LaFaZkAn HaTiMu SaYaNg...

2:19 am

Mengenali lelaki itu adalah detik2 terindah dlm hidupku. Dlm diam aku menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun di saat aku mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah aku tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki…sewajarnya aku tidak akan memburu cinta yg tak pasti..
Lantas aku terus memendam rasa, membiarkan cinta yg tak terucap itu tersimpan di hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun aku nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. aku cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.
Aduhai hatiku….sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwaku terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILLAHI untuk setiap insan. Lantaran itu lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka syg…
Kita dewasa dalam kenangan sebuah pertemuan..
Kita harungi bersama suka duka ranjau kehidupan…
Maafkan hatiku lelaki..
Kiranya terlewat menyambut salam kasihmu…

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook