Review: Taken 2

10:15 pm


hi korunkkkkk *gegedik* lama betei tak update blog sampai bersawang. entah ada ke tak orang nak baca lagi kalau update. hiks. final semester at UTP now so sangat busy! tapi sempat je tengok wayang. dari nak buat review Resident Evil: Retribution sampai lah review Bait, semua pun tak sempat menulis. ok, ni nak buat review Taken 2. best ke cerita ni?


Last week, masa kat KL sempat lah buang masa dan duit tengok wayang sambil dating.  Kalau filem pertama Taken tu mengisahkan tentang seorang anak bekas agen kerajaan yang diculik. dan situasi cemas berjaya ditunjukkan apabila si ayah lakonan Liam Neeson hanya mempunyai 96 jam untuk menyelamatkan anaknya. Dalam Taken 2, si ibu pula diculik. anak dia taknak culik dah. Tetapi siapakah yang menculik mereka? Apa motif sebenar penculikan tersebut? Adakah ini berkait rapat dengan kes penculikan Taken 2008? 


Tapi bukan si ibu je yang kena culik sebenarnya. Liam Neeson pun kena culik jugak. So, siapa pulak selamatkan diroang? kenapa anak dia tak kena culik sekali? yeah, anak dia tak kena culik sebab anak dia gigih tolong jadi penyelamat. dengan pertolongan ayahnya, anak dia berjaya mencari lokasi penyembunyian mereka yang diculik. main lukis bulatan atas peta, lepas tu lempar-lempar bom je. ceit, bunyi macam senang la konon? 

Bab kejar mengejar dalam banda Istanbul antara hero dan anaknya,serta orang jahat adalah paling style! anak dia tak pass lesen memandu kot. terer jugak drive secara dasat ni. nasib masa hujung cerita, dia pass jugak lesen memandu. haha. 

cuma, ramai betul yang cakap Taken 2 ni beri persepsi negatif pada agama Islam sebab orang jahat dalam ni Muslim, lepas tu semua cakap Taken 2 ni nak tunjuk keganasan Muslim. aih, terpulang kepada individu masing-masing. anda rasa?

oh, berapa bintang? 3.5 bintang daripada 5 bintang je kot? sebab ada filem lagi best. next entry saya review. 




You Might Also Like

1 comments

  1. taken first dulu memang syok. yang 2nd ni belum dan lagi nak pi tengok. geram aihh

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S