Review: The Impossible

7:05 am


rasa lama tak review movie dalam ni. sejak final year haritu, tengok wayang banyak kali tapi nak review tak berkesempatan pun sebab tak cukup masa sangat. kesian blog berhabuk. last week tengok wayang pun lupa nak review. ok, kali ni review filem "The Impossible".

siapa masih ingat bencana Tsunami  Disember 2004? bencana yang beri impak besar kepada keluarga mangsa yang terlibat. nak tengok cerita ni, kena feeling macam kita ni berada di tempat kejadian. yeah, feeling kekeluargaan tu penting. 


Filem ni mengisahkan Maria lakonan Naomi Watts, dan suaminya Henry lakonan Ewan McGregor bersama tigak orang anak mereka Lucas, Simon dan Thomas bercuti ke Thailand untuk menikmati cuti hari Krismas. Mereka tiba di Thailand malam Krismas, dan pada hari Krismas, mereka mandi manda sekeluarga di kolam renang. Tiba-tiba bencana tsunami datang dan menghancurkan suasana gembira di resort itu. semua orang tak sempat menyelamatkan diri, Maria dan anak sulungnya, Lucas dihanyutkan ke satu tempat, dan Henry bersama dua orang lagi anak mereka ke tempat yang lain. Siapakah yang terselamat dan apa akan terjadi pada mereka?



Bagi saya, filem ni bukanlah mengisahkan tentang bencana tsunami itu sendiri, tapi tentang sifat kekeluargaan yang mendalam dalam diri mereka.  suasana cemas melanda diri setiap mangsa Tsunami, terpisah dengan keluarga masing-masing tapi mereka tetap semangat untuk mencari dan bertemu semula dengan keluarga mereka walaupun cedera teruk. Tsunami ini telah mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa manusia , dan telah memusnahkan harta benda penduduk setempat. 

Banyak scene sayu dan sedih. antaranya masa Maria dan Lucas gigih nak selamatkan diri, sempat mereka bantu selamatkan Daniel. aksi si kecil Daniel itu sendiri nampak sedih je. Maria yang cedera teruk pula hampir terpisah dengan Lucas pada mulanya disebabkan ditukarkan katil dan rekod kesihatannya tertukar. Henry juga terpisah sementara dengan dua anak kecilnya, Simon dan Thomas kerana perpindahan tempat. banyak lah lagi scene yang akan buat anda mengalirkan airmata. saya bagi 4 dari 5 bintang. 


"This is a true story, beautifully well told. If you can get through it without a few tears, you've a harder heart than mine. Watch The Impossible because it will leave you with a smile on your face, as you go back home and hug your entire family, and thank the powers that be for every moment you've got to spend with them, and for every moment hereafter." :')

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S