Belanjawan 2020: Bajet Kementerian Belia dan Sukan meningkat 10.9%
6:11 am
Perbelanjaan Pembangunan : RM56 Bilion
Jumlah Keseluruhan : RM297 bilion
Tema Belanjawan 2020 ialah 'Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama'. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada sesi pradiskusi Belanjawan 2020 sebelum ni, ia akan memberi tumpuan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara maju melalui pertumbuhan ekonomi berkualiti merangkumi semua segmen masyarakat.
Tapi sebab Ney masih golongan Belia, Ney tertarik dengan Bajet Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun ni yang meningkat 10.9% berbanding tahun sebelumnya. Dan semestinya fokus paling utama yang Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selalu bagitahu ialah; Pembangunan Belia. Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh (7) SPV30 yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang bertujuan untuk memastikan tiada rakyat yang akan ketinggalan dalam pembangunan ekonomi.
Pembangunan Belia
Pembangunan belia yang inklusif dengan peruntukan sebanyak RM138 juta melalui program-program tersebut:
- Youth Power Club (YP)
- Malaysia Future Leaders School (MFLS)
- Volunterism Initiatives
KBS akan memastikan peruntukan ini digunakan bagi melaksanakan pelan tindakan yang komprehensif demi pembangunan belia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
- Youth Power Club (YP)
- Malaysia Future Leaders School (MFLS)
- Volunterism Initiatives
KBS akan memastikan peruntukan ini digunakan bagi melaksanakan pelan tindakan yang komprehensif demi pembangunan belia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Malaysian @ Work (#MalaysiaKerja)
Kerajaan juga akan menyediakan insentif gaji kepada pekerja dan mendapatkan insentif untuk majikan. Inisiatif Malaysians@Work ini akan diuruskan oleh KWSP dan seterusnya dikemaskini dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) serta program pasaran buruh yang aktif.
Kerajaan menjangkakan bahawa inisiatif ini menelan kos sebanyak RM6.5 bilion dalam tempoh 5 tahun dan mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan mengurangkan kebergantungan sebanyak 130,000 pekerja asing. Ini isu paling utama dan sangat penting sebab masih ramai graduan yang tidak bekerja termasuk lah Ney.
Inisiatif Malaysians@Work ini terbahagi kepada 4 Program iaitu Graduates@Work, Womens@Work, Locals@Work dan Apprentice@Work.
Graduates @ Work #GraduanKerja
☑️ Pengangguran selama> 12 bulan
☑️ Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
☑️ Majikan: Insentif penawaran pekerjaan sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun
Womens @ Work (#WanitaKerja)
Pekerja wanita yng kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30 hingga 50 tahun akan mendapat insentif berikut:
☑️ RM500 sebulan selama 2 tahun sebagai insentif upah.
☑️ Pengecualian cukai pendapatan dilanjutkan selama 4 tahun (sehingga 2023)
☑️ Majikan: RM300 sebulan untuk majikan yang mengambil pekerja wanita dan akan diberi insentif selama 2 tahun.
Locals @ Work (#WatanKerja)
☑️ Insentif gaji RM350 atau RM500 (bergantung kepada sektor) selama 2 tahun bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing
☑️ Majikan: Insentif RM250 sebulan selama 2 tahun untuk majikan yang menawarkan pekerjaan bagi menggantikan pekerja asing.
☑️ Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM1,100 di luar bandar berkuatkuasa tahun 2020.
Apprentice @ Work (#PerantisKerja)
☑️ Menyediakan elaun tambahan RM100 untuk pelatih TVET
☑️ Potongan cukai dua kali untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun.
☑️ Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar dan bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja.
Mengarus Perdana TVET
Hala tuju negara sekarang, khususnya di sektor pendidikan perlu menitikberatkan sektor TVET ini. Negara kita perlu memastikan peralatan dalam industri TVET ini memenuhi citarasa industri dan juga pertambahan elaun anak-anak TVET kerana majoritinya anak-anak TVET ini datangnya dari keluarga B40. Dalam Belanjawan 2020, peruntukan untuk TVET meningkat dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion.
☑️ RM50 juta akan dibelanjakan melalui Perbadanan Tabung Pembangumam Kemahiran (PTPK) untuk membiayai kursus TVET.
☑️ Untuk Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pula, dibenarkan untuk guna lebihan hasil untuk tambah baik peralatan dan upah pengajar dari industri.
☑️ Penglibatan persatuan atau industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA juga akan ditingkatkan.
☑️ Geran padanan galakan sebanyak RM20 juta akan disediakan untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.
☑️ Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional
☑️ Kerajaan akan menyediakan RM30 juta untuk HRDF melatih 3,000 anak muda dn belia dari isi rumah berpendapatan rendah
Sukan
Pembangunan e-Sports diperuntukan sebanyak RM20 juta. Wow! Bestlah anak-anak muda semua semangat nak membangunkan lagi industri e-Sports. Industri e-Sports adalah medium terkini yang penting dalam membina generasi masa depan. Ia langkah terbaik dalam dunia digital dan bukan sekadar bermain game namun ia merupakan langkah awal anak muda bersedia dalam Revolusi Industri 4.0.
Peningkatan peruntukan juga kepada bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sebanyak RM45 Juta. Prestasi yang ditonjolkan daripada pemain-pemain pelapis bola sepak negara di dalam program NFDP telah membuka mata banyak pihak di dalam dan luar negara. Pihak Kerajaan menyedari akan kepentingan dan memberi sokongan kepada usaha ini dengan meningkatkan peruntukan dari RM15 Juta pada tahun 2019 kepada RM45 Juta bagi tahun 2020 melalui KBS.
Penghargaan dan sokongan kepada atlet-atlet Negara juga disalurkan melalui peruntukan sebanyak RM179 Juta. Pencapaian atlet-atlet termasuk atlet paralimpik negara amat dihargai dan peruntukan ini diberikan bagi menyokong usaha mereka mengharumkan nama negara. Usaha-usaha persiapan ke Tokyo 2020 dan Hanoi Sea Games 2021 akan dipergiatkan bagi memastikan atlet negara mencapai sasaran pingat yang ditetapkan.
RM299 juta juga diperuntukkan untuk Program Sukan untuk Semua manakala untuk pembangunan atlet wanita pula peruntukannya ialah RM10juta.
Wah menarik kan Belanjawan 2020. Apa pendapat korang semua?
0 comments
drop your comment here!