Tips pesan tiket Singapore Airlines mengikut bajet

5:16 am


Sebagai salah satu syarikat penerbangan besar di kawasan Asia Tenggara, Singapore Airlines kerap dijadikan pilihan pelancong. Setakat hari ini, Singapore Airlines sudah terbang ke lebih dari 62 destinasi di 32 buah negara. Wah banyak tu! Dan terbukti Singapore Airlines menjadi pilihan atas dasar layanan yang berkualiti dari anak-anak kapalnya. Singapore Airlines juga telah tergolong dalam kumpulan Star Alliance Dan sangat berjaya pada tahun 2010 dalam memiliki kapasiti pasaran terbesar kedua di dunia.


Ketika memilih destinasi penerbangan yang disediakan oleh syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines, penting untuk kita juga mengetahui pilihan-pilihan yang ada. Hal ini kerana, kita perlu tahu sesuai atau tidak layanan yang disediakan. 

Pihak Singapore Airlines menyediakan beberapa kelas penerbangan berbeza yang boleh dipilih sesuai dengan keperluan 
masing – masing. Memastikan pilihan kelas penerbangan yang sesuai akan sangat berguna dalam berbagai hal salah satunya adalah mengmaksimakan keselesaan diri kita sendiri sepanjang waktu penerbangan.


Pilihan Kelas Penerbangan di Singapore Airlines

Kelas Ekonomi mulai disediakan oleh Singapore Airlines pada tahun 2013 lalu dengan ciri-ciri kemudahan yang menjanjikan keselesaan yang lebih berbanding kelas ekonomi syarikat penerbangan yang lain. Penumpang boleh menikmati ruang kaki yang lebih luas, kerusi yang selesa, dan tempat Sandra kepala yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian, dan nmjuga sebuah pakej sistem hiburan yang terkini dari KrisWorld. 

Kelas Ekonomi Premium merupakan sebuah khidmat penerbangan di Singapore Airlines yang ditawarkan mulai tahun 2015. Kelas ini merupakan peningkatan dari Kelas Ekonomi sebagai hasil kerja sama dengan pembuat kerusi dari Jerman bernama Zim Flugsitz. Kerusi yang disediakan lebih lebar dari Kelas Ekonomi dan juga disediakan power point dan port USB untuk keperluan peranti elektronik penumpang.

Kelas Bisnes disediakan oleh Singapore Airlines dalam tiga kategori yang berbeza. WeRegional Business Class menyediakan kerusi yang boleh diubah fungsinya menjadi tempat tidur. Business Class menawarkan ruang kabin yang luas dengan tingkat peribadi yang juga lebih tinggi. New Business Class pula memberikan fasilitas tempat tidur yang sangat selesa untuk digunakan oleh para penumpang.

Pada tahun 2011, Singapore Airlines masuk dalam pencalonan Skytrax untuk penerbangan Kelas Bisnes terbaik di dunia. Kelas Satu adalah pilihan khidmat penerbangan yang tertinggi di Singapore Airlines. Khidmat  untuk kelas ini ditawarkan pada tahun 2013 sampai sekarang dengan perancang James Park Associates. Ruang kabin yang luas, tempat tidur dan kerusi yang sangat selesa, ciri-ciri hiburan terkini dari KrisWorld, serta sarapan pagi disediakan pada kelas penerbangan yang satu ini.



Sekarang ni untuk membuat pesanan tiket penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines dah sangat mudah. Pelbagai laman web dan aplikasi smartphone boleh digunakan untuk pembelian tiket kapal terbang sesuai dengan keperluan dan bajet korang, dimana salah satunya adalah Traveloka. 

Beberapa laman web dan aplikasi smartphone bahkan selalunya akan memberikan potongan harga yang terlalu sayang untuk dilepaskan. Bahkan melalui laman Google saja boleh terus membuat carian tiket penerbangan Singapore Airlines. Pemesanan tiket dari Singapore Airlines sangat mudah dilakukan dengan memasukan kriteria atau detail penerbangan sesuai dengan keperluan kita. 

Tujuan penerbangan juga boleh digunakan untuk mencari penerbangan yang tersedia secara umum. Kemudian ketika pelbagai pilihan muncul, kita cuma perlu pilih je  mana yang paling sesuai dengan apa keperluan yang kita nak. Tarikh penerbangan dan kelas penerbangan boleh dipilih dan disesuaikan.


Setelah jumpa pilihan penerbangan yang paling sesuai dengan apa yang kita nak,  proses pembayaran boleh dilakukan di laman web atau aplikasi yang digunakan untuk melakukan pesanan. Setelah proses pembayaran dilakukan, nanti penumpang akan mendapat e-tiket yang dikirimkan melalui email. Email yang berisi e-tiket biasanya akan segera dikirimkan dalam 
waktu maksima 60 minit sahaja.

Pada saat kita nak terbang, tiket yang sudah dipesan, e-tiket juga wajib ditunjukkan di kaunter Singapore Airlines pada saat check-in untuk kemudian mendapatkan boarding pass. Proses self check-in juga boleh dilakukan untuk mendapatkan boarding pass tanpa menuju ke kaunter Singapore Airlines. Setelah mendapatkan boarding pass tentu penumpang akan enjoy menikmati penerbangan bersama Singapore Airlines.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook