Majlis Pelancaran Pasport ASEAN dan Gaya Travel Raya With Friends

9:27 pm


Selamat Hari Raya uolls!

rasa macam lama pulak seorang Neyra tak update blog. huhuhu. sebab internet mampu menampung quota untuk job di social media, blog terabai. so banyak ke korang makan raya haritu? lemak terkumpul berapa kilo? banyak iftar events yang saya attend last month tapi maaf, tak sempat update semua.

kali ni kita ke rumah terbuka Gaya Travel!
apa yang ada agaknya kan? 





 Majlis petang itu diadakan di RUANG Event Space, Seksyen 16, Shah Alam dari jam 4 petang hingga 10 malam. Majlis petang itu dimulakan dengan majlis pelancaran Rancangan Pasport Asean. Sebagai langkah untuk lebih dikenali umum serta berhubung dengan lebih ramai penonton, majalah Gaya Travel  telah melancarkan program televisyen terbaru yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk "Pasport Asean". Usaha ini merupakan perkongsian pintar antara Gaya Travel dan RTM selaku penyiar nasional, beserta Air Asia selaku syarikat penerbangan rasmi program tersebut. Selari dengan perlantikan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN bagi tahun 2015, 'Passport ASEAN' membawa para penonton Malaysia bersama-sama menjelajah destinasi-destinasi tertentu di sekitar ASEAN. 


Hasrat pembikinan program ini ialah untuk mengembangkan minat masyarakat umum untuk melancong dalam rantau ASEAN sebagai satu pasaran besar tanpa batasan. Diantara penaja-penaja lain yang turut menjayakan program Passport ASEAN adalah: Agoda.com, Hotel Quickly, Hotel Pullman Saigon Centre, SelamatBercuti.com , Garage51 by Coffee Societe dan 19 penaja keseluruhannya termasuk Air Asia. 

 Jangan lupa menonton 13 episod Pasport Asean di TV1, 9.30malam setiap hari Ahad! Ada kuiz mingguan dan kuiz terkumpul setiap episod. Hadiah-hadiah kuiz tajaan daripada Gaya Travel Magazine, SelamatBercuti.com dan Garage51. Untuk solo backpacker yang sedang cuba completekan negara-negara ASEAN macam saya ni memang teruja la dengan program TV macam ni!


selepas itu, majlis diteruskan dengan acara Raya With Friends. kan tengah dalam mood beraya lagi, of course la semua pakai baju raya. seronoknya masa ni jumpa kawan-kawan! bila lagi nak beraya bersama kan? 



selain acara makan-makan, ada banyak contest dan pertandingan. lucky draw pun banyak! hadiah pun banyak! meriahnyaaa~~  durian dan rambutan pun ada tau?





 

 



dan alhamdulillah, malam tu I am a lucky winner! menang 2D1N stay at Fave Hotel, Cenang Beach Langkawi. woooo! terbang ke Langkawi la kita nampaknya ye. 

Terima kasih Fave Hotel dan Gaya Travel.





We had fun malam tu! Terima kasih untuk Gaya Travel yang organize majlis happening macam ni, dan terima kasih jugak untuk RUANG Event Space untuk tempat yang awesome macam ni! oh tak lupa jugak SelamatBercuti yang invite saya!


selamat travel kawan-kawan!












You Might Also Like

5 comments

  1. Wah! Bertuahnya.. Langkawi lak tu.. Jeles hakak..😊
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
  2. @Rosmiza hahahahha tapi maybe nak letgo je voucher tu

    ReplyDelete
  3. best.. salam perkenalan.. cantik shawl awak.. tuan blog pun cantik

    ReplyDelete
  4. thanks julieza. shawl buat sendiri je hehe

    ReplyDelete
  5. Good info .. kalau nak bercuti ke pulau redang boleh dapatkan pakej dsini https://vigourmarine.com.my/transport-to-merang-jetty

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook