Trip: Bali, Indonesia (Day 3 & Day 4)

12:10 am



selepas kepenatan seharian di hari kedua, kita sambung hari ketiga dengan tentatif di bawah:

6.30 am - Breakfast
7.30 am - Bali Cruise Day Tour
4.15 pm - Depart to Hotel
5.15 pm - Arrive at Hotel
6.00 pm - Dinner at Sami Sami Restaurant Ayana Resort
9.30 pm - Back to hotel


nampak macam bosan gila kan kan Day 3 ni?
memang bosan since aku tak suka mandi laut sebab aku tak pandai berenang pun!

pagi tu terbangun lambat sikit sebab kepenatan aktiviti adventure hari kedua. tp i feel fresh lepas kena massage malam sebelum tu. takde la rasa layu semacam ke apa nak teruskan aktiviti water sport hari ketiga. pagi tu memang tak sempat breakfast so grab donut lembut gebu sedap kat cafe hotel je.



730 pagi, terus bergerak ke jeti untuk ke Tanjung Benoa dan seterusnya nak naik Bali Hai Cruise. yeay!
disebabkan dah booking, maka takde la kena beratur panjang kat kaunter.

okay package adalah termasuk breakfast & lunch dan juga aktiviti-aktiviti di bawah:

 - Snorkeling in Lembongan Bay
- Semi Submersible Coral Viewer
- Volley Ball (beach & pool)
- Ocean Kayaks
- Banana Boat Rides
- Bicycles
-Village & Island Tours
- Water Slides
- Full use of all pontoon facilities

tapi kalau nak add some more activities (tapi tambah bayar dalam USD la):
- Bali Dive Trips
- Parasailing
- Fishing
- Mangrove Tour
- Massage Services
- Aqua Astronauts


masuk je Cruise terus dihidangkan muffin, dan tea. sedap gila muffin tu. then aku pening duduk kat ruang makan ni so aku kehulur kehilir sesi menjelajah kapal besar ni.
Tingkat 2 ada band tengah perform. bosannn~~
Tingkat 3 ada ruang open air yeayyy best!

 




 dah lepas posing merepek atas Cruise ni, akhirnya sampai jua di Nusa Lembongan.
kat tengah-tengah laut tu la macam-macam aktiviti bakal dibuat.
simpan barang berharga, tuala, baju dalam loker yang dia bagi, aku cuma bawak iPhone je bersama.
and opkos la iPhone tu letak dalam waterproof case HyperGear siap-siap da.





perkara pertama adalah pergi tengok fish dari bawah cruise. hahaha~~
nampak lah sikit-sikit je. aku saspek cermin kotor sangat sebab kapal ni malas cuci cermin tempat view fish ni. hahaha~~ tapi teruja juga tengok coral cantik.


lepas tu tengok semua orang dah terjun la apa la. 
aku tengah takde mood lagi nak basahkan badan, aku pegi naik bot kecik and nak tengok coral lagi.
malangnya tak berapa nampak sebab dalam laut kabur je sebab faktor ombak ke apa entah dia cakap.
takpe la atleast nampak sikit-sikit.






so, aku cuma try dua je watersport yang ada. hahahahaha~~
banana boat ride and snorkelling. 
yang lain sumpah tak berani sebab tak pandai berenang.
kang lemas naya je. 
snorkelling pun hampir lemas dah!
and tak best pun snorkelling dalam keadaan laut macam ni. 
tak nampak apa :(


by lunch hour semua kena stop kejap aktiviti and buffet lunch.
oleh sebab duduk dalam tempat yang terlalu banyak pork ni, aku makan salad and pasta je.
pasta tu pun dia gaul dengan olive oil saja. 
sobs sobs~~






masa lepas lunch terus decide argh malas dah la watersport ni.
lepas tu lilit pario beli kat Krisna tu kat pinggang, lepas tu ikut tour ke village and island. 
wah teruja gila! ni baru kena dengan jiwa.
nak ke island ni naik bot lain, then excited tengok laut.
SUBHANALLAH CANTIK NYA!
jernih sangat laut sini. dan bersih betul.




tour guide aku ni apa nama entah. cakap english macam cakap spanish bunyiknya. tak berapa paham slang dia. tapi bila fokus betul-betul paham juga la. sekumpulan yang ikut tour ni dibawa melawat kampung ni. mula-mula tengok temple diorang dari luar. cantik seni ukiran kat Bali ni.


lepas tu ke rumah-rumah yang ada di sini, dan jumpa makcik ni tengah tenun kain. 
kagum tengok makcik tua ni kusyuk tenun kain dia. 
lepas tu kat dinding rumah dia ada gambar-gambar dia tenun kain dari muda ke tua.
memang inilah sumber pendapatan dia. dan seni tenun dia memang halus.
kain cantik tapi macam mahal sangat je almost 300,000 rp. biasalah handmade.
muka makcik ni garang kan? sebab dia siap marah tour guide tu kacau dia haha.
tapi lepas berbahasa melayu tanya dia soalan tetibe makcik ni muka happy. then melayan je dia borak-borak semua. tour guide pun tetibe happy dapat cakap bahasa yang difahami haha.



lepas tu kami dibawa pulak ke temple ke apa entah. rasanya macam tempat semua orang berkumpul kat sini. belakang pintu tu ada orang tengah buat alatan muzik diorang. prepare untuk apa tak tahu la masa tu. cantik sangat tempat ni. 



 

ini sebahagian temple, kedai dan rumah di sini. 
nampak tak nombor berderet atas pintu temple tu?

21 
2
91

itu sebenarnya tarikh temple tu dibina. which is 21 Febuari 1991.
dan kadang-kadang nampak logo atas kedai diorang macam logo Nazi.
no no no.
lain tu. kat Bali, logo tu melambangkan keamanan dan tuah bagi mereka.
lupa nak cerita, kampung ni ketua kampungnya mengamalkan dasar kawasan bebas rokok.
so memang semua tak hisap rokok kalau tak kena denda,
lupa pulak nak ambil gambar kain rentang tu.


Then kami melalui hospital dan sebelah hospital tu ada semak samun sikit. tapi aku memang tahu ni kawasan kubur sebab dah pernah baca somewhere in google. haha.

Sedikit kisah tentang adat kematian disini. Ini apa yg tour guide aku cerita la. Kira-kira 10,000 USD diperlukan bila diorang mati di sini. Untuk apa banyak duet diperlukan?sebab terlalu banyak ritual dan banyak haiwan nak dikorbankan. Ayam je dah 100 ekor. Babi lagi? Mahal tau! Maka, ini kubur sementara untuk mayat tu semua kalau tak cukup duet lagi. Bila dah ada duet nanti barulah dibakar, dan abunya dihanyut kan ke laut untuk laluan ke syurga..mengikut kepercayaan mereka. Setiap kubur ni tak dalam mana pun. Dan ditimbus dengan batu je atas kubur tu. Dan biasanya keluarga si mati ambil masa hingga 9 - 10 tahun baru cukup duet, dan mayat si mati dikeluarkan semula untuk lakukan ritual ikut adat mereka. Moral of the story, kena menabung sebelum mati. mati susah, hidup susah. haha~~





selain perusahan tenun kain, kedai runcit, sewa skuter, dan juga sewa/repair surf board, penduduk Lembogan Island ni juga ada perusahan rumpai laut. hahaha~~ eksaited pulak tengok banyak seaweed kat sini dan pegang seaweed tu. nyum nyum nyum. katanya seaweed banyak diproses dan di eksport ke luar negara.



sambil minum air kelapa free yang diorang bagi, jenjalan ke kedai berhampiran. masa ni entah mana orang lain penat berjalan dah agaknya. cuma tour guide tu je temankan aku window shopping sambil borak pasal Malaysia - Indonesia. kat kedai jual kain & baju, jumpa lagi makcik tua tenun kain.
kat Lembongan Island ni, kalau nak beli t-shirt memang mahal! semua datang dari bandar Bali. tapi kalau nak beli kain batik, pario, kain sarong, kebaya lace murah. 
bayangkan kebaya lace kat Ubud tu 250,000 rp - 300,000 rp tapi standard price kat Lembongan Island ni cuma 100,000 rp - 150,000 rp je? siap boleh tawar-menawar lagi!
aku beli kebaya lace pink untuk kakak aku kt Kuching yang teringin sangat kebaya lace Indonesia hehehe~~


on the way balik semula ke kapal cruise, terjumpa budak umur 11 tahun ni, dengan surf board nya. katanya nak pergi surfing. waaaahhhh dashat lah adik ni!
lepas tu pulang ke hotel kira-kira jam 3.30 - 4.00 petang. 
beli lagi gambar dari Bali Hai Cruise yang bernilai 100,000 rp

 


lepas dah pulang ke hotel, terus mandi dan bersiap untuk pergi dinner di Ayana Resort. 
5-star restaurant. tapi perjalanan ke Ayana Resort ni scary jugak tu. 
gelap dan hutan semacam! betul-betul sesuai untuk orang yang cari ketenangan.


maka, hidangan bernilai 70 USD malam tu adalah:

1. Organic mixed salad - olives, green beans, grilled prawns with italian dressing. 
2. Tiramisu Napoli 
3. Butter pan fried sea bass - beet of vegetable ratatouille, fois gras mash potatoes creamy mustard dill sauce. 
4. Ice lemon tea 
5. Finger biscuits, mascarpons cheese espresso 
6. Squid ink pasta sauted mussles and artichoke
sedap lah untuk orang yang tak makan nasi macam aku ni. 
sangat sedap! tapi masyaAllah panas gila restaurant ni. hahaha~~~
lepas makan, dan kepanasan pergi jalan-jalan ke Rock Bar yang femes kat Ayana Resort ni and nampak tahi bintang! wahhhh~~
Rock Bar ni memang cantik tengok dari atas. tapi, bila ambil gambar tak nampak sangat lah. nak turun ke bawah tu ada cable car. nice kan? okay lah ihsan dari Google ni ada sedikit gambar dan visual sebenar Rock Bar ni cantik mana:
 

 nice kannnnnn????? pergi waktu siang mesti ohsem gila! and memang ombak kat sini pun kuat semacam. kalau dapat pergi lagi, memang teringin nak ke sana tengok Rock Bar ni. tapi nak pergi Bar buat apa? hahaha~~

balik dari Dinner, terus ke tempat massage semalam. hahaha~~~
berjaya ambil gambar curi si Adi ni masa dia tengah sibuk massage orang lain. 
aku punya tukang urut orang lain la tapi dari hari kedua lagi dah ushar si Adi ni.
umur 23 ke 25 tahun entah. muda lagi. senyum dia comel bila nampak braces dia. 
kat tempat massage ni jugak kenal dengan Andre, Sudin, Aril, Liyana dan siapa entah lagi. 
gaji mereka secara purata cuma 1 juta rupiah. itu pun kalau ramai lah customer. sebab gaji bukan bulanan tapi dikira ikut komisen. satu customer, komisen cuma 10,000 rp. 
satu hari bekerja 12 jam, dan paling sikit cuma dapat 2-3 orang customer. paling banyak pun mampu 5 orang je csutomer. dua malam datang ke sini, aku kasi tips 40,000 rp untuk tukang urut aku. kesian sangat. heeee btw seronok jugak kenal diorang dan borak-borak.

===========================================================

hari keempat cuma hari keempat dan seterusnya cuma hari berlibur. hahaha~~
pagi tu lepas breakfast, dan pergi shopping kat jalan tikus (memang diorang berniaga seawal jam 7 - 8 pagi) area hotel dan beachwalk, aku ke pantai Kuta. terkesima tengok pakcik makcik tua tengah bersihkan pantai. menurut pakcik kat situ, katanya memang setiap pagi diorang akan bersihkan pantai. bagusnya!



memakai Wakai Shoes ketika berjalan. sangat selesa!



lunch chicken sandwich yang mahal gila harga 60,000 rp tapi sebab susah nak dapat makanan halal maka redha sahaja. okayh takde dah cerita menarik pun lepas tu semua bosan je. maka, tamatlah kisah di Bali. lepas ni ke mana pula? hehehe~~

===========================================

iklan: 
berat badan berlebihan?
nak kawal berat badan? 
dengan hanya 3 langkah mudah!







You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook