Menjaga kebersihan bahagian intim bersama Sumber Ayu

6:29 pm


Ney percaya  kunci keyakinan seorang wanita itu bermula daripada diri mereka sendiri, dan semuanya bermula dari dalaman termasuklah penjagaan kebersihan bahagian intim wanita yang menjadi salah satu faktor pemangkin keyakinan diri.

Kadang-kala kita sering leka dan lupa tentang jaga kebersihan Miss V kita. Padahal, itu bahagian paling sensitif dan perlu dijaga rapi tidak kisahlah dimana sahaja kita berada. Tidak kira masih bujang atau sudah berkahwin, pastinya korang mahukan Miss V korang  sentiasa rapi dan bersih lagi-lagi yang dah berkahwin tu tentu lah nak yang terbaik setiap kali berhadapan dengan suami di kamar tidur kan? Eh, malu kite. Tapi takpe, berkongsi untuk kebaikkan bersama apa salahnya kan?

Sebagai wanita, bukan sahaja penjagaan wajah dan tubuh badan perlu dititik berat kan tetapi kebersihan alat intim wanita juga haruslah dijaga dengan sebaik yang mungkin agar tidak mengundang sebarang masalah atau pun penyakit. Lagi-lagi bahagian Miss V tu sentiasa lembap, lagi mudah dijangkiti kuman tau!

Bahagian intim wanita lebih cenderung untuk dapat masalah seperti kegatalan, keputihan tidak normal, bisul, jangkitan saluran kencing atau kencing kotor (Urinary Tract Infection). Kebanyakan masalah ini berpunca daripada penjagaan kebersihan dan kesihatan Miss V yang tak sempurna. Dah lah Miss V tu berkait rapat dengan pengeluaran haid, hubungan seks dan kehamilan. Alat sulit wanita juga mempunyai tahap PH yang rendah dan berasid jadi ianya juga tidak boleh dicuci dengan sebarangan sabun ataupun pencuci.


Sebab tu Ney nak suggest korang dapatkan pencuci bahagian intim wanita yang terbaik dan berkesan seperti rangkaian premium Pembersih Kewanitaan  Sumber Ayu. Ia merupakan pembersih kewanitaan yang halal ddengan kombinasi pelbagai manfaat bahan semulajadi untuk kebaikkan bahagian intim wanita yang selamat, dibuktikan secara klinikal dan dermatologi mempunyai keseimbangan pH sesuai untuk bahagian intim wanita yang sensitif. 

Rangkaian premium Pembersih WanitaSumber Ayu merupakan produk yang ideal untuk semua peringkat umur kaum wanita dan terdapat dalam 3 variasi untuk dpilih.


Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kayu Rapet & Manjakani


Diformulasi bersama bahan-bahan tradisional iaitu Daun Sirih, Kayu Rapet dan Manjakani yang terkenal sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. Antara manfaatnya ialah:

- Membantu menjaga Miss V agar lebih lembut.

- Membersihkan Miss V dan membantu mencegah bakteria penyebab rasa gatal.

- Diformulasi dengan pH 3.5 yang sesuai untuk keperluan Miss V kita.

Lebih rapet, lebih indah lah bila bersama suami. Eh eh lagi.


Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kayu Rapet & Manjakani dengan Ekstrak Pemutih 

Masalah biasa dihadapi oleh kebanyakan wanita di kawasan intim adalah perubahan tona warna atau hiperpigmentasi. Walaupun orang lain tak nampak, tapi jika timbul masalah tona warna tidak sekata atau hiperpigmentasi ini, sedikit sebanyak mesti buat kita rasa tak selesa dan menurunkan keyakinan dalam hubungan keintiman kan? Mesti ada rasa tak 'best' atau sedikit rendah diri bila berada di sisi pasangan betul tak? Sebab tu kena guna Sumber Ayu Kayu Rapet & Manjakani dengan Ekstrak Pemutih ni.

Diformulasi bersama bahan-bahan alami terbaik iaitu Susu, Sengkuang,   Daun Sirih, Kayu Rapet dan Manjakani. Ianya membantu untuk :

- Mebersihkan sekaligus membantu untuk mencerahkan kulit di sekitar Miss V dan sekitar pangkal peha.

- Membantu melindungi kulit di kawasan Miss V agar rasa lebih lembut.

- Membantu mencegah bakteria penyebab rasa gatal.

Bila dah cerah, tidak kusam dan berkepam mestilah suami pun sayang. Eh?


Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kayu Rapet & Manjakani dengan 3X Ekstrak Pemutih

Tak cukup yakin lagi? Sumber Ayu juga mempunyai produk Sumber Ayu Kayu Rapet & Manjakani dengan 3X Ekstrak Pemutih! Ya bukan satu, tapi tiga! Tiga ekstrak pemutih semulajadi bergabung dalam satu botol produk pembersih wanita Sumber Ayu. 3 ekstrak pemutih itu ialah  ekstrak Licorice, Bengkoang dan Susu.

- Sejak dulu lagi bahan Licorice ni digunakan oleh bukan sahaja di Asia tetapi juga Yunani & Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang lebih cerah.

- Bengkoang pula mengandungi vitamin B1 dan C yang dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan dan cerah.

- Susu bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona warna kulit yang tidak sekata sekaligus mencerahkan kulit.

Cara-cara pemakaian semua rangkaian premium Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu:

1. Buihkan Sumber Ayu Ramuan Kayu Rapet Manjakani pada telapak tangan dengan sedikit air.

2. Basuhkan ke kawasan Miss V korang, dan selepas beberapa saat, bilas sehingga bersih.



Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Paling penting, halal dan dan kandungannya juga diformulasikan dengan bahan-bahan yang khusu untuk Miss v korang dan telah diuji oleh pakar dermatologi, tidak mengandungi bahan perengsa sperti SLS, paraben, dan pewarna yang menjadikannya sesuai untuk digunakan setiap hari. Ianya juga dirumus dengan kadar tahap pH 3.5 yang berada dalam lingkungan pH normal feminin iaitu diantara 3.5 hingga 4.5, untuk memastikan Miss V kita yabg sensitif tu lebih selesa.

Rangkaian Premium Pembersih Wanita Sumber Ayu dengan penambahbaikan formula ini boleh didapati di pasaraya dan juga farmasi yang berdekatan dengan harga mampu  kita milik dari RM9.20 hingga RM14.60. untuk maklumat lanjut, serta tips dari pakar tentang penjagaan bahagian intim wanita boleh rujuk laman web Sumber Ayu, www.sumberayu.com.my atau laman facebook rasmi mereka di www.facebook.com/SumberAyuMY.

Jom sama-sama kita jaga kebersihan Miss V kita demi kebaikkan dan dan kesihatan kita juga.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook