Mulakan hari yang sihat & kuat bersama Dutch Lady +Protein

5:24 pm


Kebiasaannya kita sentiasa lupa untuk sarapan pagi, sebab hidup yang selalu sibuk dan kelam kabut nak ke tempat kerja setiap pagi kan? Tahukah anda sarapan pagi sangat penting untuk permulaan setiap hari yang ceria, sihat dan kuat? Ney setiap pagi memang wajib minum segelas susu Dutch Lady, tapi baru ni tertarik untuk cuba susu Dutch Lady +Protein yang baru. Masa nampak kat pasaraya tu terus beli! 


Dutch Lady +Protein penuh dengan nutrisi lagi lazat yang dapat memberikan korang permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi! Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita. Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.




Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting, untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat tau?

Bak kata Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam, bukan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita. Korang kena tahu tu! 

Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan. Tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan. Dari renyah nak sediakan sarapan penuh nutrisi protein, korang sibuk sangat tu minum segelas susu Dutch Lady +Protein setiap pagi dah memadai. 




Tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga korang semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +Protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat!  Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau http://www.dutchlady.com.my/plusprotein. Semoga kita semua kekal sihat dan kuat! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook