Menikmati Buah-Buahan Tempatan Di Sekitar Negeri Perak

12:32 am


Minggu lepas, Ney berkesempatan untuk menyertai Northern Region Fruits Galore 2022 jemputan daripada Tourism Malaysia Wilayah Utara. Trip 3 hari 2 malam di Perak dan Pulau Pinang dipenuhi dengan aktiviti menikmati pelbagai jenis Buah-Buahan tempatan.  


Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm 

Hari pertama lagi kami terus ke Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm Yang terletak tidak jauh dari bandaraya Ipoh. Tibanya disana, kami diberi penerangan lebih mendalam tentang Limau Tambun. Rupanya banyak kelebihan Pokok Limau Tambun ni dari daun, pokok, akar, kulit limau selain daripada buahnya. Banyak juga produk yang dihasilkan daripada pokok limau tambun ni antaranya minyak panas akar limau tambun, room spray limau tambun, insect repellent, shampoo, sabun badan dan sebagainya. 





Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar kebun dan bergambar. Bukan sahaja buah limau tambun, disini juga ditanam buah-buahan tempatan yang lain yang dijual juga disini, antaranya jambu batu, durian belanda, belimbing madu dan lain-lain lagi.  Semuanya manis belaka! Juaajurnya, Ney sendiri tak pernah makan limau tambun. Kiranya ni pertama Kali cuba and barulah Ney tahu rupanya yang warna isi buahnya putih pink itu rasanya paling manis dan jika warna isinya merah, rasanya masam manis. 


Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm

158258A, Jalan Ampang Tambun, 

31400, Ipoh, Perak 


Tiket Masuk: PERCUMA 

Waktu Operasi: 9 pagi - 6 petang (Setiap Hari)




Dusun Durian D24 Azlan Gopeng, Perak 

Tiba di Gopeng, kami dibawa ke Dusun Durian D24 Azlan yang diusahakan oleh En Fatil & Puas Asdira. Dusun diorang memang bersih wey! Boleh la lepak makan durian dengan dusun vibes! Nak diorang kopekkan durian isi dalam talam siap-siap pun boleh. Boleh makan bawah pondok, nak bersila atas tanah beralaskan tikar, dangau kat tengah dusun pun ada.


Dekat sini, yang popular tentunya Durian D24! Antara jenis durian yang lain ada kat sini, Durian D88, Durian MDURR88, Durian Kampung Bukit, Durian Kahwin, Durian Cili dan macam-macam lagi! Memang sedap semuanya, tapi Ney paling suka D88! Boleh terdampar la melantak durian banyak macam ni. 

Dusun Durian D24 Azlan dibuka setiap hari pada musim buah durian. 


Menarik kan jalan-jalan cari makan di Ipoh & Gopeng? Haaa entri seterusnya nanti Ney kongsi pengalaman menginap di Kampung-stay & lokasi lain yang boleh korang lawati di Gopeng, Perak! 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook