Kereta Sewa Terbaik di Langkawi dari RM 40/Sehari - Operasi 24/7 Hari

2:48 am



Langkawi merupakan sebuah pulau yang terletak di negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri yang berada di bahagian utara negara Malaysia. Ia merupakan lokasi yang sangat popular di antara para pelancong asing dan tempatan disebabkan oleh keindahan pulau ini dan juga pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Tips percutian murah di Asia Tenggara iaitu Pulau ini menyediakan pemandangan yang amat indah dan membuatkan sesiapa sahaja yang ke sini dapat menghilangkan tekanan yang dialami.


Selain itu, Pulau Langkawi pula amat terkenal sebagai pulau bebas cukai yang membuatkan para pembeli-belah boleh rambang mata. Saya sendiri Backpacking: Bulan madu di Pulau Langkawi - Helicopter Tour & Day Trip Cruise. Terdapat pelbagai barangan termasuklah set pinggan mangkuk dan coklat yang dijual dengan harga yang sangat murah. Apabila anda berada di sini, anda perlu menyewa kereta sekiranya anda ingin menerokai Pulau Langkawi. Anda boleh ikuti tips-tips di bawah untuk memastikan anda mendapatkan perkhidmatan kereta sewa terbaik di Langkawi.


TIPS MENYEWA KERETA DI PULAU LANGKAWI



1. Sediakan Dokumen-Dokumen Penting


Dokumen perjalanan merupakan dokumen yang sangat penting dan anda perlu pastikan anda membawanya bersama ketika anda berada di Langkawi. Contoh dokumen yang anda boleh bawa bersama anda adalah salinan kad-kad penting seperti kad pengenalan, lesen ataupun kad pelajar anda. Ia akan memudahkan urusan anda sekiranya pemilik kenderaan yang anda bakal sewa memerlukan dokumen-dokumen ini untuk pengesahan.



2. Buat Perbandingan Harga


Anda perlu bijak ketika merancang percutian ada ke Langkawi, jadi anda harus membuat perbandingan harga ketika anda ingin menempah kereta sewa. Anda perlu memilih kenderaan yang membolehkan anda berasa selesa ketika menggunakan perkhidmatan mereka dan juga dengan harga yang murah. Anda boleh melakukannya dengan membandingkan harga melalui laman-laman web yang anda layari dan pilih mengikut kesesuaian bajet anda.



3. Semak Kerosakan Kereta Sewa


Ketika anda mengambil kereta sewa di Langkawi, anda harus menyemak kereta tersebut dari segi prestasi dan juga kebersihan kereta sewa. Anda boleh menyemak kerosakan dengan melihat keadaan sekeliling kereta serta bahagian enjin kereta dan beritahu pihak penyewa sekiranya terdapat sebarang kerosakan yang sedia ada. Hal ini kerana anda tidak perlu menanggung kos tambahan sekiranya penyewa mahu mengecas anda atas sebarang kerosakan.



4. Minyak Petrol


Syarikat kereta sewa di Langkawi akan meminta anda untuk mengisi semula minyak petrol sewaktu anda memulangkan kereta sewa. Jadi, anda perlu mengisi tangki dengan penuh sewaktu anda berada berdekatan dengan syarikat kereta sewa. Anda boleh menjimatkan wang sekiranya anda mengikuti cara ini.


KERETA SEWA LANGKAWI - SEWA KERETA TERBAIK DI PULAU LANGKAWI

Adakah anda ingin mendapatkan perkhidmatan kereta sewa di Langkawi yang terbaik dan termurah? Langkawi JT Travel & Tours (Kereta Sewa Langkawi) menyediakan pelbagai pakej di Langkawi yang boleh membuatkan anda rasa lebih seronok sepanjang anda berada di sini. 




SERVIS YANG DISEDIAKAN OLEH KERETA SEWA LANGKAWI  

Kereta Sewa Langkawi bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kereta sewa, malah terdapat banyak servis yang disediakan oleh Kereta Sewa Langkawi. Antara servis-servis yang anda boleh dapati termasuk:


  • Pengangkutan - Sewa Skuter/ Kereta / Van / Mpv/ Bas

  • Penginapan - Sewa Homestay / Hotel / Resort / Chalet

  • Pakej Kombo - Pakej - pakej Menarik Untuk Pelajar / Backpacker / Keluarga / Honeymoon/ Kumpulan / Bajet / Pakej Eksklusif

  • Pakej Pelancongan Pulau - Island Hopping/Mangrove/Payar Island(snorkeling/diving)/Sunset Dinner Cruise/Day Cruise/Helicopter tour

  • Aktiviti Ekstrem - ATV/Skytrex/Jungle Trekking/Hiking

  • Aktiviti Masa Lapang - Cable Car / Makam Mahsuri / Galeria Perdana / Kilang Gamat / Under Water World / Taman Hidupan Liar / Ladang Buaya/ Sawah Padi / Mardi Agrotechnology Park/Langkawi Craft Complex/Eagle Square/Legend Park/Natural Park/Mount Raya dan pelbagai lagi... 


JENIS KENDERAAN YANG DISEDIAKAN OLEH LANGKAWI JT TRAVEL & TOURS SDN BHD

Seperti yang anda ketahui, anda boleh memilih pelbagai jenis kenderaan untuk disewa mengikut keperluan dan kehendak anda. Anda boleh memilih kereta sewa dari kompak, sedan, MPV, SUV, van dan sebagainya. Berikut adalah kenderaan yang disediakan oleh Kereta Sewa Langkawi:

  • Kereta Kompak

Kereta Kompak adalah kereta saiz biasa yang boleh memuatkan 4-5 orang, dan amat bagus untuk keluarga kecil. Jika anda ingin melancong seorang diri, kereta ini juga boleh dijadikan sebagai pilihan yang baik. Kereta ini senang dibawa kerana saiznya yang kecil dan juga menjimatkan petrol secara langsung menjimatkan wang anda.

Model kereta kompak yang disediakan oleh Kereta Sewa Langkawi adalah;


  1. Perodua Viva





2. Suzuki Alto




3. Perodua Myvi




4. Mitsubishi Mirage



5. Perodua Axia



6. Honda Jazz



  • Kereta Sedan

Kereta jenis sedan mempunyai ruang yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 5-6 orang. Ia mempunyai ruang but yang luas dan membolehkan anda untuk meletak barang-barang yang diperlukan di bahagian but tersebut. Ia juga mempunyai ruang dalaman yang selesa untuk anda merehatkan kaki dan juga badan di dalam kereta setelah perjalanan yang jauh.

Model kereta sedan yang ditawarkan termasuklah;

1. Proton Saga FLX



2. Nissan Sentra




3. Toyota Vios




4. Honda City




5. Volkswagen Polo



6. Honda Civic




  • MPV

Kereta jenis MPV pula adalah lebih sesuai sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar kerana MPV boleh memuatkan sehingga 12 orang mengikut jenis MPV tersebut. Jadi, anda boleh mendapatkan kenderaan jenis MPV sekiranya anda bercadang untuk membawa keluarga yang besar bersama anda.

Model MPV yang disediakan oleh Kereta Sewa Langkawi adalah;


1. Nissan Grand Livina





2. Toyota Avanza



3. Perodua Alza



4. Nissan Serena




5. Toyota Innova



  • Van

Model van amat sesuai untuk disewa jika anda perlu membawa barangan yang banyak dan juga orang yang ramai. Van adalah lebih baik untuk disewa sekiranya anda mempunyai lebih dari 10 orang bersama anda ataupun anda sedang bercuti bersama keluarga yang besar.

1. Kia Pregio




2. Nissan Urvan



  • Kereta Mewah

Sekiranya anda ingin merasai percutian yang mewah atau anda mempunyai urusan perniagaan yang membuatkan anda kelihatan berketerampilan, maka anda boleh menyewa kereta mewah yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Murah di Langkawi. Kereta mewah ini mempunyai badan yang amat kukuh dan juga reka bentuk dalaman yang sangat menarik. Jadi, anda akan berasa amat selesa apabila anda berada di dalam kereta ini dan juga mengalami pemanduan yang lancar.

1. Toyota Camry




2. Toyota Alphard



3. Toyota Vellfire



KELEBIHAN MENYEWA DARI KERETA SEWA LANGKAWI

Terdapat pelbagai kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Kereta Sewa Langkawi. Antara kelebihan-kelebihan yang anda boleh nikmati termasuklah;

  • Harga Yang Berpatutan



Apa yang paling penting apabila anda sedang mencari perkhidmatan kereta sewa? Sudah tentulah harga mereka yang sangat berpatutan. Anda boleh mendapatkan kereta sewa dengan harga serendah RM 40/ hari dengan Kereta Sewa Langkawi dan anda tidak perlu risau dengan hal-hal yang lain kerana mereka akan menguruskan semuanya dari prosedur sehingga penghantaran kereta.

  • Perkhidmatan Bertaraf 5 Bintang



Kereta Sewa Langkawi amat mementingkan keselesaan pengguna jadi anda perlu memilih mereka untuk memberikan perkhidmatan kerana mereka sentiasa memberikan perkhidmatan yang bertaraf lima bintang kepada pelanggan-pelanggan mereka dengan memberikan kereta yang baik dan customer service yang memuaskan hati serta mesra pelanggan.  

  • Kereta Yang Selesa


Setiap kereta yang anda naiki telah dicuci terlebih dahulu sekiranya ia digunakan oleh pelanggan yang lain. Mereka mencuci kereta tersebut secara menyeluruh sebelum diberikan kepada anda agar anda boleh menaiki kereta dengan selesa dan wangi. Kereta juga akan diservis sekiranya terdapat sebarang kerosakan serta ditukar minyak hitam dan minyak enjin sekiranya kereta tersebut telah sampai mileage yang ditetapkan.

  • Perkhidmatan Pelanggan 24/7

Mereka juga menawarkan khidmat pelanggan selama 24/7 jadi anda tidak perlu risau sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku pada waktu tengah malam. Jika kereta tersebut memerlukan pembaikan, khidmat menunda kereta juga disediakan 24/7. Jadi, anda hanya perlu menghubungi mereka untuk respon yang pantas.


TESTIMONI PELANGGAN KERETA SEWA LANGKAWI





DAPATKAN KERETA SEWA ANDA SEKARANG DI LANGKAWI JT TRAVEL & TOURS SDN BHD

Pilih dan tempah kereta sewa bajet dan premium untuk percutian anda di Pulau Langkawi pada harga yang terendah di pasaran. Gerenti puas hati punya! Hubungi mereka sekarang melalui talian WhatsApp untuk urusan booking slot dan pertanyaan. 



Tempah hari ini untuk nikmati tawaran promosi menarik. Pasti berbaloi!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook