Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014

8:36 am



Assalamualaikum semua! ye seperti yang tertera di tajuk entri ini, Denaihati Network sekali lagi akan mengadakan majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB). tahun 2014 ini tahun ketiga Denaihati anjurkan majlis yang awesome macam ni! Saya pernah join Sepetang Bersama Blogger 2012 , tahun lepas tak berkesempatan nak join kerana convo, dan tahun ni harap-harap diberi peluang untuk join (sebab saya kerja hari Sabtu tapi saya dah semangat daftar awal-awal disini!). tak sabar rasanya nak join majlis ramah mesra blogger nusantara ni sebab katanya ada blogger-blogger yang datang dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan mungkin negara-negara lain juga! Kali ini, SBB2014 akan diadakan pada 8 March 2014 (Sabtu) di Saloma Bistro. 




Tahun 2014 ni, Sepetang Bersama Blogger telah mendapat penaja utama iaitu Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau lebih dikenali sebagai Yeo's. siapa tak kenal Yeo's ni kan? tengah menaip entri pun terus rasa nak minum air kotak teh krisantimum Yeo's faveret saya tu  bersama mi segera Cintan perisa kari. nyum nyum~ Maka, tahun ini SBB dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014. Dan kali ini hashtag yang akan digunakan  ialah #SBB2014 #SBBYEOS2014. jangan lupa ya!



Selain dapat beramah mesra bersama blogger se-nusantara di SBB2014, para blogger juga berpeluang memenangi banyak hadiah-hadiah menarik seperti iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini dan sebagainya. tapi, untuk melayakkan diri menang hadiah cabutan bertua SBB2014 kali ini, peserta perlu mendaftar terleboh dahulu di link ini dan setiap peserta dikenakan bayaran RM 20. murah kan? bukan setakat berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, tapi nanti dapat goodies dan makan-makan jugak di SBB2014. kalau tak percaya, lihat sahaja entri masa saya pergi SBB2012 dulu. macam-macam ada!

kalau anda mempunyai online business macam saya ni juga anda berpeluang untuk buka booth anda sendiri di SBB2014! wow macam best kan? dah la ramai orang datang masa tu. lepas tu dapat shopping pulak kan? Hanya dengan yuran pendaftaran sebanyak RM100, anda berpeluang buka booth jualan di SBB2014. hanya perlu mendaftar disini secepat yang mungkin sebab tempat adalah sangat terhad. tapak jualan pula akan disediakan di ruang legar Saloma Bistro.


Selain daripada itu, barisan panel blogger jemputan juga tak kurang menariknya. ada Ben Ashaari, RedMummy, Shafie Bustan, dan Zarul Husin dan mungkin top-top blogger lain juga yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam dunia blogging ini. 

Yang menariknya SBB2014 kali ini ada sedikit kelainan dari SBB tahun sebelum ini. SBB2014 akan menganjurkan cabutan bertuah mingguan menjelang SBB2014 ini.  Cabutan bertuah untuk semua peserta berdaftar akan dibuat bermula minggu pertama bulan Februari. Peserta bertuah setiap minggu akan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM100 pada minggu pertama, RM80 pada minggu kedua, RM50 pada minggu ketiga dan RM20 pada minggu terakhir bulan Februari. Maka janganlah berlengah lagi dan daftar tempat anda sekarang untuk berpeluang menjadi pemenang cabutan bertuah minggu pada kali ini.

marilah ajak kawan-kawan, roomate, housemate, mak ayah, sedara mara, makwe pakwe yang blogger tu untuk join SBB2014 kali ini. 

KLIK JE GAMBAR BAWAH NI!










You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook