Farid Kamil dan Diana Danielle Bertunang

3:10 am


Farid Kamil dan Diana Danielle yang sudah bercinta selama tiga tahun akhirnya mengikat tali pertunangan pada hari Ahad yang lalu di kediaman Diana Danielle di Damansara. Majlis pertunangan tersebut berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana dikatakan Diana telah menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ dengan Farid Kamil. Majlis tersebut sudah dirancang sebulan lebih awal.


Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Manakala tarikh perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook