MYLARA Skincare - Rahsia Kulit Muka Putih Glowing

10:12 pm


Dah Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, memang rasa stress jugak tak dapat ke spa untuk memanjakan kulit muka. Mula la rasa kusam tak bermaya.  Tapi takpe, Ney ada satu tips nak kongsi bersama bagaimana nak menjaga kulit muka kita agar sentiasa glowing dan putih cerah. Duduk rumah je pun sepanjang PKP ni, kecantikkan luaran kena jaga juga barulah suami pun senang hati tengok kita kan? 



Kembalikan kulit muka yang terbaik 

MYLARA Skincare adalah rangkaian produk yang dihasilkan dengan formulasi khusus untuk kulit sentiasa sihat dan segar sentiasa. MYLARA mengandungi kombinasi unik kandungan yang selamat dan terbukti secara klinikal untuk keberkesanannya. Salah satunya ialah Non Comedogenic iaitu bahan yang sangat terkenal dengan formulasi kandungan yang tidak akan menyebabkan pori-pori kulit muka tersumbat.

MYLARA Skincare sesuai untuk semua jenis kulit, dan selamat digunakan untuk peringkat umur dari 14 hingga 60 tahun. MYLARA selamat dihasilkan dari kilang yang diperakui Good Manufacturing Practice (GMP) dengan ramuan formulasi eksklusif. Produk MYLARA juga bebas ujian terhadap haiwan. Sudah 5 tahun dalam pasaran, MYLARA Skincare terlah terjual sebanyak 200,000 unit dan 90% testimoni positif diterima oleh pengguna. Alhamdulillah.


MYLARA Skincare Basic Whitening 3 in 1

Disebabkan Ney nak cuba dulu produk MYLARA Skincare ni, Ney dapatkan Basic Whitening 3 in 1 dengan harga cuma RM75.00 je. Bagus ada satu set terus macam ni, tak payah pening nak fikir beli satu persatu. Korang juga boleh cuba dulu set macam ni, sesuai ke tak untuk kulit muka korang kan?  Basic Whitening 3 in 1 sangat sesuai untuk kulit normal, kering dan kombinasi. MYLARA Skincare Basic Whitening 3 in 1 ini akan membantu korang memdapatkan kulit cerah berseri hanya dengan 3 langkah mudah! Eh, macam mana tu?


MYLARA Collagen Cleanser Skin Perfecting (NOT190402218K)

Mengandungi Carica Papaya Fruit Extract & Aloe Barbadensis Extract sebagai antara bahan utama di dalam pembersih muka berbentuk gel ini, MYLARA Collagen Cleanser Skin Perfecting sangat berkesan menghilang habuk, sisa solekan muka, minyak dan semua kekotoran di muka. Nak cuci solekan bahagian mata pun mudah je. Paling Ney suka sebab cleanser ni mild exfoliate wajah Ney dan membantu Ney untuk memdapatkan kulit muka yang lebih lembut, licin dan cerah glowing. Walaupun duduk di rumah je musim PKP ni jangan sangka muka tak serap kotoran ya! Cuci muka tu sangat penting.


Sangat mudah, korang cuma perlu guna 1-2 titis Collagen Cleanser ke tapak tangan dan urut perlahan-lahan di bahagian muka dan leher. Cuci dengan air suam dan biarkan kulit muka kering, sebelum korang pakai toner pulak. Ney Suka pembersih muka ni sebab ianya berbau haruman floral segar, tak terlalu melekit atau likat teksturnya dan berbuih secara minimal masa Ney cuci muka. Warna pink lembut feminine salah satu faktor jatuh hati juga. Siapa je tak Suka pink kan?




MYLARA Miracle Matte CC Cream (NOT190402217K) 

Selepas cuci muka dan sapu toner, korang boleh amalkan MYLARA Matte Perfect CC Cream ini. Berwarna tona kulit natural dan bertekstur lembut, CC Cream ini adalah krim muka all-in-one yang membantu untuk melindungi kulit korang dari Sinar matahari yang berbahaya sebab krim ni ada SPF30. Juga telah diuji secara klinikal bahawa Miracle Matte CC Cream ini dapat membantu memulih dan memperbaiki tekstur kulit muka dan menghidrasi kan kulit muka dengan kemasan matte yang elegan.


"CC" itu sendiri bermaksud Color Corrective, maka termasuklah sebagai primer, pencerah kulit wajah, foundation ringan, dan juga pelembab. Mengandungi bahan anti penuaan dan penggalak kolagen, Miracle Matte CC Cream ni betul-betul ajaib! Ney suka tekstur lembutnya dan bau almond, sekaligus buat Ney lebih glowing seharian. Krimnya tidak bercapuk bila disapu di kulit muka, tidak kesat atau terlalu berat krimnya, dan sangat mudah diaplikasikan ke seluruh wajah. Paling penting, CC Cream ini mesra wudhu tau!


MYLARA Instabright Night Cream (NOT190402210K)

Salah tu krim yang Ney suka sebab kelembapan tu sustain lama. MYLARA Instabright Night Cream memang memberi kelembapan sehingga 8 jam! Lama kan? M
Krim ini juga membantu untuk mengurangkan bintik-bintik gelap dan membantu untuk mencerahkan kulit seawal 14 hari dengan ramuan yang terbukti berkesan secara klinikal.


Tekstur krim ni sangat lembut, tak melekit, tak berkilat, tak kesat Dan mudah diratakan di seluruh wajah. Cuma perlu letak sedikit di hijung jari, dan sapukan lapisan nipis ke seluruh muka dan leher. Untuk kesan optimum, urut perlahan-lahan muka dengan krim ni, selama 1 hingga 2 minit.

Kulit yang hebat bermula dengan aturan yang tepat


Selain set basic whitening 3 in 1, Ney juga try sekali MYLARA Perfect Glow Serum dan juga Salah satu rangkaian produk MYLARA Platinum Series iaitu CollaRa Super Whitening Booster untuk hasil yang lebih optimum.  Kalau korang nak beli satu set Advanced Bright & Glow 4 in 1 terus pun boleh ada cleanser,  cc cream, night cream dan serum dengan harga RM110.00 satu set.


MYLARA Perfect Glow Serum (NOT190402207K)

Selamat tinggal bintik-bintik hitam di muka bila dah guna MYLARA Perfect Glow Serum ni. Perfect Glow Serum berfungsi untuk membantu mencerahkan lagi warna kulit, parut, selatan matahari, Serta membantu untuk menganjalkan kulit dan wajah kelihatan lebih berseri merona. Hanya diperlukan seawal 7 hari untuk lihat keberkesanannya. 

Serum ni water based type tapi tak cair. Lepas da cuci muka tu, buatkan kulit muka kering baru korang sapukan 5 titisan serum ni di bahagian pipi kiri dan kanan, hidung, dagu dan dahi.  Sapu rata, dan urut perlahan-lahan.


CollaRa Super Whitening Booster 

CollaRa ialah supplement dari MYLARA Platinum Series, yang memberi banyak manfaat kepada Kesihatan dan kecantikkan wanita. Mengandungi 17 ramuan formulasi lengkap seperti Vitamin C, pearl powder, nano hydrolyzed collagen,mixberry juice, rosehip oil, susu kambing, madu, kurma, kacip fatimah, manjakani, grape seed, sireh, serapat, dan sebagainya. Memang bahan premium! Susu kambing & buah beri memang ramuan yang membantu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit. Sireh, manjakani, kacip fatimah, madu, kurma, serapat dan ramuan tradisional yang lain pula membantu untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. 


Cara penggunaan CollaRa sangat mudah cuma perlu ambil 1 sudu CollaRa dan kemam sehingga serbuk mencair. Ambil CollaRa pada waktu pagi sebelum sarapan dan setelah makan malam sebelum tidur. Untuk kesan maksimal, ambil 4 sudu sehari dan minum air secukupnya 3L sehari. Harga normal RM150, tapi sekarang ada harga promo cuma RM75 je.

Cantik luaran dan dalaman jika menggunakan MYLARA Skincare & Platinum Series ni. Untuk lebih info boleh rujuk:



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook