Himalaya Cystone: Bantu Untuk Mengatasi Masalah Kencing Kotor (UTI)

9:02 pm


Siapa je tak kenal dengan jenama Himalaya kan? Himalaya ni boleh dikatakan salah satu jenama produk yang amat dikenali seluruh dunia. Himalaya juga agak terkenal dek kerana produk mereka yang berasaskan pelbagai jenis herba untuk pelbagai jenis kegunaan dari kecantikan mahupun kesihatan.  


Penyakit Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Sebelum tu, Ney nak tanya korang pernah kan dengar tentang penyakit jangkitan saluran kencing (UTI) atau pernah mengalami simptom kencing kotor? Jangkitan saluran kencing ataupun urinary tract infection (UTI) merupakan sejenis jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam sistem urinari. Ini termasuklah pada bahagian buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra. UTI selalunya akan menyebabkan pesakit rasa tidak selesa.


Dulu, waktu sekolah Ney pernah kena UTI ni sampai masuk hospital. Ye la kita mana nak tahu UTI tu apa masa tu haha! Seksa juga sampai masuk ward. Sakit wey kena Kencing kotor ni! Untuk pengetahuan korang, wanita lebih berisiko untuk mengalami UTI 30 kali ganda berbanding lelaki. Malah, 4 daripada 10 wanita yang alami UTI akan mendapat jangkitan kedua dalam masa 6 bulan seterusnya.



Sumber foto: Hello Doktor 

7 tanda kencing kotor:

✅ Pedih atau sakit semasa Kencing

✅ Air kencing berbau

✅ Warna air kencing keruh atau berdarah

✅ Kerap rasa ingin terkencing

✅ Sakit di bahagian belakang badan

✅ Demam


Jika ada simptom jangan abaikan ya! Terus jumpa doktor untuk check. Tapi disebabkan UTI banyak menyerang kaum wanita, maka ramai yang akan berdiam diri apabila mengalami simptom jangkitan saluran urin. Sebab malu satu hal la kan? Tapi kalau korang malu dan biar je lagi parah nanti. Dan mencegah juga lebih baik sebelum terjadi. 


Sebab tu sekarang Ney amalkan consume supplement Cystone dari Himalaya ni. Serik wuiii kalau kena UTI lagi. Ney memang pengguna produk Himalaya sejak dulu lagi. Dan kali ni Ney nak share sendiri pengalaman Ney bersama Himalaya Cystone. Apa tu Himalaya Cystone ni? 



Apa Itu Himalaya Cystone?

Cystone adalah tablet nutrisi yang mengandung bahan alami iaitu herba terpilih yang digunakan untuk membantu mengatasi masalah batu karang dan jangkitan kuman disaluran kencing. Cystone juga dapat bantu untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti: 


✅ Gout 

✅ Kencing kotor

✅ Kencing berdarah

✅ Batu karang

✅ Membersihkan buah pinggang

✅ Mengawal urik asid dari berlebihan


Cystone ni akan membantu menormalkan pH air kencing dan mengurangkan rasa sakit sewaktu membuang air kecil yang ada kalanya kencing juga berdarah. Antimikroba akan melawan patogen kencing biasa yang mengurangkan rasa sakit dan juga berfungsi sebagai anti-radang. Cystone juga membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit sewaktu kencing atau kencing berdarah dan karena hyperuricemia (gout).



Bahan Kandungan Cystone: 

🔵 Didymocarpus Pedicellata

🔵 Saxifraga Ligulata

🔵 Rubia Cordifolia

🔵 Cyperus Scariosus

🔵 Achyranthes Aspera

🔵 Onosma Bracteatum

🔵 Vernonia Cinerea



Cara pengambilan Cystone untuk tujuan merawat sekali sehari sebanyak 2 tablet selepas makan. Manakala, untuk pencegahan pula ambil Cystone sekali sehari sebanyak 1 tablet selepas makan.


Cegah, sebelum terlambat. Kalau dah rasa sakit jangan malu jumpa doktor ya! 


Maklumat lanjut korang boleh layari:

Website: Himalaya Wellness Malaysia  

Facebook: Himalaya Malaysia 1930

Instagram: @himalayamalaysia



You Might Also Like

1 comments

  1. Ty suka tahan kencing sebab banyak kerja. Satu tahap kencing jadi xlawas. Kencing sikit2. Bukan malu nak gi jumpa doktor tapi xde masa. Hahaha. Nanti Ty nk try juga la Cystone ni. Kot boleh mencegah batu karang ke pe. Thank you info.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook