Barbie & Hot Wheels di Lost World of Tambun sempena cuti sekolah!

10:01 pm



Pejam celik dah hujung 2019 kan? Cuti sekolah pun semakin menghampiri. Korang dah plan ke bawak anak-anak kemana sempena cuti sekolah ni? Hah kalau belum plan, atau sedang mencari lokasi yang dekat je, Ney suggest ke Lost World of Tambun, Ipoh.



Lost World Of Tambun akan menjadi taman tema yang pertama bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019 ni tau? Wahhh amazing!


Barbie – “You Can Be Anything”

Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap gadis.

Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Korang juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah pegang sejak 60 tahun yang lalu. Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni ddan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!


Bayangkan, selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.


Hot Wheels – Challenge Accepted

Takkan Barbie je kan? Untuk anak lelaki? Jangan risau, Lost World of Tambun ada Hot Wheels juga! Lost World Of Tambun membina trek lumba Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Korang juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.


Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels.


Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Rasa teruja kedua-dua jenama ini bergabung bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’. 

Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema Lost World of Tambun memang menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Ney pun suka datang sini sebab taman tema ni mesra keluarga.

Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.↱

Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan aktiviti terbarunya boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Woahh bestnya! LWOT ni memang kreatif tau. Ada saja program yang best untuk seisi keluarga. Baru je pergi hari tu dengan famili and nampaknya nak pergi lagilah untuk cuti sekolah ni nanti! Tak bosan!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook