Kekal sihat bersama PROVITAL Immuna Plus

7:41 pm


Sejak dilanda pandemik Covid-19, barulah kita semua cakna lebih untuk menjaga kesihatan. Jujurnya, Ney pun sama. Kalau dulu susah sangat nak makan Vitamin C ke, minum susu ke, tapi sekarang berusaha nak jaga kesihatan dan tingkatkan imunisasi badan. Dan salah satu yang Ney consume sekarang ialah produk terbaharu daripada Mead Johnson iaitu PROVITAL Immuna Plus.


Kenali apa itu PROVITAL Immuna Plus?


PROVITAL Immuna Plus diformulasikan secara saintifik untuk memberi manfaat kesihatan dan menyokong sistem imun untuk orang dewasa berumur 40 tahun ke atas. PROVITAL Immuna Plus ni mengandungi tiga ramuan utama iaitu Yeast Beta-Glucan, Selenium, dan Vitamin C yang membantu dalam menyediakan 3 kali ganda Perlindungan Imuniti. 


Eh, tapi Ney dah umur 40 ke? Ya, walaupun disyorkan untuk orang dewasa berusia 40 tahun ke atas, tapi golongan dewasa yang lebih muda pun boleh juga minum PROVITAL Immuna Plus ni tau! Ya lah, bertindak lebih awal untuk meningkatkan imuniti dan menguatkan sistem kekebalan tubuh badan kita. Takkan nak tunggu umur 40 baru nak mula ye dak?




Korang kena tahu, tidak semua beta-glukan itu sama ya! Yis beta-glukan meningkatkan sistem imun dengan mengaktifkan sel-sel imun untuk memusnahkan patogen. 9 daripada 10 orang dewasa yang menggunakan yis beta-glukan dilaporkan tidak mengalami selsema atau gejala sakit tekak setelah 12 minggu menggunakannya. PROVITAL Immuna Plus adalah satu-satunya jenama mengandungi ramuan utama ini. 


Selain meningkatkan imun badan, PROVITAL Immuna Plus juga mengandungi formula menyeluruh yang mengandungi kalsium dan protein yang tinggi untuk menyokong pergerakan dan kekuatan otot. Korang cuma perlu minum 2 gelas PROVITAL Immuna Plus sehari pun dah mampu memberikan nutrien pada jumlah yang disyorkan untuk menunjukkan kesan yang positif.




Pengalaman sendiri bersama PROVITAL Immuna Plus


Ney mula beli susu ni sebenarnya sebab nak bagi Ibu Ayah yang minum. Tengah mencari susu terbaik untuk imun badan mereka, ada kawan syorkan untuk cuba PROVITAL Immuna Plus. Tapi, akhirnya diri sendiri terjebak sekali minum demi untuk kuatkan imun badan. Risau jugak sebab kita selalu keluar rumah uruskan hal kerja kan? Parent pulak duk cakap susu ni sedap. Teringin juga lah nak cuba PROVITAL Immuna Plus. 



Ternyata betul bila orang kata susu ni sedap. Rasanya lemak berkrim gituh, tapi tak muak! Setiap hari sebelum sarapan, Ney akan bancuh 1 gelas PROVITAL Immuna Plus. 1 gelas lagi Ney minum sebelum Ney masuk tidur waktu malam. Dengan kandungan yeast beta-glucan, selenium, dan vitamin C pastinya memberikan kesihatan tubuh badan yang lebih baik untuk diri kita. Triple Immunity Protection tu! 


Sejak minum PROVITAL Immuna Plus, tubuh badan rasa lebih bertenaga dan sihat. Ney juga jarang demam atau selsema walaupun sekarang musim hujan je ni. Kalau tak, mula la hidung ni gatal nak bersin je! Alhamdulillah. Memang terbaik dan rekomen untuk korang cuba juga. 



Kalkulator Imuniti 


Oh ye, tahukah korang tentang yang imuniti badan kita semakin berkurang berdasarkan pertambahan umur kita? Dijangkakan sebanyak 30% imuniti berkurangan apabila kita mencapai umur 75 tahun. Korang akan Mula rasa sel imun badan korang berkurang bila korang mula demam, selsema, batuk, keletihan, sakit urat dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, kita hendaklah menjaga tubuh badan kita supaya imuniti yang ada tidak cepat berkurang. 


Namun, proses penuaan tidak bermakna korang semua akan jadi semakin lemah. Dengan PROVITAL Immuna Plus, korang boleh mengaktifkan sistem imun badan korang dan memberikan keyakinkan hidup sepenuhnya dengan terus kuat untuk melakukannya perkara yang korang nak lakukan.


Tapi, untuk kira jangkaan tahap Imuniti korang, korang boleh la cuba Kalkulator Imuniti ini: www.provital.com.my/immunitycalculator



Ney dah cuba Kalkulator Imuniti ni, dan Alhamdulillah, jangkaan Imuniti badan Ney berada dalam Skor 6, iaitu berkeadaan baik. Tapi risau juga sekarang dah 33 tahun, akan datang belum tahu imun badan kita masih mampu bertahan kuat atau tidak. Sebab itulah, Ney dah Mula minum susu PROVITAL Immuna Plus ni. Umur adalah sekadar nombor bila tubuh badan kita sihat dan imun kuat.


Walaupun Ney dah lengkap vaksinasi, tapi kita tak boleh culas dalam menjaga kesihatan diri. Bergitu juga dengan kesihatan orang tua kita dan orang sekeliling. Jom ikhtiar dengan mula untuk minum PROVITAL Immuna Plus.


Maklumat lanjut tentang PROVITAL Immuna Plus: 


Website: http://www.provital.com.my/

Facebook: Provital Malaysia













You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook