Penjagaan Wajah dengan Azomis Skincare

9:24 pm


Musim pandemik ni kita lebih banyak luangkan masa di dalam rumah. Jujurnya Ney sendiri kurang beri perhatian dalam penjagaan kulit muka sejak duduk di rumah terperuk saja. Hasilnya, kulit semakin kering dan kusam. Lebih teruk, baru-baru ni Ney kena travel untuk kerja ke Labuan selama seminggu. Bila dah duduk di pulau, berjemur tepi pantai yang sentiasa cuaca panas selama seminggu ni faham-faham je la kulit jadi macam mana. 



Mujur ada kawan kenalkan Ney dengan Azomis Skincare. Ney yakin untuk cuba lepas Ney check semua bahan kandungan di dalam nya. 


Azomis Skincare menekankan penjagaan kulit yang minimal tetapi berkesan. Terdapat 4 produk penjagaan rutin kulit harian iaitu:



Azomis Cleansing Mousse 


Cleansing Mousse Azomis Skincare ialah pencuci muka dengan busa buih lembut. Ney suka jenis foam face wash macam ni. Cuma perlu tekan pump, dan buih pun keluar. Teksur lembut, dan membersih cara mandalam. Kulit sensitif juga sesuai kerana Cleansing Mousse ini mengandungi Disodium Cocoamphodiacetate yang sangat sesuai untuk kulit sensitif. 



Cleansing Mousse Azomis Skincare juga mengandungi Ekstrak Aloe Vera yang bersifat untuk menenangkan & membantu untuk memulihkan kulit muka. Ekstrak Aloe Vera juga kaya dengan sumber antioksidan dan kulit terasa lembap sepanjang hari! 


Cara Penggunaan :


🟠 Pamkan pada tangan yang bersih


🟠 Cuci muka dengan buih-buih halus ni


🟠 Bilas dengan air bersih


🟠 Lakukan 2 kali sehari (Siang dan malam)




Azomis All-In-One Serum


Ramai tak sedar yang betapa pentingnya penggunaan serum selepas cuci muka untuk memberi kelembapan pada kulit. Ney suka pakai Azomis All-In-One Serum ni sebab tekturnya yang ringan dan mudah meresap dalam kulit. Ada serum jenis yang melekit-lekit gitu bila kat muka. Yang ini tidak!


Gabungan ramuan bermanfaat seperti provitamin V5 dan Hydroviton Plus akan membantu memberikan kelembapan segera dan tahan sehingga 48 jam.⁣⁣ Sementara itu, kandungan peptida yang terdapat dalam serum ini pula bertindak melembutkan garis halus dan kedutan. ⁣⁣



Serum istimewa ini juga membantu meremajakan kulit untuk penampilan yang segar dan awet muda.⁣⁣ Azomis All-In-One Serum yang bersaiz 30ml ini sangat pantas bertindak menghalang kedutan di wajah, menegangkan kulit secara pantas dan menganjalkan kulit wajah secara maksima.


Cara Penggunaan : 


🟠 Pamkan sedikit dan sapukan pada wajah


🟠Ratakan dan urut sedikit pada wajah untuk memastikan serum meresap sepenuhnya


🟠Lakukan selepas membersihkan muka dengan Azomis Cleansing Mousse



 Azomis Tone Up Cream


Kulit kita akan banyak terdedah pada matahari tapi kita selalu culas untuk pakai sunscreen sebelum keluar rumah. Betul tak? Azomis Tone Up Cream bukan hanya membantu melembapkan kulit korang sehingga 48 jam malah berfungsi sebagai foundation dan kandungan 𝐒𝐏𝐅 𝟏𝟓 yang terdapat dalam krim ini mampu melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya.⁣⁣ 



Tekstur cream sangat ringan dan tidak membuatkan kulit melekit atau berminyak. Tidak la bercapuk gitu bila kita sapu di muka. Selain tu Azomis Tone Up Cream ni juga mampu untuk mencerahkan kulit tau!


Cara Penggunaan:


🟠 Oleskan pada muka


🟠 Urut dan ratakan pada seluruh wajah


🟠 Pakai pada waktu siang




Azomis Oxygen Mask


Azomis Oxygen Mask ni adalah sejenis mask yang mengeluarkan buih di muka. Buih-buih ini akan menyahtoksin dan membersihkan segala kekotoran pada wajah. Dalam oxygen mask ini mempunyai kandungan vitamin C yang sememangnya bagus untuk kulit. Oxygen Mask ini juga berfungsi untuk detox dan exfoliate kulit, memberi kesan segar dan glowing pada kulit wajah.



Masa pam, oxygen mask ni macam cream tapi lepas beberapa saat ia akan berubah menjadi buih-buih yang sangat lembut dan gebu. Lepas pakai Azomis Oxygen Mask ni sebab kulit rasa lebih lembut dan anjal. Mengandungi Sarbitol, yang merupakan agen kelembapan semulajadi dari buah beri dan bertindak sebagai antiseptik yang berkesan serta mengekalkan kelembapan pada kulit⁣⁣


Cara Penggunaan:


🟠 Selepas cuci muka dengan Azomis Clenasing Mousse, sapu rata oxygen mask ke seluruh muka


🟠 Dalam beberapa saat, buih-buih oksigen akan terbentuk


🟠Biarkan selama 5-10 minit dan bilas dengan air bersih.


🟠Lakukan secara konsisten 2 kali seminggu 



Cukup 4 produk Azomis Skincare untuk penggunaan asas menjaga wajah. Kita tak memerlukam banyak langkah untuk mendapatkan kulit yang cantik, tapi kita cuma perlu produk yang mengandungi formulasi yang efektif. 



Sempena 10.10 Sale esok, Azomis Skincare ada promosi untuk Oxygen Mask. Jangan lupa add to cart sekarang di Shopee! Klik PROMOSI DI SINI.  


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Azomis Skincare boleh rujuk link di bawah. 

Website: 


Instagram: 







You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook