Industri Farmaseutikal Halal di Malaysia

1:33 am


Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dititikberatkan lebih-lebih lagi ketika berpuasa macam sekarang ni. Badan kena cukup nutrisi dan vitamin untuk kekal segar menjalani aktiviti harian. Selain pemakanan sihat ketika sahur & berbuka, salah satu benda paling penting Ney amalkan ialah makan vitamin secukupnya. 



Salah satu faktor penting dalam pemilihan vitamin yang Ney makan, selain bahan kandungan didalamnya, mestilah status halal juga sangat penting sebagai seorang muslim. Untuk produk kesihatan yang dijamin 100% halal, Ney selalu beli produk-produk keluaran Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad atau singkatannya “Duopharma Biotech”). Produk farmaseutikal mereka memang diperbuat dari bahan berkualiti, dan ada sijil halal yang sah. 


Apakah itu farmaseutikal halal? 

Industri farmaseutikal halal bermaksud pembuatan ubat yang mengandungi bahan yang dibenarkan syariah iaitu tidak dicemari dengan najis atau bahan daripada haiwan diharamkan dalam Islam seperti babi dan anjing. Selain itu, bahan berasaskan haiwan perlulah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan. Proses pembuatan ubat-ubatan juga perlu diproses di kilang yang bebas dan tidak bercampur, berada dekat atau bersentuhan dengan apa-apa bahan yang tidak meme­nuhi hukum syarak. 

Industri farmaseutikal halal di Malaysia dilihat semakin pesat dibangunkan melalui pelbagai kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan ubat-ubatan halal dan bebas daripada sebarang unsur meragukan. Malaysia sendiri telah menjadi pelopor negara di dunia yang giat memba­ngunkan industri farmaseutikal halal demi menjaga keperluan dan kehendak pengguna terutamanya bagi umat Islam.


Namun, pada masa sama, ahli farmasi atau syarikat pengeluar produk framaseutikal juga perlu memainkan peranan dengan memahami bahan yang terkandung dalam ubat-ubatan bagi memastikan ia selamat dan halal untuk digunakan. Baik pengguna mahupun pengeluar, masing-masing perlu tahu tanggungjawab mereka untuk memastikan ubat-ubatan yang diambil tidak memberi kesan pada kesihatan. 

Jangan tak tahu ya, ada juga vitamin tidak halal! Mengejutkan bila satu kajian pada tahun 2009, mendapati 30% daripada 100 produk kesihatan yang diujikaji di makmal Universiti Sains Malaysia (USM) Pharmaceutical Science Studies Centre, mengandungi bahan tidak halal. Contohnya, gelatin daripada sumber haiwan yang tidak diketahui status halal banyak digunakan dalam pembuatan kapsul.  

Industri farmaseutikal di Malaysia pada hari ini telah menunjukkan prestasi ekonomi yang semakin berkembang. Negara telah mele­takkan kepen­tingan mereka dalam industri farmaseutikal halal lebih-lebih lagi Malaysia adalah perintis dalam industri ini sejak 1999. Secara tidak langsung, industri farmaseutikal halal telah membuka minat beberapa buah negara di Asia Tenggara dan Asia Tengah untuk mengimport ubat-ubatan halal yang dihasilkan di Malaysia

Produk farmaseutikal halal oleh Duopharma Biotech Berhad

Dah diberi pilihan, mestilah kita akan memilih produk yang halal kan? Dijamin masuk ke badan dan darah kita ni bahan halal dan diyakini selamat. Duopharma Biotech Berhad juga adalah salah satu jenama yang dikenali ramai dan boleh dipercayai. Setiap produk mereka juga membantu untu kesihatan yang baik, dan bahan kandungan diperbuat daripada bahan semulajadi, asli dan selamat untuk dimakan. Bukan je beri faedah kepada pembeli muslim, tapi juga untuk bukan muslim dan semua pembeli. 

Kredit: www.facebook.com/shbtHalal

Produk yang disahkan halal bukan hanya untuk umat Islam sahaja, malah selamat digunakan, berkesan, berkualiti tinggi dan bersih lagi suci. Duopharma Biotech Berhad mempercayai bahawa jika produk dijamin halal, maka produk itu sudah mencapai standard yang tinggi. Produk yang bersijil Halal atau memperolehi Pensijilan Halal Malaysia adalah produk yang telah mendapat pengesahan atau kelulusan daripada badan yang berwibawa iaitu Jabatan Kemajuan Islam, Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN). Bagi tujuan Pensijilan Halal Malaysia, definisi dan keperluan yang dijelaskan dalam Standard Malaysia MS 2424 akan digunapakai.

Duopharma Biotech Berhad menyahut aspirasi negara dalam menerajui agenda pembangunan Halal sebagai syarikat farmaseutikal pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Pensijilan Halal Malaysia pada tahun 1999 bagi produk-produk keluarannya iaitu CHAMPS, Flavettes, Proviton dan Naturalle. Pencapaian ini telah membuktikan bahawa Duopharma, di samping mengeluarkan produk farmaseutikal yang berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan undang-undang Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi keselamatan, keberkesanan, dan kebersihan, juga mampu memastikan produk keluarannya memenuhi keperluan garispanduan Halal tanpa pertambahan kos.

Duopharma Biotech berpegang kepada visi providing smarter solutions for a healthier life yang mana untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di Malaysia. Pegangan ini selari dengan komitmen fardhu kifayah yang diamalkan oleh Syarikat dengan memastikan produk-produk farmaseutikal keluarannya menjaga kepentingan kewajipan umat Islam untuk memilih yang halal. 


Lebih daripada 300 produk farmaseutikal Duopharma Biotech telah berjaya memperoleh Pensijilan Halal Malaysia berdasarkan standard ini. Inisiatif ini mewujudkan satu era baru dalam pengeluaran produk farmaseutikal di pasaran di mana elemen Halal untuk produk farmaseutikal dapat dikenalpasti dan disahkan melalui logo “Halal Malaysia” yang dipamerkan pada barangan kesihatan konsumer seperti supplemen kesihatan dan ubat-ubatan/produk terapeutik yang tidak memerlukan sebarang preskripsi daripada doktor atau ahli farmasi. Pengguna sekarang mempunyai lebih kuasa untuk membuat pilihan bijak dengan adanya alternatif Halal di pasaran.

Dalam agama Islam, Halal adalah diwajibkan tetapi dalam konteks perubatan, farmaseutikal atau ubat-ubatan yang mengandungi unsur tidak Halal adalah diharuskan penggunaannya atau dimakan sekiranya tidak terdapat sebarang alternatif. Ini berdasarkan salah satu cabang elemen Maqasid Syariah yang dititikberatkan, iaitu pemeliharaan nyawa dan kehidupan. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan populasi umat Islam di serata dunia yang kini lebih berinformatif dan bijak dalam membuat pilihan, pastinya permintaan dan tuntutan untuk dibekalkan dengan produk farmaseutikal yang disahkan Halal akan meningkat. 


Secara menyeluruh, matlamat farmaseutikal halal adalah untuk mewujudkan komuniti ummah sihat yang menjadi pemangkin kecemerlangan dalam ekonomi dan kehidupan. Pengambilan produk berstatus halal membantu kehidupan seseorang menjadi lebih baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang industri farmaseutikal halal boleh kunjungi laman web www.halal4pharma.com



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook