Star View di Menara Alor Setar kini dibuka - Diskaun 50%!

6:58 am



Korang pernah cuba Sky Box di Menara Kuala Lumpur tak? Hah berita baik untuk orang Alor Setar dan sekitarnya, kini Menara Alor Setar dah ada Star View tau! Boleh la semua orang feeling berada di atas awan kayangan gituh. Idea untuk membina Star View di Menara Alor Setar telah diilhamkan dari kejayaan dua unit Sky Box yang dibina di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur. 

Ada dua unit Star View di Menara Alor Setar; Utara & Selatan yang telah dibina dengan lantai kaca bersaiz 4 meter keluar dari tebbing pelantar di aras TH04, pada ketinggian 105 meter dari atas permukaan bumi. Awas ya, yang gayat tu jangan try nanti merangkak korang atas lantai kaca tu. Aras TH04 telah dipertingkatkan dengan kemudahan baru seperti tempat menunggu yang selesa, lif hidraulik yang bawa pengunjung dari aras TH03 ke Star View di TH04, dan juga reka bentuk lantai serta kemasan dinding yang menarik dan eksklusif. 




STAR VIEW 1 (menghadap utara)
Pelantar pemandangan terbuka ini terletaknya kotak kaca warna hijau yang melambangkan salah satu warna bendera negeri Kedah Darul Aman. Dari atas ni, korang boleh nampak Lebuhraya Darul Aman dan jugak Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Kalau musim padi tengah mneghijau, memang cantik sangat bendang panoramam view berlatarbelakangkan Gunugn Keriang! 



STAR VIEW 2 (menghadap selatan) 
Kotak kaca kedua ni pulak warna kuning, juga salah satu warna bendera negeri Kedah Darul Aman. Dari sini, lagi best view! Korang boleh nampak banyak bangunan ikonik bersejarah negeri Kedah ni, contohnya Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni, Dataran Medan Bandar, dan Pekan Cina yang bersempadan dengan Sungai Kedah. Kalau cuaca mengizinkan, korang juga boleh nampak Pulau Langkawi tau!




Sejak kita dilanda pandemik ni, jangan lupa semuanya perlu amalkan norma-norma baru. Begitu juga di Menara Alor Setar, pihak mernara sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegar penularan COVID-19. Antaranya, 

- Penjarakan sosial
- Penyediaan hand sanitizer
- Merekod suhu badan pengunjung
- Kesan kontak (contact tracing)

Kawasan menara juga telah disanitasi sepenuhnya bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin  di seluruh kawasan premis sementara pembersihan berkala turut dilakukan setiap 45 minit setiap hari. 


Sempena pembukaan Star View dan mulai 1 Ogos 2020, Menara Alor Setar tengah buat promosi diskaun sebanyak 50% untuk semua pengunjung ke Observation Deck ATAU Star View Deck. Promosi ini hanya untuk tempoh masa terhad tau so cepat-cepat la datang and cuba Sky View ni. Kalau gayat, boleh try Observation Deck je sebab tertutup. Wahhh jimat la kalau ada 50% kan? Waktu melawat Menara Alor Setar adalah dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. 



Jom follow Menara Alor Setar untuk update terkini promosi dan acara-acara menarik:


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook