Konsert Tribute P.Ramlee: Instrumentasi Kontemporari Tradisional di ASWARA

12:57 am



Lama tak tengok konsert kan?. Alhamdulillah, terima kasih Taufiq Hanafi (pelakon Ola Bola) invite saya untuk tengok konsert di ASWARA beberapa malam yang lepas. Entah macam mana entah boleh baik pulak dengan si Taufiq ni. haha! Tapi dia cakap datang la support kawan-kawan dia, so saya pun datang la sebab saya pun memang tengah free je. Dah la konsert FREE!

Konsert Tribute P.Ramlee: Instrumentasi Kontemporari Tradisional ini dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) oleh pelajar tahun akhir sempena Projek Penilaian Tahun Akhir (PeTA) 2016.





Malam tu dimulakan dengan tarian dari pelajar-pelajar ASWARA, dan kemudian nya diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu P.Ramlee. Konsert yang berdurasi selama dua jam ni dipentaskan di Dewan Okestra, ASWARA dan seramai 45 orang pemuzik yang terdiri daripada para pelajar ASWARA, pensyarah-pensyarah muzik ASWARA, dan juga pemuzik professional. 


Konsert penghargaan ini menampilkan kumpulan-kumpulan ensemble muzik tradisional pelbagai budaya dan kaum yang mempersembahkan lagu ciptaan dan nyanyian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan gaya dan interpretasi mereka tersendiri dengan elemen muzik trasional yang dibawakan. Konsert ni menampilkan 12 buah lagu yang diberi sentuhan muzik baru dan konsert ini juga dirakam dan dijadikan sebuah dokumentari. 




Selain daripada penampilan oleh kumpulan-kumpulan muzik Gamelan, Caklempong, Ensemble India dan Cina, Keroncong dan juga muzik moden, ada penampilan khas juga oleh pelakon Johan Asaari dan kumpulan muzik Geng Wak Long yang diketuai oleh pemuzik bertaraf antarabangsa iaitu Kamarulbahri Hussin yang membawa lagu P.Ramlee dalam bentuk muzik tradisional Kelantan. 


Tahniah, semua. Konsert ni memang awesome. Semua orang talented sangat!
Thumbs up! Thanks Taufiq sebab invite :)





You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S