5 produk terbaik dalam pek imuniti Himalaya

5:52 pm

Walaupun sekarang dunia dilanda pandemik Covid-19 dan kita semua tak dapat travel keluar negara, Ney sekarang banyak juga travel dalam Malaysia. Kesini-kesana, kesihatan diri juga kena extra care. Ye lah, usia pun dah meningkat dan badan pun nak guna lama. Sebelum ni Ney share pasal tips penjagaan kulit muka & rambut sihat dengan rangkaian produk Himalaya, kali ni Ney nak share tentang pek imuniti Himalaya pulak.


Kenapa pilih Himalaya?

Himalaya memang dah cukup terkenal dengan produk-produk yang dihasilkan daripada formulasi 100% bahan semulajadi dan herba yang berkualiti tinggi sejak tahun 1930. Lama tu produk Himalaya di pasaran. Dah bertahun-tahun juga Ney setia bersama Himalaya sebab serasi. Dari hand sanitizer, shampoo, skincare semua Ney pakai Himalaya. Kali ni Ney nak share 5 produk terbaik dalam pek imuniti Himalaya. Musim pandemik Covid-19 ni, pek imuniti laku keras tau! Korang wajib simpan satu pek di rumah, office, atau dibawa ketika travel. 5 produk ini ialah Amalaki, Septilin Tabs, Septilin Syrup, Cold Relief Balm dan Koflet Lozenges.

Himalaya Amalaki 60's (AMLA C) 

Dikenali sebagai AMLAC, Amalaki bertindak sebagai Vitamin C yang bersamaan dengan 10 kali ganda buah oren. Amalaki dapat membantu untuk meningkatkan lagi sistem imunisasi badan kita, tisu badan lebih subur, dan juga memproses pertumbuhan semula sel-sel dan membantu menjaga kesihatan dan fungsi sistem imunisasi yang tinggi. Himalaya Amalaki ini mengandungi 250mg yang diekstrak dari buah Gooseberry India. Ia kaya dengan antioksidan dan merupakan sumber makanan penting vitamin c, mineral dan asid amino. Ney makan ni, badan rasa sihat dari biasa! Sesuai juga dimakan untuk mereka yang berumur 14 tahun ke atas. 

Cara penggunaan: 1 kapsul (2 kali sehari) 

Harga: RM 51.70


Koflet Lozenges 10's 

Kadang-kadang bila dah terbatuk je perit jugak anak tekak kan? Mujur ada Koflet Lozenges ni yang sesuai untuk batuk atau sakit tekak. Sedap macam makan gula-gula je. Koflet Lozenges 10's ini mempunyai ingredient seperti Trikatu, Lavanga (Clove) dan Licorice (Yashtimadhu). Ada 10 bungkus dalam satu kotak. Memang Ney selalu standby dalam handbag. Sakit tekak sebab cuaca panas baq hang selalu la kat Kedah ni terus kena kemam kemam telan Koflet Lozenges gitu! 

Cara penggunaan: 1 lozenges (setiap 3 ke 4 jam setiap kali makan)

Harga: RM10.50 


Cold Relief Balm

Salah satu produk Himalaya yang wajib ada sentiasa dalam bag Ney terutamanya waktu travel ialah Cold Relief Balm. Ney mudah mabuk waktu travel, bila sapukan sikit Cold Relief Balm ni kat hidung terus rasa lega tak muntah dah. Macam tu jugak bila rasa selsema, nak demam atau sakit kepala memang balm ni sangat membantu. Bauan dari Mentha Arvensis, Cinnamomum Camphora, dan Eucalyptus Globus ini sangat melegakan. Size nya kecil, jadi mudah dibawa kemana sahaja. 

Harga: RM10 



Septilin Tablet 100's & Septilin Syrup 

Mudah sangat bila ada dua jenis Septilin Tablet & Septilin Syrup ni di rumah. Septilin mwmang solusi terbaik kalau Ney tetibe rasa Tak sedap badan camtuh. Dah la sedap macam gula-gula je. Langsung tak pahit. Sangat sesuai untuk yang tak gemar telan ubat. Ada dua jenis tablet & syrup so terpulang nak pilih yang mana. Kalau rasa patah bebenor nak telan pull, korang pilih la yang syrup. Septilin ni berfungsi untuk membantu meningkatkan ketahanan mekanisma badan dan membantu sebagai penyembuh sakit dari demam contohnya. Kalau tengah travel pun wajib bawa bersama Septilin sebab ye la kadang-kadang tetibe jatuh sakit lemah gitu bila tekan Septilin terus zassss cergas! Septilin mengandungi Tinospora Gulancha (Guduchi), Licorice (Yashtimadhu) dan Indian Bdellium (Guggulu). 

Tinospora Gulancha (Guduchi): Membantu untuk meningkatkan tahap antibodi badan yang kuat sekaligus terhindar dari jangkitan penyakit.

Licorice (Yashtimadhu): Bertindak sebagai agent antivirus Dan ekspektoran yang berfungsi untuk membantu penyakit seperti asma dan batuk. 

Indian Bdellium (Guggulu): Bertindak sebagai sifat anti radang yang mengantu untuk melegakan sakit tekak, Dan membantu mengurangkan keradangan ertas menjaga kesihatan secara menyeluruh. 

Harga: RM48.40 (Septilin Tablet 100's) & RM27.30 (Septilin Syrup).

Inilah 5 produk terbaik dalam pek imuniti Himalaya yang Ney selalu pastikan tersedia di rumah, dan juga dibawa ketika travel. Ney pilih pek imuniti ni sebab harga sangat mampu milik dan hasil yang diyakini terbaik. Manfaatnya pun banyak untuk tubuh badan kita, dan mudah dibawa kemana sahaja. Korang boleh dapatkan produk ni semua di website Himalaya Malaysia atau terus ke outlet mereka sendiri.  

Website: www.shophimalaya.my

Instagram: @himalayamalaysia

Facebook: Himalaya Healthcare Malaysia 



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook