang selama ini menyokong Jakel, tidak salah untuk mereka membalas semula jasa baik para pelanggan dengan menyerapkan GST 6% dan masih kekal harga biasa. Anak-anak syarikat dibawah syarikat induk Jakel juga (contoh: Ariani) akan menyerapkan GST 6%. 

 

Walaubagaimanapun, paparan harga sebelum dan selepas GST tetap akan dipaparkan di resit pembelian kerana mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jangan keliru pula ye? Kerana rata-rata masih tidak faham penerangan tentang GST di resit jika GST diserapkan terus ke dalam harga. Contohnya:

Harga yang dipaparkan di tag harga: RM 100.00

Di resit akan ada paparan harga seperti:

Harga sebelum GST: RM 94.00
Harga selepas GST 6%: RM 100.00


Pelanggan tetap akan membayar harga yang sama seperti dipaparkan di tag harga iaitu RM 100.00. Pengiraan harga sebelum dan selepas GST untuk mengikut piawaian yang ditetapkan. Faham bukan?

 

Hari raya dah dekat. Apa lagi kaum wanita semua pasti tak sabar untuk serbu Jakel dan shopping kan? Saya sendiri dah mula persiapan hari raya dengan membeli sedikit sebanyak kain di Jakel untuk hari raya. Katanya sekarang juga kalau anda shopping di Jakel, anda ada peluang menang cabutan bertuah iaitu hadiahnya wang tunai!


 

 Jom shopping? 

You Might Also Like

2 comments

  1. Jika ada syarikat yang sanggup serap GST maka memang terbaik la..

    ReplyDelete
  2. baguslah kalau jakel serap gst ni.. =)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S