Review: Mencuci solekan dengan SAFI Micellar Natural Cleansing Water

3:26 am


Tak kisah lah selalu makeup tebal ke nipis ke atau tak mekap, Ney mesti akan jaga bab bersihkan muka. Sebelum mencuci muka dengan pencuci muka, Ney akan cuci dulu dengan makeup remover. Ye lah kadang-kadang dah lap dengan kapas tu baru nampak banyak betul kotoran di muka!  Rimas lah nak tidur dengan berlapis mekap. Ini bukan drama melayu! Eh...  Mujur ada SAFI Micellar Natural Cleansing Water.

Diperkaya dengan formulasi 100% bahan aktif semulajadi, SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni juga serius tak pedihkan mata langsung! Kadang-kadang tengah syok lap muka tu boleh termasuk mata jugak airnya tapi yang ni memang serius tak pedih mata. Kandungan bahan semulajadinya amat sesuai digunakan terutamanya untuk membersihkan solekan di sekitar bahagian mata yang merupakan bahagian kulit yang nipis, sensitif, dan paling terdedah kepada masalah kedutan, jika kita menggunakan pembersih solekan yang tidak sesuai. Boleh dikatakan memang mesra kulit betul.


Seperti solekan yang mampu menyerlahkan sisi personaliti dan gaya berbeza setiap wanita, SAFI percaya kulit yang cantik adalah kulit yang sihat dan ini dizahirkan dengan penggunaan produk penjagaan kulit muka dan rutin kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan khusus kulit korang. Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI | SAFI Excellence in Research and Innovation | Centre, makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya.


SAFI Micellar Natural Cleansing Water merupakan rangkaian produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilasan, disamping mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi. Ianya juga telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS , minyak mineral , pewarna, alkohol, Paraben, Propylene Gylcol dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM. Kombinasi formulasi manfaat alamiah dan bebas bahan kimia produk ini tidak memberikan kesan kekeringan ketika digunakan untuk menanggalkan solekan. 

Ney dah beberapa hari cuba SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni memang puas hati sangat. Ney cuma perlu guna sikit je, titiskan pada kapas dan dengan satu sapuan, terus hilang segala kotoran di muka Ney. Paling seronok, bukan muka je rasa segar tapi kulit terasa lembab dan lebih lembut.

SAFI Micellar Natural Cleansing Water hadir dengan tiga variasi rumusan 100% bahan semulajadi aktif setiap satu  menepati keperluan khusus kulit korang:


SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Rose 

- Untuk kulit normal & kombinasi 
- Membersih & mengecilkan liang pori 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi bunga mawar, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri. Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. 


SAFI Micellar Natural Cleansing Water -  Neem  

- Untuk kulit berminyak & berjerawat 
- Membersih & mengawal jerawat 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Neem, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengawal jerawat, hasilnya kulit berseri tanpa cela. Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.


SAFI Micellar Natural Cleansing Water – Cucumber 

- Untuk semua jenis kulit 
- Membersih & melembapkan kulit 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta melembap dan juga menyihatkan kulit, hasilnya kulit lembut dan bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Rangkaian produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni dijual dengan harga RM 17.25 bagi botol bersaiz 200ml dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Wah 200ml tu untuk sebulan pun cukup sangat dah! Memang tak rugi untuk dapatkan SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni tau! Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari:

Website SAFI: 


Instagram SAFI: www.instagram.com/SAFIMalaysia.  


Jom kita membina keyakinan diri setiap wanita dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat korang dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta hashtag #SAFIMICELLARWATER dan #SAFISKINSTORY. Ayuh! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook