Selera Sempoi Buffet Ramadan di Olive Tree Hotel, Penang
6:35 pmBaru-baru ni, Ney dah ada kerja dekat Penang area. Macam biasa, kami prefer stay luar Georgetown sebab tak suka bersesak and pilihan hotel faveret mestilah Olive Tree Hotel, Penang! Olive Tree Hotel terletak berhadapan dengan Spice Arena Penang, area Bayan Lepas.
Ney check-in Executive Deluxe Room kali ni, saje nak rest penat kerja healing dalam bilik best. Bilik memang besar, lengkap dengan segala amenities, ada bath tub! Best kan? Ney memang suka stay Olive Tree Hotel Penang ni sebab its eco-friendly hotel, selesa, bersih dan best!
Oh ya, menariknya sekarang ada Stay & Dine promo tau sepanjang bulan Ramadan sehingga 14 April 2024! Untuk Weekend, pakej bermula harga RM315+ per room per night termasuk sahur atau sarapan dan RM50 cash credit. Untuk weekdays pula pakej bermula harga RM355+ per room per night termasuk juga sahur atau sarapan dan RM70 cash credit!
Pagi tu sahur bermula dari jam 4:30am, fuh menyesal lah tak turun awal sikit sebab buffet sahur banyak giler makanan! Terus rasa macam nk makan semua. Ada Mee Goreng, Nasi Lemak, Big Breakfast, Mee Kari, Pastries, Cereals, Dimsum, dan macam-macam lagi. Dari mengantuk terus bulat mata tengok makanan ya.
Cash credit from Stay & Dine tu boleh buat apa? Ha, dengan cash credit tu boleh la guna untuk Bufet Ramadan, Sajian Olive atau Dulang Citarasa Serantau.
Sajian Olive ada dua jenis, untuk yang single atau nak yang macam dome set untuk makan ramai-ramai 10 orang. Promo ni dah available and bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2024 dan cuma untuk makan tengah hari (11:30am hingga 3:00pm) atau makan malam (6:00pm hingga 10:00pm). Harga untuk Sajian Olive:
Set Seorang: RM55
- Nasi putih, ayam goreng berempah, ikan pari asam pedas, acar, otak-otak, bubur kacang merah, air bandung dan lain-lain.
Set Dome (10 orang): RM960
- kerabu mangga smoked duck, sup ayam berempah, masala kambing, ikan masak 3 rasa, sotong masak lemak nenas, ayam panggang, dan macam-macam lagi.
Dulang Citarasa Serantau pula ialah set platter untuk 4 orang, termasuk air. Set platter ini dah available juga sehingga 30 April 2024, dengan harga RM180 nett untuk 4 orang. Platter lengkap ada satay ayam, kerabu mangga, otak-otak, ayam percik, rusuk kambing bakar, torpedo prawn roll, keropok lekor dan macam-macam lagi.
Selera Sempoi Buffet Ramadan di Olive Tree pula akan bermula dari 20 Mac hingga 6 April 2024 kecuali Ahad. Pakej-pakej harga untuk Selera Sempoi Buffet Ramadan di Olive Tree Hotel:
Dekat bahagian kerabu je ada Kerabu Taugeh Kerang, Kerabu Perut, Kerabu Kaki Ayam dan macam-macam jenis lagi. Juadah raya macam Ketupat Palas makan dengan serunding ayam dan daging pun ada. Ada juga Gado-Gado, Rojak Buah, Acar, Sup Ekor, Bubur fuhhhhh appertizer je dah pelbagai weyh! Sebagai wanita berketurunan jawa mestilah aku serbu Gado-Gado dulu. kuah kacang pekat helok. Kerabu Taugeh Kerang pun sumpah sedap ya bukan selalu dapat makan kerabu macam-macam gini.
0 comments
drop your comment here!