Kesayanganku, Huda.

10:30 am


masa mula-mula jumpa si perut jelly ni, bulan March 2010. first time jumpa, dah kegilaan meroyan tengah-tengah East Coast Mall tu. kami dah lama kenal sebenarnya. dah bertahun kenal, barulah jumpa first time tahun 2010 tu. masa ni kami kurus lagi. eh?


lepas tu, Huda pernah datang tidur rumah saya selama seminggu. seminggu lah tidur sekatil peluk-peluk dengan beruang ni. serius, dia tidur macam beruang. eh? ops! terkantoi pulak. siap bawak segala pet dia, sampai saya rasa saya bela Ozil tu pun sebab terpengaruh dengan minah berperut jelly ni. masa Huda mula-mula dengan Ipin, Huda datang rumah saya jugak. bawak Joni bersama. masa tu malu-malu je Ipin. Huda je yang banyak cakap. like usual. hehe~


lepas tu, lama tak jumpa Huda. entah lah masing-masing busy kan. masa kat Kuala Lumpur, dalam bulan November 2011, pernah pergi tengok showcase kawan sekejap. masa tu tengok Ipin sabar je mengikut. hurm, memang Ipin ni pendiam gamaknya. mas ani eksaited jumpa Huda. gomol-gomol tanpa rasa malu. cucuk perut jelly masing-masing. rindu la katakan.

sempat jugak masa di Kuala Lumpur, kami buat facial treatment sama-sama, dan macam-macam lagi kerja merepek bersama. susah nak luangkan masa sangat dengan dia dah bekerja dan saya pulak bsuy internship masa tu. hurm...

lepastu, terpisah lagi. sampailah...pertemuan yang tak berapa nak janji dan tidak plan..


April 2012, jumpa Huda lagi di AEON Station 18, Ipoh. tak plan, tahu-tahu dia di Ipoh lepas ibu saya yang stalk timeline twitter dia. katanya, Huda balik ke Ipoh. terus capai handphone dan call Huda. masa tu saya dengan Ash tengah dating. Hud akata dia usaha nak datang. sanggup kami tunggu lama-lama. masa ni, Huda dah jadi tunangan orang. maaf sayang, aku tak dapat datang masa hari pertunangan. sebab tu aku tebus janji tu dengan sanggup tunggu kau kat AEON tu. masa jumpa, macam biasa mulut kami tak berhenti bercakap. En. Boyfriend cakap, kami bermulut popcorn. ehyeke?



June 2012, jumpa Huda lagi. bergomol, bercium. eh? kami memang macam ni. masa ni, saya tahu last jumpa dia dalam status tunangan orang. akan jumpa lagi, masa dah jadi isteri. sedih kan? 



8 September 2012, Huda selamat diijabkabulkan dengan Ipin, sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun saya rasa dia pengantin paling stress pernah saya jumpa. Alhamdulillah, sempat juga datang ke majlis kesayangan yang seorang ni. hampir-hampir UTP dengki taknak bagi saya kesana sebab jadual final exam yang merepek. nasib paper habis awal. fuhh~

Untuk Huda, walaupun kita bukan lah bestfriend mana pun tapi aku nak kau tahu yang kau lah girlfriend yang paling aku sayang. segala rahsia hati aku, rahsia hati kau, masing-maish cukup tahu kan? bila ada problem hati je mesti kau jadi doctor aku, aku jadi doctor kau. *kesat air mata* 

rasa tak percaya tengok kau dah kawin dengan Ipin. akhirnya dapat jugak kau bersama Ipin kan? gembira rasa tengok kau happy-happy. aku sayang kau, dan aku harap korang dapat baby secepat mungkin. aku tahu kau dah gatal sangat tu. eh? 

Untuk Ipin, jaga Huda baik-baik. aku dah tak boleh nak gomol cium peluk dia lagi. sangat sedih rasa nak menangis air terjun. happy for both of you (':

You Might Also Like

6 comments

  1. :'( nak nanges. sobsss
    congrats hudaa

    ReplyDelete
  2. Tu diaaaaa...
    Thanks ieraaaaa!!! Apa maksud ko huda dah gatal tu?hahaha...

    ReplyDelete
  3. Tu diaaaaa...
    Thanks ieraaaaa!!! Apa maksud ko huda dah gatal tu?hahaha...

    ReplyDelete
  4. Tu diaaaaa...
    Thanks ieraaaaa!!! Apa maksud ko huda dah gatal tu?hahaha...

    ReplyDelete
  5. kemain ipingg komen sampai tiga kali :P

    ReplyDelete
  6. Stress aku tunggu nak komen entry ni sebenarnya dari laptop tapi sampai sekarang xleh nak online guna laptop sejak laptop tu gila meroyan kalau online je maka dia akan padam maka kalau aku mentulis dekat laptop alu syak buat penat je sebab last sekali sure kena mentulis balik haa.
    Maka aku pun buatlah keputusan komen je la guna hp walaupun sgt la stress tulisan tecit dgn kebarangkalian typo nya lagi. Harap ko tak tergelak guling guling la kalau aku dah terbuat entry jugak kat komen ko ni ye.
    Btw sayangku eyra yang kunun nak skema sejak final year ni. Terima kasih sbb jadi kawan aku. Jadi kawan perut jelly bontot chubby. Aku sayang ko. Rindu nak gegomOl pelok perot comel kau tu.
    Heww terharu mak noks baca entry ko. Dah macam dedicate perpisahan la pulak padahal boleh je gomOl lagi. Eh? Haha
    I miss u eyra. Buat fyp bebaik tahun ni. Jgn merayau sgt. Hehe

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook