RM 99 tiket pergi balik Air Asia ke Madrid, Sepanyol

3:40 am



Tiket penerbangan ke Madrid cuma RM99? Pergi dan balik dari Kuala Lumpur? Biar betik! Ya, betul tu. Sememangnya RM99 sahaja. Macam hilang akal kan? Madrid tu kat Sepanyol tau bukan Sekinchan?

Air Asia kini kini menawarkan tiket bagi syarikat penerbangan lain melalui airasia.com selari dengan transformasinya untuk menjadi peneraju platform perjalanan dan gaya hidup. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pelanggan penumpang kini boleh mendapatkan pilihan tiket mana-mana syarikat penerbangan melalui airasia.com. 


“Ketika memulakan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah pada 2001, saya tidak pernah terfikir untuk menawarkan tiket penerbangan dari pesaing kami. Namun, ini yang kami lakukan hari ini. Dengan kerjasama kiwi.com, kami melalui fasa transformasi untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat penerbangan,” katanya pada majlis pelancaran di Sepang.

Melalui perkhidmatan terbaru ini, pelanggan boleh menempah perjalanan dari lebih 100 syarikat penerbangan ke destinasi yang tidak dikendalikan AirAsia termasuk ke Eropah, Australia, New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. 


Sempena pelancaran ini Air Asia menawarkan tambang promosi termasuk semua ke Madrid dari Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Sydney dari hanya RM99. Ia mula ditawarkan pada esok, 16 November ini bermula jam 9 pagi hingga 11:59 malam untuk perjalanan segera hingga 31 Mac 2020. 


Kalau korang terlepas promosi pertama harga RM99 ke Madrid ni, ada harga promosi tiket penerbangan ulang alik ke Madrid dengan harga RM499. Wah tetap masih murah ya! Tak sabar nak duduk depan PC esok pagi. Selamat memburu tiket! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook