Promosi myNews Bento & Onigiri SERINGGIT!

5:39 pm



Setiap kali sebelum travel, Ney akan singgah di myNEWS untuk beli bekalan makanan yang mudah di bawa ketika travel seperti pilihan roti Maru Bakes atau Onigiri. Kadang-kadang kalau suami nak alas perut dengan makanan yang mengenyangkan sebelum ke office pun, singgah dulu di myNEWS ni area rumah untuk beli Bento. Mudah sebab myNEWS ada dimana sahaja, bebila masa boleh datang sini beli makanan. Semua makanan pun fresh setiap hari, ready to eat dan semestinya sedap!


Promosi bulan September di myNEWS


Kebetulan masa kami ke sana baru-baru ni, ada ternampak promosi untuk Bento dan Onigiri yang dijual pada harga RM1 je. Like seriously Bento dan Onigiri di myNEWS.com dijual hanya dengan harga RM1?

Yasssssss! Cuma RM1..seringgit!! Rupanya bulan September ni myNEWS buat promosi untuk makanan Jepun Bento dan Onigiri beharga RM 1 sahaja. Peminat Bento dan Onigiri pasti takkan melepaskan peluang menarik ni kan? Ye la, siapa taknak beli kalau dah harga seringgit je.



Tapi, bukan setiap hari tau! Promosi RM1 ni hanya boleh didapatip hari Selasa untuk Bento dan hari Khamis untuk Onigiri. Kalau hari lain tu harga biasa lah. Jangan datang salah hari pulak. Dan semua pembelian harga promosi RM1 cuma melalui aplikasi myNEWS dan khas buat ahli myNEWS sahaja.


Hah dan sekarang juga ada promosi lain iaitu bila korang akan dapat 50 mata bonus bila korang membuat pembelian Maru Bakes terpilih (Kaya Pandan, Sosej Ayam, Bun Onion Cheese) dengan aplikasi myNEWS. 



Cara- cara daftar ahli dan dan tebus promosi

Mudah je, korang perlu muat turun aplikasi myNEWS dulu sebab pembelian melalui aplikasi ini adalah menerusi e-Wallet. Cara untuk mendapatkan keahlian dan membuat pembelian pun sangat mudah:

1) Muat turun aplikasi myNEWS di appstore/playstore.

2) Lengkapkan proses pendaftaran ringkas.

3) Kad virtual akan dipaparkan dan korang sah menjadi ahli myNEWS.

4) Tambah nilai dalam e-Wallet.

5) Tebus pembelian RM1 Bento dan Onigiri!


Jumlah maksimum kuantiti pembelian terhad adalah kepada 2 bungkus sahaja di dalam setiap resit.


Melalui aplikasi myNEWS ini, ahli berdaftar juga akan mendapat pelbagai kelebihan. Salah satunya ialah mengumpul mata pembelian. Dengan menggunakan mata pembelian ni, ahli myNEWS boleh menebus mata untuk mendapatkan produk myNEWS, kupon dan lain-lain.

Penebusan mata terkumpul juga boleh dibuat melalui penggumpulan setem (bergantung kepada promosi). Dalam aplikasi ini juga turut disediakan FAQ dan cara-cara bagaimana untuk menebus kupon, reward dan paling penting menyemak lokasi store myNEWS berdekatan dengan korang.



Wah bestnya! Jadi dah buat keputusan ke nak beli Bento dan Onigiri apa? Hah, antara pilihan untuk Bento yang ada ialah:

🔴 MaPo Tauhu
🔴 Spaghetti Spicy Belado
🔴 Jumbo Chicken Cutlet
🔴 Salmon Salsa
🔴 Curry Laksa
🔴 Mee Goreng



Manakala untuk pilihan bagi Onigiri pula ialah:

🔴 Spicy Chicken Mayo
🔴 Tobiko Kani Mayo
🔴 Tuna Mayo
🔴 Smoked Salmon Cream Cheese
🔴 Garlic Teriyaki Mayo Chicken
🔴 Teriyaki Salmon



Selain dari Bento & Onigiri, myNEWS juga ada menyediakan pelbagai makanan Ready-To-Eat yang lain iaitu Maru Bakes. Pelbagai jenis roti ada tau! Dan semua produk Ready-To-Eat di myNEWS ni memang memudahkan, cepat dan tak perlu membazir masa menunggu makanan disediakan. Makanan yang disediakan juga segar dan dihantar pada setiap hari. Setiap lokasi myNEWS juga ada disediakn tempat makan yang selesa untuk duduk dan bersantai sambil makan.


Lokasi-lokasi myNEWS terpilih

Untuk promosi yang berlangsung sekarang adalah bergantung kepada terma & syarat dan konsep siapa cepat dia dapat. Benda dah murah, paati ramai orang lain yang akan berebut nak beli juga. Maka, korang kena datang awal pagi untuk berebut selagi stok masih ada. Selain itu, promosi ini tidak ditawarkan di semua lokasi myNEWS. Hanta lokasi-lokasiyang terpilih sahaja promosi ini di tawarkan. Ahli myNEWS boleh mendapatkan maklumat lokasi yang menyertai promosi ini melalui aplikasi dan boleh juga rujuk link di bawah:

Bento Tuesday RM1 

Onigiri Thursday RM1

Lokasi Maru Bakes

Maklumat lebih lanjut boleh layari:






You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook