Belanjawan 2020: RM20 Juta untuk Pembangunan e-Sports

5:38 pm




Walaupun netizen masih lagi pelik macam mana orang sekarang boleh buat duit dengan main game, peminat-peminat e-Sports sudah pun tahu yang jadi seorang yang handal bermain video game seperti Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang mampu menjadikan seseorang itu kaya!


Sebab tu bila Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tuan Lim Guan Eng petang tadi, ramai anak muda berteriak gembira di laman sosial kita. Ya, ini mungkin berita baik dan gembira untuk remaja dan peminat suka e-Sports atau e-Sukan.


Sejarah e-Sports bermula pada 1972 di Stanford University yang telah menarik 10,000 penyertaan, dengan permainan Spacewar ketika itu sebagai platform pertandingan. Bermula dari tahun tersebut, ribuan pertandingan telah diadakan sehingga ke tahap liga profesional yang sekaligus melibatkan kerjasama badan induk sukan dunia.

Pernah didebatkan mengenai kewajaran penggunaan istilah sukan untuk e-Sports. Ini memandangkan e-Sports tidak melibatkan penggunaan fizikal seperti aktiviti sukan yang lain. Namun istilah ‘sport’ tetap digunakan kerana e-Sport sebenarnya seperti sukan yang lain juga memerlukan perancangan strategi, pengurusan masa dan kemahiran taktikal. oh ya, tahu tak penonton tegar e-Sports adalah sebanyak  57% yang datangnya dari benua Asia Pasifik, ini termasuklah masyarakat Malaysia dan Asia Tenggara?


Semalam, telah diumumkan bahawa peruntukan RM20 juta adalah untuk pembangunan e-Sports, iaitu pertambahan RM10 juta berbanding belanjawan tahun lalu. Baru-baru ni pun Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga telah merancang beberapa program untuk pembangunan e-Sports, termasuklah pusat latihan e-Sports di seluruh negara bagi memastikan perlaksanaan program-program bagi sukan jenis ini dapat diseragamkan.

Namun, bagi memenuhi keperluan penubuhan pusat-pusat latihan tersebut, kolaborasi yang khusus perlu dilakukan kerana ia akan melibatkan prosedur daripada beberapa agensi seperti pihak berkuasa di negeri masing-masing.


Beliau juga berkata Majlis Sukan Negeri Johor telah memasukkan e-Sports ke dalam kategori kejohanan Sukan Malaysia 2020 (SUKMA 2020) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Fuh betul-betul menarik nampaknya kalau e-Sports masuk SUKMA kan? Tak sia-sia jadi gamers selama ni!

Menurut YB Syed Saddiq, pihak kementerian juga akan menganjurkan Liga e-Sports Kebangsaan pada tahun 2020 akan datang. Liga e-Sports Kebangsaan akan dijalankan menggunakan sistem ranking untuk menyemak prestasi pemain e-Sports negara. Ia berfungsi sebagai kriteria bagi atlet mewakili negara dan berfungsi sebagai rujukan kepada Sukan SEA akan datang, yang akan dianjurkan oleh negara tuan rumah.

Arena e-Sports di Malaysia bukan lagi benda baru sebenarnya. Dari masa ke semasa, jumlah pemain di kalangan anak muda ni semakin meningkat. Bukan lagi dipandang sebagai hobi atau aktiviti masa lapang. Tengok lah dah berapa ramai main DOTA je pun boleh menang pertandingan e-Sports sampai ke peringkat antarabangsa!


Ingat tak tahun lepas pemain profesional Dota 2, Yap ‘xNova’ Jian Wei dan pasukannya PSG.LGD berada di tempat kedua sekali gus memperoleh hadiah lebih USD4.1 juta (RM16.8 juta)? Banyak tu!

Bila bercakap tentang duit, tahukah korang yang berdasarkan info daripada esportearnings.com, Malaysia berada pada tangga ke-16 untuk negara yang mempunyai pendapatan tertinggi daripada tournament Esport. Malaysia berjaya mengumpul pendapatan terkumpul sebanyak USD7,521,410.67 dengan hanya 465 e-Sports players. Itu baru tengok berdasarkan negara, kalau kita tengok berdasarkan player dari seluruh negara pula, Malaysia mempunyai beberapa player didalam senarai 100 Esport player paling kaya di dunia.

Malaysia memerlukan lebih ramai atlit e-Sports berbakat seperti pemain Dota 2; xNova, Mushi dan MidOne serta pemain FIFA, Luqman “Fenrir” Haziq. Harapnya dengan pendedahan yang baik serta galakkan daripada masyarakat dan kerajaan, bakat-bakat e-Sports akan terus cemerlang mengharumkan nama negara. 

Semoga dengan peruntukan bajet ini, pencapaian atlet negara di peringkat antarabangsa akan meningkat. Apa pendapat korang tentang langkah kerajaan baru bagi membangunkan e-Sports di Malaysia? 


You Might Also Like

1 comments

  1. itulah kan, e-sport pun mampu menjana kewangan. anak-anak suka main game macam nih

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook