Review: Althea A'Bloom

4:04 pm



Assalamualaikum! Sejak bulan puasa ni, pagi-pagi sesudah sahur pun semangat nak tulis review. Kali ni, Ney nak review rangkaian produk A'Bloom dari Althea Korea. Under A'bloom ni ada BHA Blackhead Blaster, Fruit Mask Sheets, Giant & Baby Meringue Puff. Wah banyak sangat produk A'Bloom ni dan semuanya comel belaka!

A'Bloom BHA Blackhead Blaster (RM16)

Disebabkan Ney dan suami memang banyak menternak blackhead & whitehad, sesungguhnya A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni sangat membantu! Biasanya susah payah kami nak memicit blackhead & whitehead tu keluar atau pakai nose pack tepek kat hidung dan tarik kuat-kuat. Ouchhhh! Tapi, dengan BHA Blackhead Blaster ni tak perlu susah payah atau menahan sakit lagi. BHA Blackhead Blaster juga membantu untuk menghalang blackhead & whitehead baru muncul. Wahhh bagusnya!


Cara-cara penggunaan:

1. Selepas mencuci mekap, Untuk kesan yang lebih efektif, letakkan tuala suam panas di muka, untuk membuka liang-liang pori muka 
2. Sapukan BHA Blackhead Blaster di bahagian yang dikehendaki. Masa ni lepas beberapa minit boleh nampak jelas blackhead tak sabar nak keluar! Hahaha.


3. Lepas dah sapu tu, urut secara perlahan dalam bentuk bulatan mengikut putaran jam untuk mengeluarkan minyak dan kekotoran yang terperangkap. 

4. Cuci dengan warm water. 


Bau BHA Blackhead Blaster ni wangi! Dan Ney suka pakai sebab tekstur dia tak memberi iritasi kepada kulit Ney mungkin sebab ianya mengandungi bahan-bahan semulajadi antaranya ialah White Willow, Charcoal, Apricot Seed, dan Tea Tree Leaf Oil. Produk nk juga dah diuji secara klinikal bahawasanya ianya tidak akan menhasilkan iritasi kulit pada si pemakai. Rasa gentle je sapu blaster ni di bahagian hidung atau sekitar muka yang lain. Memang habis dia melt away impurities yang ada. Kalau pakai nose strip sakit pulak nak tarik kan? Yang best nya, kadang-kadang Ney siap jadikan blaster ni sebagai scrub untuk tumit kaki juga haha!


A'Bloom Fruit Mask Sheets (RM2)

Packaging yang cute dan kawaii ni pasti menarik perhatian sesiapa je untuk membelinya. Tak terkecuali Ney la, masa launching sales, Ney beli sampai 20 pcs! Hahahahaha punya banyak stok sebulan persiapan raya kekdahnya.

Ada 4 variasi pilihan masks dari A'Bloom:


🍉Water-Me-Long - Moisturizing Watermelon Mask

- Untuk kulit kering atau kombinasi.

- Berfungsi untuk melembapkan kulit

-Mengandungi Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract.


🥑 Avo-Cuddle-Me - Nourishing Avocado Mask

- Untuk kulit kering.

-Kaya dengan anti-oksida untuk menyuburkan kulit muka serta mencegah kedutan di muka. Kulit juga menjadi lebih lembut dan glowing.

-Mengandungi Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.


🍋Sparkle-Me-Bright - Brightening Lemon Lime Mask

- Untuk semua jenis terutamanya kulit kombinasi

- Mencerahkan kulit kusam 

- Mengandungi Niacinamide, Citrus Lemon Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract.


🍑 Ac-Me-Peach - Anti Blemish Peach Mask

- Untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak

- Membersihkan dan melegakan kulit dari sebarang iritasi atau kulit sensitif. Peach dan Tea Tree Oil akan mengawal kandungan minyak di muka, imbang kelembapan muka, dan membersihkan kulit untuk menjadi lebih lembut dan mulus. 

- Mengandungi Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Malaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract



Cara-cara penggunaan: 

1. Cuci bersih muka dan apply toner.

2. Keluarkan mask dari bungkusan, dan terus letakkan di muka. 

3. Tanggalkan mask selepas 10-20 minit dan urut perlahan lebihan essemce tu di sekitar muka, leher dan tangan.

Ney sangat suka mask ni! Baru-baru ni Ney buat skin tag removal treatment di salah satu spa di ibu kota, dan biasanya kan post treatment akan ada scar berbintik hitam dan kulit kering. Balik tu, terus Ney hari-hari pakai Water-Me-Long Moisturizing Watermelon Mask selama 5 hari sebab kulit muka Ney perlu terus hydrate all the time dan demi melegakan bekas treatment. Alhamdulillah, semua hilang dan kulit semakin glowing!


A'Bloom Giant & Baby Meringue Puff (RM8 & RM11)

Kini lebih mudah untuk apply concealer, foundation dan loose powder bila wujudnya A'Bloom Giant & Baby Meringue Puff ni. Bulan puasa camni, nampak sponge bentuk macam ni pun terasa nak makan hah! 

Boleh digunakan secara basah atau kering, dan ianya sangat lembut! Bila Ney basahkan meringue puff ni, yang Giant tu boleh besar  1.5 kali ganda tau! Bila dah membesar, lagi mudah untuk kita guna. Ney dah try, memang flawless finishing nya.


Cara-cara penggunaan:

1. Rendam meringue puff dalam air

2. Perahkan semua air

3. Guna meringue puff untuk makeup 

** Untuk glossy dan moisturizing finish, korang guna bila puff dalam keadaan basah. Untuk matte finish, guna bila puff kering ya!

Cara-cara membersihkan meringue puff:

1. Rendam puff dalam air.

2. Cuci dengan cecair pembersih. Jangan gosok terlalu kuat dan elakkan menggunakan kuku untuk elakkan dari puff rosak.

3. Perahkan sampai tiada buih atau air. 

4. Keringkan di tempat panas

** Meringue Puff perlu ditukar setiap 1-3 bulan 


Untuk Meringue Puff ni biasanya bahagian besar tu Ney guna untuk coverage muka di bahagian yang besar. Tip point kecil kat atas tu Ney guna detailing seperti bahagian mata, hidung, bobir, dan lekuk muka. Kalau Ney travel, lebih mudah Ney bawak Baby Meringue Puff sebab ianya kecil. Tapi kadang tak puas, pakai yang Giant Meringue Puff lebih cepat kerja makeup.


Hah best kan semua rangkaian produk A'Bloom dari Althea Korea ni? Cepat dapatkan semua di website Althea Korea tau! Klik je link ni: https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook