Review: OLA BOLA! Filem wajib tonton!

2:05 am


Received invitation to watch #OlaBola pun dah last minute tapi kebetulan memang free on friday night, terus ON! malam tu terus datang Midvalley, and tak sabar nak menonton wayang filem Ola Bola ni. I always support local film and I believe Astro Shaw's film and especially Chiu Keng Guan's film tak mungkin mengecewakan. macam filem The Journey dulu lah! pecah record kot.


Ola Bola merupakan sebuah filem sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee,Luqman Hafidz,Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan,Katrina Ho,Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan lain-lain. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.


So with other bloggers and friends, malam tu dua hall penuh kami tonton Ola Bola ramai-ramai. few friends expect this film gonna be like typical malay film yang lain. and guess what? tengah tengok pun rasa nak nangis dah. haha! tapi hello, saya tak nangis ok. almost je almost. 
 kenapa korang wajib tonton film Ola Bola ni? 

It's Chiu Keng Guan kot! Nak mintak apa lagi?


Kan dah cakap sebab director film ni Chiu Keng Guan, WAJIB korang tonton. Filem The Journey dulu filem arahan beliau jugak. Sumpah kagum lah filem The Journey dulu. ada keunikannya yang tersendiri. sebab tu bila dapat tahu Chiu Keng Guan pengarah filem Ola Bola, semangat tu lebih sikit. 

It's based on true story. Ingat tak sejarah bola sepak Malaysia tahun 1980? 


Seperti kita sedia maklum, Malaysia pernah berjaya menempah satu daripada tiga tiket untuk Asia ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Namun, kita menarik diri kerana Kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik di Moscow kerana membantah serangan ke atas bumi Afghanistan. Jangan korang tak tahu pulak dulu Malaysia power okayh! Kita ada Soh Chin Aun (Tauke),  James Wong, Khalid Ali, Mokhtar Dahari, dan nama-nama besar yang lain. 

Peminat bola sepak atau tidak, Ola Bola features a multicultural cast yang semua orang akan rasa macam ada kaitan antara satu sama lain.




Ya, saya bukan lah peminat bola pun sampai beriye nak tonton filem ni sebab bola sepak. Tapi satu benda saya suka filem ni multiracial. Nampak macam semua kaum bersatu padu dalam satu filem. Pelbagai masalah yang dihadapi antara mereka, tapi mereka tetap membantu satu sama lain. Masa ni lah segala emosi berkecamuk ni. Part sedih adik Tauke terpaksa berkorban demi keluarga, tanggungjawab dan beban berat di bahu Tauke, susah payah tangungjawab anak sulung macam si Muthu tu, dan macam-macam lagi yang jadi dalam team diroang mahupun keluarga diorang. Tapi diorang bangkit sama-sama.

Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama. 


Semangat setiakawan dan teamwork yang tinggi memang dapat kita lihat lah dalam filem Ola Bola ni. Bila sorang down, yang lain support. Ego tinggi mula-mula, last-last mereka bersatu jugak sampai menang. Memang masa ni semangat kesukanan tetibe masuk dalam diri sendiri. cewah haha! Lagi satu, tengok macam diorang semua berlakon macam dah kawan lama. Ada chat dengan Taufiq (Abu), dia cakap "we just seronok je berlakon antara satu sama lain. have fun je dalam tu". patut nampak semua orang ada chemistry!

Pelakon-pelakon baru tapi hebat berlakon.



Almost all of them are pelakon baru, tapi memang semua hebat! Sebelum hadir ke screening filem Ola Bola ni saya sempat research kejap siapa pelakon-pelakon Ola Bola. Siapa sangka, Luqman Hafidz yang bawa watak Ali dalam filem ni sebenarnya pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014. Dan tahu tak dia dapat berlakon sebab apa? Dia berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem ini hasil gambar selfie-nya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan didalam resume-nya. Gila bro, lu memang awesome! tapi seronok tengok diorang berlakon tak kayu pun haha! Katanya, sebelum mula kan penggambaran filem ni mereka diberi kelas insentif khas selama dua bulan untuk make sure mereka ni semua ready nak berlakon filem Ola Bola. 


Amazing work was put into making the shots look authentic macam 1980s weyh! View pun cantik macam keliru eh ni Malaysia ke?



Satu benda lagi saya kagum dengan filem Ola Bola ni semua benda teliti untuk jadikan suasana 80-an tu. Sebuah fun fair khas turut didirikan hanya semata-mata untuk filem Ola Bola ni. Rasa macam rindu zaman kanak-kanak dulu pergi funfair macam ni. sobs. Tu belum lagi duk kagum tengok mesin jahit, kipas, radio, tv, kamera apa bagai zaman dulu-kala. It's really remind me of zaman dulu-dulu. I was born on 1988, so masa zaman membesar tu sempat jugak lah tengok benda oldschool macam ni kat rumah nenek kan.

Filem Ola Bola ni shooting kat Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Johor, and Sabah. Masa tengok marianne naik train antara Beaufort danTenom, tu pun dah macam wow! Nak pergi sabah naik train tu je semata-mata boleh? Lepas tu kan dan dan lah Bukit Broga cantik semacam dalam filem ni. Sinematografi terbaik!

Kembalikanya Keyakinan, MALAYSIA BOLEH!



Enough said, koranmg tengok je filem ni, korang akan rasa semangat nak mempertahankan maruah negara tu macam mana. Betapa tingginya perasaan sayangkan Malaysia, tanah air sendiri. 




Thanks Dhiya and Astro for having us, dan korang yang lain belum tonton Ola Bola, korang wajib ke pawagam berhampiran sekarang! Filem yang wajib tonton!


Dan satu perkara saya belajar dari filem Ola Bola, 

Life is unpredictable. We accept fate, but we will never surrender. 

GOAL....GOAL GOAL GOAL GOAL!

You Might Also Like

3 comments

  1. wah. sya pulak rasa smgt patriotik nk pergi tgok filem ni

    ReplyDelete
  2. Peh, tengok CGI pun dah power. Mesti sedap gile cite nih.

    Pisyek nak pegi tengok la esok. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Baru tengok hlive, Dato Aznil bersama 3 pelakon ni..Luqman, Jason dan Arif.

    No wonder Luqman ni tak habis-habis cakap pasal bola, rupanya dia memang player berbakat

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S