Review: Koleksi Eksklusif Makeup Althea

1:28 am


Kalau korang biasa baca blog Ney, mesti korang tahu Ney memang suka shopping di Althea Korea. Dari hujung rambut ke hujung kaki, produk hampir semua dari Althea Korea. Menariknya, baru-baru ni Althea dah keluarkan koleksi makeup mereka sendiri! Wahhh memang teruja habis sebab banyak pulak release kali ni.

Of course, Ney dah dapatkan semua variasi koleksi makeup yang eksklusif ni dari Althea Korea! Ada concealer, lip tint, eye glitter, dan eye pallete. Mesti akan datang akan keluar pelbagai barangan makeup lagi kan, Althea? Yang baru ni pun dah buat Ney rasa tak sabar betul nak cuba!


Flawless Creamy Concealer, RM15


Foundation atau concealer antara benda penting sebagai base makeup. Takde ni, tak flawless la muka haha! Untuk Flawless Creamy Concealer, ada 4 shades yang sesuai untuk kulit Asia, iaitu:

#01 Vanilla
#02 Ginger
#03 Honey
#04 Mocha


Wujudnya Flawless Creamy Concealer ni memang memudahkan Ney untuk sorok mata panda, garisan halus, atau bekas jerawat yang degil nak hilang tu. Tekstur concealer dari Althea ni memang creamy dan sangat senang untuk blend. Ney buat dot dot je kat kawasan penuh cela tu, lepas tu blend dengan blender sponge atau jari jemari halus Ney. Magik! Lesap terus cela cela di muka. Mengandungi formula Aquaxyl, kulit muka kelihatan lebih lembap, dan sihat!


Tahan lama tak? Ye agak lama bertahan kesannya di muka, dan sangat pigmented. Banyak shade nak buat apa? Hah masa tu Ney pikir jugak lepas tu kawan bagi idea buat contouring dengan shade yang lebih gelap. Bernas ya idea. Bersaiz 6g sahaja setiap satu, Ney mudah bawak concealer ni kemana sahaja ketika travel atau keluar harian dan dengan harga RM15 je sebatang concealer ni, Ney rasa memang ianya berbaloi!



BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise, RM140


Ni paling excited waktu Ney dapat! Walaupun Ney tak pandai sangat makeup, tapi bila bukak je magnetic case palette ni MasyaAllah cantiknya alahai semua warna Sunrise & Moonrise.

#1. Shimmery nude pink
#2. Matte light brown
#3. Metallic rose gold
#4. Metallic gold
#5. Rich brown with golden shimmer
#6. Deep wine
#7. Pearly pink
#8. Shimmery purple


Kombinasi  8 shade yang matte dan shimmery ni memang sesuai untuk digunakan ketika waktu siang harian biasa hinggalah ke waktu malam nak pergi dinner ke apa. Wah sesuai untuk macam-macam majlis! Ney suka eye palette ni sebab sangat pigmented dan  tahan lama ye di matamu.


Chinese New Year baru ni, Ney cuba menggayakan persalinan serba merah, dan mestilah nak cantik-cantik cuba eye palette baru ni dengan rona merah kan? Haaa terus ye calit calit shade #03 Metallic Rose Gold bergabung dengan #06 Deep Wine. Terserlah di mata Ney warna dua ni memang well blend dan padu!




Spotlight Eye Glitter, RM24


Tak cukup eyeshadow menyerlah warnanya, korang terasa nak feeling diva glamour gitu? Hah masa ni lah spotlight eye glitter ni diperlukan. Ada dua pilihan warna:

#01 Gold Light
#02 Pink Light

Credit: Althea Korea

Korang cuma perlu apply sikit di kelopak msta sebagai eyeshadow atau bokeh jugak digunakan sebagai eyeliner . Wah glitter terus mata! Walau tekstur eye glitter ni liquid tapi cepat kering tau? Lepas tu mudah sangat untuk blend di kelopak mata. Untuk harga RM24 memang berbaloi. 



Watercolor Cream Tint, RM20


Tak lengkap rasanya kalau bibir tak merah mak ngah kan? Kusam je rasa. Menarik bila tengok Althea keluarkan 4 jenis shade lip tint! 

#01 Plum Cream
#02 Strawberry Cream
#03 Peach Cream
#04 Maroon Cream 


Personally, Ney suka conbine shade so dapat warna yang lebih menarik. Tapi dalam 4 shade ni Ney paling suka guna #01 Plum Cream  dan #02 Strawberry Cream. Cream tint ni tak bercapuk, tak kering malah melembabkan bibir. Salah satu sebab ianya melembabkan bibir sebab cream tint ni mengandungi Hyaluronic Acid yang sememangnya kita tahu fungsinya untuk hidration. Nama je cream, tapi tekstur glossy and shiny menyerlahkan bibir si pemakai.



Menarik kan koleksi makeup terbaru eksklusif dari Althea Korea? Jangan lupa dapatkan mana mana yang berkenan di hati di link: my.althea.kr/althea-exclusives/makeup. Maklumat lanjut tentang Althea Korea:

Website: https://my.althea.kr/ 
Facebook: fb.com/altheamalaysia
Instagram: @altheakorea

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook