Kitar semula lebih mudah bersama Trash4Cash

6:01 pm


Suami Ney memang hantu kitar semula barangan lama. Barangan harian yang boleh dikitar semula juga dia akan asingkan, simpan dan recycle. Contohnya, kalau beli susu kotak. Habis sekotak air tu, cuci kotaknya bersih-bersih lepastu keringkan. Dah kering, asingkan untuk buang di tong yang dah kami sediakan. Kertas juga dibahagi dua kategori, kertas hitam putih atau bewarna. Yang lain ada plastik, tin aluminium, baju lama, dan lain-lain. Hasil jualan Ney jadi Personal Shopper pun boleh tahan banyak jugak boleh kitar semula. Contohnha paperbag, kotak, plastik.  


Tahukah korang, kita boleh menjana wang dengan kitar semula? Mestilah ramai tahu cuma kadang-kadang susah nak cari recycle centre. Kalau ada pun, kadang-kadang jauh pula. Kebetulan, haritu suami ternampak iklan Trash4Cash, perkhidmatan untuk ambil barangan kitar semula di rumah dan mereka akan bayar kita ikut harga barang yang mereka ambil. Wah menarik!

Semuanya melalui aplikasi telefon. Kami muat turun aplikasi Trash4Cash, request untuk pickup di alamat rumah kami, dan upload gambar barang yang ada untuk kitar ssmula. Lepas tu korang tunggu je lori Trash4Cash datang rumah mengikut hari dan waktu yang dah ditetapkan.  



Semua barang akan ditimbang mengikut kategori, dan collector akan terus key-in dalam apps, berapa kilogram barang yang kita nak kitar semula tadi. Apps tu akan terus buat calculation untuk semua kiraan. Mudah kan?

Antara harga-harga barang kitar semula yang pernah Ney jual: 

Powerbank RM0.25/kg
Besi RM0.45/kg
Mixed Paper RM0.15/kg
Kertas Hitam Putih RM0.35/kg
Tin RM0.40/kg
Plastik RM0.40/kg
Baju terpakai RM0.05/kg


Selepas selesai urusan collect barang oleh lori pink Trash4Cash, duit bayaran akan dimasukkan terus ke bank account korang. Status bayaran juga akan di update dalam apps. Alhamdulillah, dah dua kali kami kitar semula dengan Trash4Cash. Memang dipercayai. Jangan risau, duit tu masuk punya. 

Bagi Ney, aplikasi Trash4Cash ni sangat memudahkan. Mudah untuk kita tak perlu nak usung semua barang naik kereta, mudah juga unt tak perlu susah cari recycle centre. Semuanya dihujung jari je sekarang. Buat masa ini, perkhidmatan Trash4Cash cuma available di beberapa buah negeri. Segala informasi boleh check di laman web mereka: www.trash4cash.biz. 


Trash4Cash ialah subsidiari Waste to Wealth Holding,  yang fokus di Kuala Lumpur, Selangor, Perlis dan Kedah buat masa ini. Selain servis collect barang kitar semula, Trash4Cash juga ada servis collect barang construction macam concrete, batu bata, kayu dan lain-lain. Ada juga syarikat yang panggil mereka untuk servis on-site paper shredding. Semua dokumen sulit mereka akan shred di dalam lori khas yang lengkap dengan cctv! Ada juga restoran sekitar Alor Setar ni panggil Trash4Cash untuk food waste management service. Sisa makanan akan dikitar semula untuk jadi makanan untuk ayam dengan skala yang besar. 

Jangan simpan barang banyak kat rumah tu. Buang hoarding disorder dalam diri korang. Jom kita kitar semula! 


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook