Rumah Impian di Bertam Eco Residence, Bertam Perdana

8:10 am


Dari sebelum berkahwin, sampai lah dah pun berkahwin ni kami berdua masih mencari rumah impian bersama. Tapi, sebab kami ni hidup nomad sana sini dari pantai timur ke utara ke kuala lumpur tengah-tengah tu pun masih belum buat keputusan nak settle down di mana. Baru-baru ni masa pergi delivery hasil jualan di Bertam Perdana ternampak pulak kawasan perumahan yang sedang dibina, Bertam Eco Residence oleh Bertam Properties Sdn Bhd. Macam menarik pulak rumah kat sini. Eh?


Rumah pertama kami lawati ialah Eco Palmera, sejenis banglo setingkat dengan keluasan rumah 2,192 kaki persegi hingga 2,662 kaki persegi. Kalau termasuk dengan keluasan tanah, jadi 4,566 - 7,832 kaki persegi. Tu diaaaa luas kan? Lagi yang menarik, katanya rumah ni dijual dengan Interior Design nya sekali. Tak payah dah nak pening fikir interior macam mana nak bagi cantik. Fuh! Bagus betul kan?

 


Mula-mula sampai ke show unit tu, rasa macam impress tengok bungalow kat sini besar ruang tanah sekelilingnya. Lagi impressive bila tengok garage kat depan rumah tu automatic garage macam biasa dalam filem-filem mat salleh tu. Wahhhh satu kelainan ni. Dan menariknya, masuk je pi tu depan tak terus jumpa ruang tamu. Dia macam ada lorong-lorong kehidupan gitu. Bila dengar sales person tu explain baru tahu yang bungalow di Bertam Eco Residence ni semunya inspirasi dari design rumah di Australia! 



Dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 1 bilik utiliti yang juga boleh dijadikan sebagai bilik tidur, setiap bilik punya bilik air sendiri. Takde la berebut sangat tunggu turn mandi ke apa kan? Ada privacy gituh. Bilik pun sangat luas, dan banyak ruang untuk barang-barang lain. Bahagian ruang tamu pulak luas, sampai ke dapur. Muat nak buat bahagian tempat makan atau mini bar, lepas tu dapur pulak macam terbahagi kepada dry kitchen and wet kitchen. Memang best!


Rumah kedua, salesperson bawa kami ke Eco Florenz, sejenis banglo dua tingkat. Masa tengok banglo ni macam wow! Besarnya banglo ni! Dengan keluasan rumah 3,158 kaki persegi dan keluasan tanah keseluruhannya seluas 5,568 hingga 8,031 kaki persegi, memang rasa macam inilah rumah idaman semua wanita. Haha! Penat tu memang penat la nak mengemas tapi puas rumah luas macam ni.



Juga didatangi dengan garaj automatik persis rumah di luar negara gitu, rumah ni juga memang design inspirasi dari benua Australia. Tengok tangga pun dah cantik weyh! Feeling sangat rumah macam ni. Kat bawah tangga interior nya dibuat seperti reading corner, dan bila naik tangga tu boleh view terus ke bawah nampak ruang tamu. Macam bahagian ruang tamu tu high ceiling terus ke tingkat dua. Gah sangat ye. 




Dilengkapi dengan 3 bilik tidur di tingkat atas, satu bilik tidur di tingkat bawah, dan satu bilik utiliti yang juga boleh dijadikan bilik tidur. Master bedroom sangat besar, dan Ney pasti para wanita semuanya mempunyai impian nak memiliki walkin closet dan makeup room kan? Ya, begitulah interior master bedroom Eco Florenz. Bukak je pintu, wah, ada katil sebijik. Leoas tu bukak sliding door kayu tepi katil tu ada ruangan lain. Rupanya untuk ruangan makeup, dan open closet! Idaman para wanita ye. Balkoni pun boleh tahan luas, menghadap tasik lagi! Tenangnya kat sini. 



Harga rumah untuk Eco Palmera ialah bermula dari harga RM692,120 dan Eco Florenz pula bermula dengan harga RM1,020,690. Berbaloi dengan harganya kalau dapat rumah sebesar ni. Deposit juga rendah, dan rumah Freehold! Fuh kalau kat KL ni berlambak Leasehold je la. Payah nak cari Freehold. Lagi satu Ney suka sebab sini more privacy sebab unit terhad kat kawasan ni. Untuk Eco Palmera cuma ada 65 unit, Eco Florenz pula cuma 26 unit. Kiranya, tak lah sesak sangat dengan penduduk lain. Dah la bumiputera ada diskaun 5% off! Aduhai, tergodanya dengan offer dari Bertam Properties ni.


Bagi Ney, lokasi pun agak strategik berhampiran dengan Mydin, Tesco, McDonalds, Domino's, Pizza Hut, Masjid besar, Petrol pump, nak main golf pun dekak hah sebab ada Penang Golf Resort berdekatan. Lagi satu, Bertam  Perdanani boleh dikatakan education hub sebab banyak kolej, universiti dan sekolah yang dekat antara satu sama lain. Senang la anak nak pi sekolah, masuk kolej, atau universiti terus! Highway access pun sangat dekat tak sampai 5 minit. Mudah untuk ke Jambatan Pulau Pinang yerus ataupun ke arah utara Kedah sana. Tak terasa jauh bila ada highway kan?

Kalau korang pun interested untuk datang lihat sendiri show unit, boleh terus ke Galeri Bertam Perdana yang dibuka setiap hari. 

Bertam Eco Residence 
GPS: 5.525611, 100.482730
Tel: 04-5782005 /2088/ 2073/ 2020

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook