Parti Laman Sosial di Anugerah Juara Lagu 26 #AJL26

11:11 am


ini entri basi tapi saya nak jugak update. 29 Januari yang lalu, saya dan beberapa rakan laman sosial yang lain dipilih untuk menjadi sebahagian dari krew yang bertugas pada malam Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26).  rasa teruja walaupun mulanya blur kami perlu buat apa sebenarnya pada malam tu. gamble je datang ke sana naik LRT sambil menerima pesanan whatsapp campur bebelan dari Andytelasai from Media Prima. sampai ke Stadium Putra Bukit Jalil tepat pukul 4 petang, jumpa Nisa Kay dan SultanMuzaffar. phewww~ terus diberi All Access pass card. teruja tak dapat All Access pass? boleh terjah semua tu.




Social Media Team

then, kami ada briefing sedikit sebanyak tentang apa yang perlu kami lakukan, lepas tu dibawa masuk ke Arena stadium. backstage ok! kami lepak social media room. tempat akan berlangsungnya parti laman sosial atau media social party untuk AJL 26. masa ni baru tahu, kami akan on air di laman Facebook TV3 untuk AJL26 ni. phewww rasa nak menyorok dari kamera yang ada. masa sampai dalam backstage lounge kami tu, memang tempat tu santai. ada sofa, carpet, bean bag semua. lagi best, atas sofa ada jaclyn victor tengah nyenyak lena tidur. lepas tu dalam room tu ada jugak Leya tengah busy kena mekap. serius putih dia ni macam anak patung. hikhikhik~



Sound Check Session

lepas tu kami dibawa ke main stage, tengok Hafiz, dan Yuna tengah sound check gitu. masa ni terjumpa AzizHazmi, sempat tegur-tegur. lama tak jumpa dia. lepas ni habis lah makin pemes sebab duk keluar kat videoklip artis je. hikhikhik. lepastu ada sesi minum petang, kami di bawa ke tempat makan-makan tu. masa ni jumpa pulak Aidid Marcello. hensem ok. #majorturnon. eh masa ni jumpa Aziz Hazmi lagi sekali.


Aidid Marcello


Fouziah Gous dan Iqram Dinzly 

Ana Raffali


Neelofa


Mia Sara Nasuha dan Thumb Suhaimi


Yuna


Sharnaaz Ahmad dan Shila Hamzah


Marsha Milan Londoh dan Dafi  


Nora Danish


Shila Hamzah 

Zain Saiddin


Hafiz 

Siti Saida


with Andytelasai, Media Prima


Social Media Team at Blue Carpet

lepas tu cecepat kami lepak kejap dalam lounge, sebelum get ready untuk blue carpet AJL26. kerja kami, cuma tweet dan update facebook untuk setiap update AJL26. tapi dah macam blur mula-mula tu sebab ramai artis baru yang kami tak berapa nak kenal namanya. hehehe~ apa-pun, have fun jugak tengok dekat-dekat semua artis yang lalu.



Ning Baizura dan Aizat Amdan


with Aidasue dan Aty


my fav, Hatta Dolmat


Izham or also known as Pasha Ungu? haha.


The famous, Nisa Kay


Dhiya Aizat from Gua Malaysia


Jaclyn Victor


Edry KRU. woot~


Remy Ishak

malam AJL26 start pukul 9malam. kami duduk di lounge, dan on air untuk live streaming di Facebook AJL26. tengok AJL26 dari TV besar dalam lounge lagi best nampak clear dari lepak depan stage. masa ni Ning Baizura datang lepak sementara rambut dia siap set. Jaclyn Victor pun ada datang sebelum dia perform. marvelous betul dress dia. masa kat backstage ni jugak saya jumpa Hatta Dolmat. my fav! jumpa artis takde lah rasa inzal sangat. jumpa Hatta terus seksaited. anyway, kami macam biasa teruskan aktiviti update AJL sementara artis keluar masuk lounge kami lepak tu sampai dah tak sempat rasa teruja. ada lah Aizat, Edry, macam-macam artis masuk lounge kami. tu belum part saya jumpa Remy Ishak yang buat satu stadium macam nak runtuh tu. hehehe...kami tweet, sampai habis AJL26. Tahniah untuk Hafiz kerana memenangi Vokal Terbaik dan Juara Lagu. malam tu memang dia paling sempoi. pakai track bottom, t-shirt lusuh dan kaki ayam pun boleh menang tahu?



We tweet like a storm!


Goodies!

Dear Social Media Party team, it was a great night and we broke our live streaming records with over 21k concurrent viewers and the numbers for the website itself visitors are more than 33k! There were also more than 44million impressions for the tweets! 57k tweets on AJL26 and more than 16k people talking about it. We are the first ever Social Media Party team for #AJL26 and we tweeted up a storm! Good job, team!

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook