Alam Flora Sustainability Hunt 2023

10:09 pm


Minggu ni Ney fly ke KL sebab jadi peserta untuk Alam Flora Sustainability Hunt 2023. Ney memang suka recycle dalam kehidupan seharian, jadi kalau dapat participate event macam ni memang excited! Sanggup la fly dari Alor Setar ke KL haha! 

Alam Flora Sdn Bhd adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad, yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah yang mengliputi kawasan perkhidmatan di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu & Kelantan . 

Sustainability Hunt 2023 ni telah dianjurkan buat kali kedua tahun ni, bertujuan untuk mengalakkan penyertaan masyarakat dalam membudayakan kepentingan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian melalui pendidikan. Tahun ni, sejumlah 32 orang peserta join. Wah, memang ramai tahun ni!

Tahun ni memang penuh cabaran ya. Tugasa  bermula sejak sebelum hari event lagi. Di rumah, kami dikehendaki buat project UPCYCLING. Tahu tak apa itu upcycling? 

Upcycling -- menggunakan semula barangan terpakai dengan mencipta barangan baru yang lebih praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 

Jadi tugasan kami ialah untuk menggabungkan dua barangan atau lebih, yang tidak digunakan lagi di rumah dan gabungkan barangan tersebut untuk mencipta satu barang baru. Objektif tugasan ini untuk mewujudkan kesedaran & memberi idea mudah kepada orang ramai untuk memulakan project upcycling sendiri di rumah. Tak perlu lah beli barangan baru kan? 

Ney upcycle kotak kasut lama, paperbag, tissue roll, and tin biskut untuk project upcycling ni. Hasil gabungan semua produk, dapat lah organizer box & tissue box. Mudah je tau!

Untuk tugasan seterusnya, kami perlu menjawab soalan yang diberi dan meneka barangan apa yang perlu dibawa ke Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya masa hari kejadian nanti. Tugasan ini diberi nama Trash OR Treasure. Barangan yang perlu dibawa Tu kiranya treasure items yang boleh dikitar semula dan kita akan jual di Buy Back Centre, FIKS. 

YOUR TRASH IS ANOTHER MAN'S TREASURE 

Bagusnya buat macam ni, so kita pun dapat mendidik orang ramai & mewujudkan kesedaran bahawa barang terpakai juga berhak mendapat peluang kedua. 

Salah satu barang "Treasure" tadi pula digunakan semula untuk tugasan seterusnya: Go Green. Kami upcycling kotak Tetra Pack (kotak susu atau kotak jus) untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.  Bekas ini boleh digunakan beberapa kali sebagai tapak penanaman sebelum kita memindahkan anak benih ke pasu yang lebih besar selepas 1 minggu.

Dapat menggalakkan orang ramai untuk kitar semula, dan menjimatkan lagi kos kerana tidak perlu lah lagi kita beli tumbuhan herba di pasaraya, seterusnya dapat amalkan gaya hidup sihat. 

Tumbuhan untuk dipilih adalah pokok herba yang mudah dijaga dan boleh digunakan dalam masakan atau penggunaan harian seperti daun selasih atau daun pudina. 

Tugasan seterusnya kami menjadi Recycle Master! Di Hab Ilmu PIKS, kami diberi satu beg & ditugaskan untuk menggabungkan barang-barang dalam bag tu mengikut kategori kitar semula barang. 

Jangan lupa untuk kitar cuci bersih, kering, dan asingkan semua barangan kitar semula. 

Dengan aktiviti macam ni lah kita boleh menambah pengetahuan tentang pengasingan sisa mengikut kategori & mempraktikkan amalan ni dalam kehidupan seharian. Lepas ni boleh lah asingkan ya lepas order makanan delivery tu. Ingat, botol plastik & sampah makanan perlu diasingkan dalam plastik sampah berbeza.


Final task, kami perlu menjawab pula kuiz interaktif berkaitan soalan amalan kelestarian alam sekitar untuk mengetahui sejauh mana kita faham tentang carbon foot print berdasarkan gaya hidup kita. Semua soalan berdasarkan penggunaan tenaga, amalan kitar semula & tabiat membeli belah. I'm the only one dapat full marks, juara kelestarian untuk task ni! Hahahah. Tapi kite tak menang pun juara keseluruhan hunt kali ni. Hahaha. 

Semoga lebih banyak la aktiviti seperti Alam Flora Sustainability Hunt ni supaya masyarakat lebih celik pengetahuan tentang menjaga alam sekitar. Jom rawat bumi, sayangi alam bukan untuk kita sahaja, tapi generasi masa hadapan juga.  

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook