Labuan Pulau Bersejarah - Apa Yang Menarik?
3:07 amWilayah Persekutuan Labuan merupakan salah satu pulau bebas cukai yang terletak strategik di antara Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk ke sini, Ney travel dari Kuala Lumpur menaiki flight Malaysia Airlines dan memakan masa hampir 2 jam 30 minit. Kalau korang dari Kota Kinabalu, Sabah boleh ke Menumbok dan naik ferry dari sana ke Labuan.
Yang mengetahui tentang Labuan pasti cakna tentang keindahan disini. Labuan terkenal dengan tempat-tempat semula jadi yang cantik. Yang gemar dengan nature pasti ke sini! Terutamanya para divers kerana dasar laut Labuan menjadi tarikan untuk diterokai penyelam dalam dan luar negara kerana terdapat kapal-kapal karam sewaktu zaman peperangan suatu ketika dahulu serta peninggalan penjajah.
Pulau Labuan terkenal juga dengan kehidupan santai, selamat dan kurang kes jenayah. Yang mencari laid-back island life, boleh ke sini. Hilang segala kekusutan masalah! Juga pulau yang penuh kisah sejarah, pasti pencinta sejarah akan jatuh cinta bila ke sini. Ney akan share dibawah, tempat menarik yang penuh dengan kisah sejarahnya tersendiri yang Ney sempat lawati bersama Tourism Malaysia & Tourism Labuan ketika Labuan Geopark Media Trip baru-baru ini.
Tanah Perkuburan Perang Labuan
Tanah Perkuburan Perang Labuan menempatkan askar-askar Komanwel yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua, terutamanya yang datang dari India dan Australia terlibat dalam peperangan di Borneo dari 1941 hingga 1942 serta kempen tahun 1945. Malah, ada juga askar-askar yang terkorban dalam Kawat Maut Sandakan serta dalam penahanan di Batu Lintang.
Masa ni la korang nak belajar semula tentang sejarah Perang Labuan dari tahun 1941 hingga 1945 dulu kan? Setiap tahun akan diadakan upacara memperingati wira perang yang gugur disini. Memorial wira perang yang terbesar di Malaysia ini menempatkan 3,908 pusara disini tetapi lebih separuh daripadanya tidak dikenali.
Pusara yang dikenal pasti hanyalah sebanyak 1,752 pusara yang menempatkan 5 orang kelasi, 1,523 askar, 220 juruterbang, dan 4 orang awam. Mereka ini terdiri daripada 814 askar British, 858 Australia, 1 New Zealand, 43 India, dan 36 orang askar Malaya. 34 orang askar India yang dibakar pula diabadikan di satu tugu peringatan di kawasan penempatan tentera India.
Muzium Marin Labuan
Muzium Marin Labuan merupakan muzium yang pertama seumpamanya di Malaysia yang bertemakan hidupan laut. Ianya berfungsi untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang hidupan laut yang terdapat di perairan Borneo dan Labuan yang bermatlamat untuk memupuk kesedaran serta sifat tanggungjawab dan perasaan cintakan warisan alam semulajadi negara di kalangan pengunjung.
Muzium ni ada dua tingkat, dibina struktur nya seperti dalam kapal laut. Di tingkat bawah, terletaknya beberapa fakta tentang 4 kapal karam yang popular di dasar laut Labuan. Di tepi pintu masuk terdapat satu kolam yang pengunjung boleh sentuh ikan-ikan yang ada dalam kolam tu. Ada black tip shark, sand shark, tapak sulaiman, ikan pari, gamat laut dan pelbagai jenis ikan lain. Untuk yang berkeluarga, jika bawa anak-anak korang ke sini mesti seronok!
Terdapat 14 buah akuarium di sini yang mempamerkan beberapa jenis ikan dan hidupan laut, alatan menyelam, alatan memancing tradisional & moden dan macam-macam lagi. Jumlah keseluruhan ada 575 koleksi yang dipamerkan tau! Selain daripada tarikan pengunjung seekor dugong yang diawetkan, antara tarikan utama lain mestilah pameran tulang Indian Fin Whale yang sudah pun berusia lebih 100 tahun sepanjang 42 kaki. Ikan ni terdampar di Pantai Sebatu, Melaka pada tahun 1892 dan pernah dipamerkan di muzium Singapore & muzium negara Malaysia sebelum dipindahkan ke Muzium Marin Labuan. Wah dah lama dah rangka ni!
Ramsey Point Labuan
Betul-betul di bahagian belakang Muzium Marin Labuan, korang boleh melawat pula Ramsey Point yang terletak sepanjang Pantai Tanjung Purun. Terpampang indah pemandangan Laut China Selatan dari sini, dan boleh nampak banyak kapal-kapal laut besar berlabuh berhampiran pantai. Tapi, tahukah korang dekat Ramsey Point ni juga ada Dua peristiwa sejarah terbesar yang berlaku?
24 Disember 1846 - Kapten RN Mundy dari kapal tentera laut British memacak tiang bendera kat pantai ni sebagai tanda Labuan jadi tanah jajahan British.
10 Jun 1945 - kawasan ni sekali lagi jadi tempat pendaratan Tentera Bersekutu diketuai Jeneral MacArthur yg melancarkan serangan bg merampas semula Labuan & Borneo dari pendudukan tentera Jepun.
Bila belajar sejarah tempat-tempat yang dilawati ni rasa seronok sebab kita sendiri dah jejak kaki kat situ. Honestly, Ney suka Ramsey Point. Nak chill, lepak dengan kawan petang-petang sambil minum air kelapa ke memang sangat best. Especially chill sambil melayan view laut dan kapal haha!
Chimney Walking Trail
Salah satu tempat wajib pergi kalau datang Labuan mestilah Chimney Walking Trail yang terletak di Tanjung Kubong, utara Labuan. Laluan denai Chimney Walking Trail ini sememangnya menyajikan pemandangan unik dan menarik, mampu menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan-eko di Labuan.
Chimney kat sini, memang satu monumen penting yang membuktikan peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang berusia lebih seabad. Untuk ketahui lebih sejarah tentang Chimney, pengunjung boleh melawat Muzium Chimney. Tapi Ney tak pergi masa ke sana sebab nak start terus trekking di Chimney Walking Trail! Rasa teruja sebab tour guide kata pemandangan kat sini memang cantik.
Kami menyusuri denai yang sedikit berbukit sepanjang 2KM sebelum bertemu dengan Gedung Ubat. Gedung Ubat ini adalah binaan tinggalan lama tentera Jepun, yang dulu digunakan untuk menyimpan peluru dan senjata. Ya, bukan gedung ubat sakit tu tapi ubat bedil iaitu peluru.
Berhampiran dengan Gedung Ubat, ada cliff dekat hujung tu yang menghadap Laut China Selatan. Hati-hati ya jika nak bergambar disini sebab tebing tu memang curam!
Labuan Geopark - G1 Batu Pasir Belait Tanjung Kubong
Menyusuri turun ke bawah dari kawasan Gedung Ubat tadi, Ney nampak Kiri kanan penuh dengan kesan perlombongan arang batu. Ya, masih banyak arang batu di kawasan tu. Sebab tu Tanjung Kubong ni dikatakan antara tempat perlombongan arang batu paling awal di Asia Tenggara pada tahun 1847.
Labuan ini juga istimewa kerana singkapan batuan penangkung petroleum yang meluas dilepas pantai Saba, Sarawak dan Brunei. Turun ke kawasan pantai, kelihatan banyak formasi batu pasir cantik sepanjang pantai. Dikatakan juga, batu pasir formasi Belait dan batuan syal formasi Temburong di sini telah pun berusia jutaan tahun. Wah lama betul! Patut la semua cantik!
Next entri blog Ney akan ceritakan tentang tempat penginapan menarik yang Ney sempat rasai sendiri di Labuan iaitu Desa Tunas Hijau & Palm Beach Resort & Spa.
0 comments
drop your comment here!