Resepi Mudah Spaghetti Aglio Olio

7:43 pm



Salam semua, lama Ney tak menulis blog. Sempena semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, mesti boring duduk rumah je kan? Lepas tu nak makan pun kena kawal jugak bukan selalu boleh keluar beli bahan. So, Ney nak share beberapa resepi mudah & cepat sepanjang PKP ni. Mostly resepi Spaghetti la ya sebab Ney tak pernah makan nasi. Ok, kita mulakan dengan resepi Spaghetti Aglio Olio.


Ney tak berapa ada bahan yang lengkap untuk masak, tapi cukup apa yang sedia di ada  dapur. Jom masak!


Bahan-bahan:

Spaghetti (direbus)
Minyak
Bawang putih (dihiris)
Cili kering (dihiris)
White Pepper
Oregano
Chilli Flakes
Udang 

Cara-caranya: 



1. Masukkan minyak, dan bila minyak dah panas, masukkan bawang putih yang dihiris. Bahan utama Aglio Olio ni yang penting minyak dan bawang putih tu kena banyak. Untuk makan seorang ni, Ney guna 5-6 ulas bawang putih.


2. Bila dah nampak bawang putih kekuningan, campak masuk lada kering yang dah dihiris tadi. Ney tak makan pedas sangat so Ney guna 2-3 lada je. Hahaha!


3. Masukkan udang, dan tunggu sampai udang masak. Few minutes je sebab udang cepat masak. Kalau takde udang, korang guna je sotong ke, atau apa sahaja bahan yang ada. 


4. Masukkan sedikit air rebusan pasta. Oh ye, biasa Ney rebus pasta, Ney letak stock ayam sikit. Pakai kiub pun orait je. 


5. Masukkan spaghetti atau apa apa jenis pasta yang korang ada tu, yang sudah disiap rebus itu. Mix well together with all ingredients yang dalam kuali tu.


6. Lepas tu tabur sedikit garam, white pepper atau black pepper, oregano, chilli flakes atau apa sahaja herbs powder yang ada secukup rasa.

7. Dah agak kering tu, angkat dan hidangkan. Kalau ada baby tomatoes ke sedap jugak letak dalam tu. Lepas tu tabur daun parsley. Tapi bahan pun PKP haha!


Actually, ni more to recipe menggunakan apa sahaja bahan yang ada ketika musim PKP. Masak Aglio Olio tak perlukan masa yang lama. Sekejap je dah siap! Tak perlu juga menanti semua bahan lengkap baru nak buat. Terus boleh makan, perut kenyang suka hati. Selamat mencuba! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook