Panduan Permohonan Kebenaran Berkahwin Pahang & Kedah

4:01 am


Setiap negeri, berlainan prosesnya. Untuk Ney dan Shafiq, Ney dari Pahang dan Shafiq dari Kedah. Maka, Ney fokus dua negeri ni je ya! Untuk negeri lain boleh check dengan Pejabat Agama Islam negeri masing-masing.

Sebelum berkahwin, kita kena mintak kebenaran untuk berkahwin dulu dan waktu yang sesuai around sebulan atau dua bulan sebelum berkahwin.  Kebenaran nikah yang dikekuarkan oleh Pejabat Agama Daerah sah untuk tempoh 3 bulan (untuk lelaki) dan 1 bulan (untuk perempuan). Dalam masa 90 hari ni nak kena kasi setel ya!


Oh ya both bakal pengantin jangan lupa pula untuk buat dulu ujian saringan HIV di mana-mana klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan ya! Kursus kahwin pun penting kena attend tapi Ney dah pernah attend lama dah around 2 years ago haha!

Dimulai dengan Pengantin Lelaki, dia kena minta kebenaran negeri dia dulu kalau bakal bernikah dengan calon Isteri dari negeri lain di negeri lain juga.



Permohonan Kebenaran Berkahwin Kedah (pengantin lelaki).

Untuk Kedah, Shafiq apply kebenaran berkahwin dalam online system mereka di Sistem Permohonan Perkahwinan Islam Malaysia atau SPPIM: http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline.

Klik button "Permohonan Baru", dan isi semua details yang diperlukan. Antara muka sub modul Benar Nikah Online yang wajid diisi:

a. Pemohon Lelaki
b. Pemohon Perempuan
c. Maklumat Kebenaran
d. Maklumat Wali
e. Hantar Permohonan 


Jika semua maklumat telah lengkap klik butang hantar untuk menghantar permohonan. Mesej ”Permohonan anda telah berjaya dihantar akan dipaparkan. Kemudian, rujuk pada tab status, dan maklumat akan dipaparkan. Kalau keluar status mesej ”Anda dan pasangan dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing bagi proses kelulusan."

Hah masa ni kena print keluar borang yang dah dipohon sebelum ni dan terus ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing-masing. Ingat ya,  proses kelulusan bagi permohonan perempuan hanya diberikan selepas permohonan kebenaran nikah lelaki diluluskan! Maka gigih la Shafiq pergi minta minta kelulusan dari PAID Alor Setar tu. Jangan lupa bawa sekali dokumen sokongan yang diminta, dan disahkan mana yang perlu. Senarai dokumen sokongan akan mereka listkan, ikut je. Dah dapat kelulusan PAID, boleh teruskan dengan bahagian pihak perempuan.


Permohonan Kebenaran Berkahwin Pahang (pengantin perempuan).

Masa sebelum wedding Ney haritu, borang masih manual. So pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, beli Borang 1: Permohonan Kebenaran Berkahwin yang berharga RM1 dan isi borang. Tapi setahu Ney, Pahang juga da mulakan sistem online baru-baru ni. Boleh check link: https://mohnikoh.pahang.gov.my/.

Cabaran terbesar cari Tok Kadi/Penolong Pendaftar. Updated list nama Tok Kadi ni ada di PAID Kuantan. Sampai 2-3 orang Ney terjah rumah diorang sebab bulan August ni pulak la ramai Tok Kadi bercuti la, pergi haji la, macam-macam. Mujur dapat sorang Tok Kadi duduk Balok Pine. Jauh naw naw. Haha!



Jumpa Penolong Pendaftar ni macam nak booking dia terus lah untuk tarikh dan tempat yang ditetapkan. Lepas tu bagi dia sign borang kebenaran bernikah kita tu, sebelum kita hantar ke PAID bersama dokumen sokongan yang lain. Untuk pihak perempuan, apa yang diperlukan ialah:

- Salinan Kad Pengenalan pemohon & pasangan

- Asal & Salinan Surat Beranak

- Salinan kad pengenalan wali

- Asal & Salinan Surat Nikah Ibu Bapa

- Asal & Salinan Sijil Kursus Pra-Perkahwinan

- Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki

- Keputusan Ujian Saringan HIV

- Asal & Salinan Borang 1


Lepas dah submit ke PAID, mereka akan keluarkan Borang 3: Kebenaran Berkahwin dan juga Akuan Nikah. Please make sure nama, alamat, no IC semua betul baru lah bergerak dari kaunter. Ney haritu banyak typo! Haha! Hah, lepas tu nanti korang boleh process bernikah lah. Goodluck untuk bakal pengantin semua! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S