Alam Flora Cyber Eco Hunt 2022

4:24 pm




Teruja betul untuk join Cyber Eco Hunt (CEH) 2022 tahun ni sebab dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan sepanjang musim pandemik. Pernah join Cyber Eco Hunt 2019, memang fun! Lagi teruja sebab kali ni CEH diadakan di kampung halaman Ney, Kuantan!

Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan awal sehari.  Seronok ya roadtrip naik bas dengan kawan-kawan yang lain. Usai sampai Di Kuantan, sempat mengopi lagi di Kopi Samoa berdekatan dengan hotel kami menginap. Punya la lama tak catch-up with each other, banyak benda nak cerita kan? 


Oh ya, apa itu Cyber Eco Hunt? Program CEH ini diadakan untuk menunjukkan komitmen Kumpulan Alam Flora dan sokongan berterusannya ke arah mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan 40% sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan, menjelang 2025 dan juga mempromosikan kempen Alam Flora (Love Food Hate Wastage), perkhidmatan & kemudahan Alam Flora. 

CEH juga diadakan untuk memanfaatkan daripada rangkaian sosial KOL, Influencer & Blogger untuk menyampaikan mesej dan mendapat kesedaran yang betul tentang kaedah yang betul dalam pembuangan sisa pukal atau sisa kebun dari setiap rumah. Tahukah anda, pada masa ini sisa pukal merekodkan kira-kira 10 peratus daripada sisa domestik yang dibuang isi rumah? Hah sebab tu kita perlu tahu tatacara yang betul untuk menguruskannya dengan baik bagi mengindahkan lagi pemandangan persekitaran.


Sesudah subuh esoknya, kami mulakan program dengan sarapan pagi Di McDonald's TelukC empedak. Selesai sesi pendaftaran dan sedikit briefing, lami terus mulakan CEH dengan semangat!


Tugasan 1 : Pencarian Harta Karun

Kami bermula dengan pencarian barang-barang kitar semula yang tertanam di dalam pasir di pantai Teluk Cempedak. Kami menggunakan pengorek yang dibuat daripada bekas susu terpakai bagi pencarian ini. Kesemua barang-barang ini pula akan digunakan di tugasan yang seterusnya. 


Tugasan 2 : Tatacara Pengurusan Sisa Kebun

Di sini, kami diajar tentang pengurusan sisa kebun. Setiap sisa kebun perlu dipotong dalam saiz yang pendek dan potong bahagian tajam dahulu. Hal ini untuk memudahkan lagi pekerja Alam Flora yang akan menguruskan sisa-sisa ini. 

Kemudian, sisa-sisa kebun yang sudah dipotong itu, kami masukkan ke dalam beg plastik atau guni dan diikat rapi. Ingat, sisa kebun atau sisa pukal tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah, sebaliknya hanya diletakkan di tepi tong sampah yang disediakan.


Tugasan 3 : Beach Comber

Apa itu "Beach Comber"? Hah masa Ney dengar pun Ney tak tahu. Rupanya, Beach Comber adalah sejenis jentera sokongan yang digunakan untuk aktiviti pembersihan pantai. Ianya digunakan oleh Alam Flora di persisiran Pantai Teluk Cempedak dan pantai-pantai lain sekitar Pahang. Selama 34 tahun hidup, baru pertama kali tengok Beach Comber. 



Jentera ini rupanya yang memainkan peranan penting dalam memastikan pantai Teluk Cempedak Yang sentiasa dipenuhi oleh para pengunjung ini kekal bersih dan memberi manfaat kepada masyarakat kearah kehidupan yang lestari. Selain sedut segala sampah, jentera ini juga meratakan pasir pantai demi keselamatan pengunjung. 

Habis segala tugasan di Teluk Cempedak, kami terus menuju pula ke Taman Gelora. 


Tugasan 4 : Penjualan Barangan Kitar Semula

Ingat tak harta karun yang digali di Pantai Teluk Cempedak di Tugasan 1? Haaa di Buy Back Centre (BBC) Taman Gelora, kami diminta untuk asingkan sampah itu mengikut kategori kertas, plastik dan lain-lain kedalam kotak yang disediakan. Kemudian, kami barangan kitar semula ini kepada wakil Alam Flora untuk mereka timbang dan bayar mengikut harga jualan semasa yang telah ditetapkan.





Jujurnya walaupun Ney orang Kuantan tapi Ney dah lama tak datang ke Taman Gelora. Tak sangka ada BBC disini, and kawasan ni semua dah cantik dan bersih. Wah, lepas ni orang Kuantan boleh la menjual semula barang kitar semula yang ada di rumah tu kat sini kan? Atleast ada proper place dah untuk hantar. 



Tugasan 5 : Program Komuniti bersama 1S1T

Program 1 Supervisor 1 Transformation Area (1S1T) adalah inisiatif penyelia-penyelia Alam Flora untuk menambah baik kawasan perkhidmatan mereka, melangkaui bidang skop kerja hakiki mereka dan memberi manfaat kepada komuniti sekitar.



Di Laman Gelora ini, kami diminta untuk membuat sentuhan terakhir dengan mengecat tayar-tayar terpakai yang telah diolah menjadi kuda dan angsa. Cantik sangat Laman Gelora ni hasil usaha Alam Flora yang dibuat bagi mewujudkan komuniti dan persekitaran yang sejahtera. 



Tugasan 6 : Makan Pagi dengan Mangkuk Tingkat

Demi kesejahteraan alam sekitar, kita semua harus membiasakan diri untuk tidak menggunakan 'single-use plastic'. Mangkuk tingkat ataupun 'tiffin' adalah pilihan yang lebih mesra alam kerana ianya boleh digunakan berulang kali. Selain itu, pembaziran makanan
juga adalah satu lagi tabiat yang harus dikikis. Pastikan korang menghabiskan makanan anda kerana sisa makanan yang dibuang ke tapak pelupusan sampah akan menghasilkan gas methane yang menyumbang kepada pemanasan global.



Tugasan 7 : Jom Rawat Bumi

Tugasan terakhir kami dibawa ke 'Buy Back Centre', Bandar Kuantan, salah satu lokasi fasiliti belian barangan kitar semula oleh Alam Flora. Tugasan kami di sini ialah menanam pokok herba tempatan yang akan memberi manfaat kepada komuniti sekitar dan mengurangkan pemanasan global. Jom Rawat Bumi di rumah dan di kawasan bandar.


Alhamdulillah, tahun ni Ney juara lagi kategori blogger. Ney sangat menyokong agar program-program seumpama ini diteruskan oleh Alam Flora. Program “Saya Sayang Bumi” oleh Alam Flora juga untuk memainkan peranan aktif ke arah melindungi dan memelihara alam sekitar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau SDG. Mari kita menyokong inisiatif global ini dengan menjadi penyumbang aktif ke arah kejayaannya.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook