Review: Dimsum Halal di Bakul Cheh Cha, Alor Setar

9:36 am


Jarang la pergi makan-makan kat Alor Setar ni sampai rajin update review kat blog. But this place deserved a post! Hari ni buka puasa 6, husband ajak try makan di Bakul Cheh Cha yang terletak di Lubuk Peringgi Alor Setar. Lokasi tengah town jugak la bahagian belakang sikit Aman Central, area Royale Signature Hotel and sebelah Platmart. Restoran ni actually rumah dalam kawasan perumahan. 


Vibe restaurant ni memang unik la sebab actually it's a house. Macam datang makan kat rumah jiran gituh untuk makan-makan. Boleh pilih nak makan kat outdoor or indoor, which is banyak la table. Seating pun sesuai nak datang ramai ke couple ke. Banyak jenis seating table dalam restaurant ni. Yang penting sini memang halal restaurant la. Boleh la menikmati chinese food dan dimsum halal kan?




As usual, kedai makan kat Alor Setar ni memang rata-rata guna apps / website feedme untuk order makanan. Cuma kena scan barcode kat meja, terus order and terus bayar. Mudah bukan? Ini some of the menu dekat Bakul Cheh Cha. Boleh jadi rambangata juga nak order ni punyalah banyak pilihan makanan kat sini. Price wise, not bad. Still affordable. Servis agak laju, waiting time pun sekejap je walaupun ramai customer. 


Untuk main dish, kami order Cantonese Style Chicken Rice (RM16.90) dan Char Siew Mee (RM12.90). Portion sangat banyak ya. Ayam jugak besar potongannya. Masa sampai kat meja tu, terus fikir boleh habis ke ni? Cantonese Style Chicken Rice Tu dapat soup ada 3 biji dumplings juga. Sangat berbaloi! Char Siew Mee pun portion ayam BBQ sangat banyak, balanced dengan portion mee. Tapi untuk ayam BBQ nya mania betul ye. Kalau jenis tak biasa makan manis macam ni, better request extra cili potong la. 



Untuk side dish pulak kami order:  

Daan Tat RM2.90 
Woo Kok RM2.90
Xun Chap Kien RM7.80
Ai Gua RM6.80
Lao Sa Bao RM2.90

Wah banyak ya untuk kami makan berdua. Ai Gua tu paling sedap Ney rasa. Ai Gua ni actually isi ayam stuffed inside terung, lepastu diorang dan dihidangkan bersama black bean sauce. Satu portion ada 3 pcs tau so makan ni je dah kenyang. Second faveret for me mestilah Lao Sa Bao iaitu pau telur masin. Salted egg bun dia ni lain macam ye rasa sedap tu. Tak muak pun walaupun filling dia terlalu banyak! Xun Chap Kien pun sedap, sebab sos masam manis nya, makan pulak dengan beancurd gulung dengan isi ayam Dan udang. Memang mantap kenyang! Untuk Daan Tat (tart telur) & Woo Kok (ubi keladi goreng berintikan ayam BBQ) rasa dia biasa-biasa je. 



Untuk minuman, kami order Iced Cham (RM5.90), Iced Kopi (RM5.90) & apple juice (RM7.90). Semua air sedap! Iced Cham memang menarik la rasa teh nya. Dah rasa bahagian bawah baru Ney mixed pulak both tea & coffee untuk rasa lebih mantap. Iced Kopi dia guna kopi kampung so memang kaw habis which is sedap tau! Apple Juice pun rasa buah epal yang sebenar.



Location , parking,  vibe, harga semua ok untuk korang try Bakul Cheh Cha ni bila datang ke Alor Setar. Cuma better datang ramai sikit la boleh order banyak lagi dimsum yang ada, and share share makan. Kalau makan berdua nak order macam-macam bukan perut ke kembung, poket pun boleh rabak. Hahaha! 

Sebelum balik, jangan lupa OOTD dekat spot dalam restoran ni! 

Bakul Cheh Cha 
288D, Jalan Lumpur, 
Kampung Lubok Peringgi,
05100 Alor Setar, Kedah



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook