Resipi Banana Caramel

5:55 am


sambil tanam anggur di rumah, main masak-masak juga. 
dan oleh sebab blog lama dah tak update atas sebab kesibukan final year yang lalu, 
takpe, mari kita update resipi. hahaha~

semalam masak Banana Caramel.
ada yang mintak resipi la apa. 
meh nak citer. senang je sebenarnya.


bahan-bahan:

Pisang dibelah tengah-tengah. tak kisah la berapa banyak pun nak letak.
2-3 sudu butter
2-3 sudu gula perang. atau bahasa omputihnya, brown sugar. 

cara memasak:

1. panaskan pan, medium heat pun cukup ye. 
2. masukkan butter, dan cairkan.
3. masukkan gula, dan kacau hingga larut.
4. kemudian, masukkan pula pisang. masak hingga 2 minit, lepastu terbalikkan dan masak lagi 2 minit sehingga nampak macam lembut, dan sedap untuk dimakan
5. hidangkan dan makan!

nak lagi best, letak la ice cream vanilla ke, pancake ke. sure nyummmy!
mak aku makan dengan roti pun sedap. hehehe~

ok, selamat mencuba

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S