Apa itu Lynas? Himpunan Hijau 2.0? #himpunanhijau #stoplynas #antilynas

7:33 pm



apa itu Lynas? ada saya ceritakan serba sedikit di entri ini pertengahan tahun lalu. Jujur, saya tidak pernah ambil tahu masa mula-mula kebangkitan isu ini tahun lepas. sampailah seorang makhluk tuhan ni hantar message di facebook, minta saya keluarkan isu ini di blog saya. semua fakta yang ditulis oleh pemudatua tu berjaya buka mata saya untuk turut sama berjuang menentang Lynas.




video tentang bagaimana proses rare earth terjadi dan apa efek pada kehidupan kita.

Plant Lynas yang terletak di Gebeng, Kuantan hanya kira-kira 30 minit dari rumah saya. Jika berlaku kebocoran bahan radioaktif di Plant Lynas, apa yang akan terjadi kepada penduduk di sekitarnya? Lokasi plant Lynas terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk. maka, bagaimana?


Himpunan Hijau 2.0 diadakan di Padang MPK 4, Kuantan hari ini. kira-kira 10,000 umat manusia membanjiri padang seawal jam 7 pagi. saya kagum apabila pak A. Samad Said berkata, "Kita mesti berjuang menghapuskan Lynas kerana hutan kita kini sedang dihapuskan. Saya org tua berumur 76 tahun, tapi masih sanggup naik ke pentas". beliau mendeklamasikan sajak bertajuk "Gebeng Yang Luka". dengar kata, di Maju Junction, Kuala Lumpur juga terdapat kira-kira 1,000 orang berkumpul menentang Lynas. lihat gambar-gambar ketika Himpunan Hijau 2.0 hari ini di Padang MPK 4, Kuantan. kredit gambar kepada Keadilan Daily dan PDRM Malaysia.









walaupun banyak  parti pembangkang turun menyertai Himpunan Hijau 2.0 hari ini, saya tak pandang isu ni dari sudut politik. dari sudut lain saya risau jika projek Lynas ini masih diteruskan, apa akan jadi pada generasi akan datang? saya taknak lihat anak-anak saya masa akan datang hidup dalam persekitaran tidak sihat di tanah kelahiran saya sendiri. walaupun dikatakan hanya sedikit bahan radioaktif akan dihasilkan, bagaimana jika kebocoran plant berlaku? ratusan ribu manusia akan mati, anda sanggup?


ini diambil ketika kempen kecil Save Malaysia, Stop Lynas pada 4 Febuari 2012 di Teluk Chempedak. jika soldadu kecil ini juga berjuang menentang demi kehijauan negara kita, kenapa tidak kita?


more info: Apa itu Lynas?

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S