Eid Mubarak

10:17 am


SELAMAT HARI RAYA! ok, slowpoke sangat. dah hari raya keberapa entah baru ada masa nak update blog. almaklumlah dah final year kat UTP maka, bajet macam final year student yang busy kengkonon. lepas raya ada final exam macam ni lah nak raya pun tak best sangat. so tahun ni, turn beraya di PERAK! yeah, Kampar Perak yang macam lah jauh sangat dari Tronoh yang gersang ini. sejam je dah boleh sampai sebenarnya... zzzz... eh cop! kenapa letak gambar dengan roomate ni? haha~



satu-satunya kad raya handmade. yang saya buat untuk dia. untuk orang lain saya beli je la. buat apa susah payah buat. haha~ assignment bertimbun sangat tak menggalakkan semangat kerajinan untuk siapkan banyak handmade kad raya. ala, tahun ni pun dapat 2 keping je kad raya. mana tradisi hantar kad raya dah pupus ni? bosan lah sms raya aje. 



disebabkan kampung embah saya di Kampar, dan sangat dekat, maka saya saje buat perjalanan balik kampung tu jauh sikit. hari khamis, saya ke Kuala Lumpur dulu. haha~ ditemani Syuhada, saya dan beliau menghantar Hazwan ke LCCT dulu. pestime pergi LCCT. eksaited jugak naik ERL. haha. bila lah boleh naik belon pergi Kuching ni? eh?


dua hari jalan-jalan Kuala Lumpur. sempatlah belanja Syuhada makan Subway di Avenue K, lepak kedai Acik Asmah, lepak saloon buat hair treatment, dan meredah lautan manusia di Jalan TAR. rasa nak pengsan pergi sana. saya bukan beli apa pun. haha~



pulang ke Kampar, Perak sehari sebelum raya menaiki ETS. sampai je kampung, terus tukar uniform (baju buruk) dan ke dapur kita! biasalah, setiap tahun menu wajib adalah sambal goreng jawa. tuuu si Iwan, my cousin tengah masak rendang daging. bukan berlakon tu, memang tugas dia jaga rendang. haha. kurang tenaga kerja di dapur sebab tak ramai balik beraya tahun ni.


close-up baju raya kita tahun ni. sebenarnya kaler hijau turqoise, ada sikit ala-ala hijau PETRONAS.  ada macam hatta dolmat yang buat baju ni tak? padahal makcik cleaner sekolah ibu je jahitkan. manik tu pulak Kak Long Ila yang jahitkan.


yeah satu je gambar raya. curi masa snap kejap masa beraya petang tu. hampeh pagi raya pakai baju raya untuk ke pusara arwah atok je. takde pun sesi tangkap gambar ramai-ramai, atau pun bersalaman bermaafan. semua orang tidur je pagi tu. haha~



hari raya kedua, rushing balik Kuantan. Tok belah Rompin, Pahang masuk Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan hari raya pertama. Tok memang lama dah sakit bahagian dalam perut tapi selalu masuk Hospital Muadzam je. maka dari hari raya kedua hingga hari raya keempat, saya hanya menghabiskan masa di hospital. best jugak beraya di hospital ni. sempat jugak jaga Tok, dan temankan Tok pergi buat ujian endoskopi. rupanya Tok ada ulcer dekat salur pemakanan dan bahagian dalam perut dia. cepat sihat Tok!



Genap seminggu cuti raya (padahal boleh je study week habiskan masa kat rumah tapi nanti taks tudy pulak), harus pulang ke UTP. macam biasa, transit kat Kuala Lumpur dulu, dan jumpa Hazwan dan cousinnya, Aiman yang baru landing dari Kuching. lepas tu jumpa Syuhada, dan jugak awek Nazmi, Azalia. ramai-ramai lepak makan Subway. nyummmy~ balik tu menapak jauh dari gate UTP. fuhh penat. oh, dapat Kek Lapis Sarawak. homemade ok! mama Hazwan yang buat tau. nyamann~~



esoknya, saya dan Hazwan beraya rumah embah di Sg. Lesong, Kampar, dan bawa kek lapis untuk embah. hek~ lepas tu bawak Hazwan beraya rumah opah pulak kat Bukit Pekan, Tronoh Mines. lusanya, kami ke Pulau Pangkor buang tebiat. satu jam lebih je pun duduk kat atas pulau tu. lepak makan cucur udang, lepas  tu balik. haha~ asal cukup syarat nak jejak kaki di Pulau Pangkor sebelum graduate udah ler kan? ;p

itu je la cerita Eid Mubarak saya.  
bapak gila bosan cerita raya saya kan? 
marilah fous study pulak. haha!

♪ ♫ ♩ ♬ Opp..Opp..Oppa Gangnam Style~~!! ♪ ♫ ♩ ♬

ヘ(^o^ヘ) ┗(`ー´)┓ 


You Might Also Like

2 comments

  1. Selamat Hari Raya Puan Ash. Now, I've a better view on that ala2 Rosmah's cloth. Muehehehehe :P

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook