Servis cuci beg kulit di Leather Love Spa

11:50 pm


Hari raya dah dekat. Pejam celik pejam celik dah almost separuh bulan kita berpuasa kan? Selalunya setiap tahun Ney jarang beli baru baju raya, bag raya, kasut raya. Sama ada orang bagi hadiah, atau Ney recycle je apa yang ada. Ney memang jenis tak suma membeli barang baru sangat. Gituhhh.



Kalau macam handbag lagi la sebab Ney sangat jarang pakai handbag kecuali untuk ke majlis atau hari-hari yang special je. Tapi bila lama peram bag kat rumah, bag Ney terutamanya yang full leather tu macam perlu di gilap lagi kasi cantik. Ye la ada bag kulit ni kalau kita tak jaga betul mula lah kusam, berkulat pun ye haha! 


Ada satu bag Ney beli di Turki memang kulit real punya. Sayang juga beli mahal dulu tapi tak guna kan? Masa ni lah Ney nak guna, Ney terus hantar bag-bag Ney ke Leather Love Spa. Eh, bag pun kena hantar ke spa ke? Of course! Barulah bag kita tu looks brand new and fresh! Mereka juga perlu dibelai ya. Dari kita salah sental guna pencuci entah apa-apa dan merosakkan bag kulit kita, baik kita serahkan kepada yang pakar di Leather Love Spa. 


Selalunya harga dalam RM180 untuk satu bag. Tapi sekarang ada promosi cuma RM99 je untuk satu bag ok! Leather Love Spa terletak di Publika, dan kalau korang tak sempat ke Publika jangan risau! Diorang ada menyediakan servis pickup up & delivery dengan cas tambahan. 

Senang je, terus call 012-2217094 atau 016-6223138. Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook Leather Love okayh?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook