Ulu Yam Di Liverpool 2 - Travelog Hijrah

12:27 am


beberapa minggu yang lalu, teruja lihat di Facebook Abang Nazali, katanya ada majlis pelancaran edisi terhad untuk Ulu Yam Di Liverpool 2 di Ulu Yam!. wah dah keluar buku baru! terus saya pre-order. mana boleh tak order UYDL2 edisi terhad ni sebab ada bab bonus, percuma penanda buku dan tanda tangan penulis! hardcover lagi. kali ni nekad order walaupun tahu susah parcel nak sampai ke rumah ni. masa tu pre-order je sebab teringin nak ke Ulu yam dan join majlis pelancaran edisi terhad tapi, jauh siapa nak bawakkan? 


dan rasa magik bila Firdaus bagi tahu dia akan ke sana. terus nak ikut! ajak roomate sekali yang tak pernah pun dia baca UYDL.



bertolak ke Ulu Yam pun dah petang sebenarnya sebab saya bekerja hari sabtu. terpaksa mereka menunggu saya habis kerja. nasib baik tak traffic jammed sangat. tapi bila melalui kawasan Empangan Batu tu, wah teruja nya tengok sunset! siapa tak kenal Neyra yang memang obsesi terhadap matahari terbenam ni.



sejurus tiba, di Ulu Kalong Resort, Ulu Yam, kami bertiga disambut oleh Abang Nazali dan Adam, anaknya. saya lagi teruja jumpa Adam dari Abang Nazali masa tu sebab Adam comel sangat! hahaha. maaf, abang. lepas tu abang nazali bawa bertemu dengan kak ainon. ya allah, masa ni teruja sampai blur nak salam ke nak cium pipi ke apa ni dengan kak ainon. comel kecil orangnya. rasa bangga dalam diri dapat peluk kak ainon, wanita hebat ini. 

dan kak ainon bawa saya dan roomate saya ke bilik yang selesa sekali. lepas dah selesai urusan di bilik dan berkenalan dengan kawan sebilik yang lain, terus saya ke tempat berkumpul. wah banyak makanan! dan saya yang tak makan tempoyak ni boleh pulak makan ikan bakar tempoyak malam tu. kerang bakar, ayam, sosej, satay semua telan. ya ampun, satay malam tu sedap sangat!




malam itu, ada sedikit perkongsian dari abang nazali tentang UYDL2. malam tu juga saya dapat buku UYDL2 yang saya pre-order tu. terus dibuka buku itu dan mula membaca. ah, Neyra ni kalau dah mula membaca mana tahu erti berhenti. lihat aja muka candid sedang kusyuk membaca itu! malam tu saya tidur hampir jam 3 pagi. duduk depan pintu bilik, kusyuk membaca sambil ditemani oleh Firdaus di sebelah. teruja sampai saya tak kisahkan apa pun, asalkan boleh terus membaca. empat jam juga dihabiskan masa untuk membaca sehingga muka surat yang ke 345 malam itu.



 

pagi subuh lagi dah bangun sebab kesejukan dan teruja dengar bunyi arus deras sungai dari luar bilik. tapi lepas tu saya tidur balik sejam. hehehe. lepas tu bangun, mandi kesejukan dan bersiap untuk breakfast dan berjalan sekitar resort. subhanallah teruja sangat tengok sungai masa tu padahal kampung di Kuantan pun ada je sungai macam ni. hehehe. Neyra memang pencinta alam dari dulu!


mampu untuk katakan tidak dengan keindahan alam cipataan Tuhan seperti ini?
mana mungkin.



majlis pelancaran edisi terhad UYDL2 dimulakan kira-kira jam 12 tengah hari. sementara menanti tu berbual dengan student-student abang nazali dari Liverpool. mesra sungguh mereka ya! seronok dapat kawan baru macam ni. masa pelancaran, kak ainon ada berucap. ya allah, sebak nya hati dengar ucapan kak ainon. betapa sweetnya mereka ni. untung kak ainon punya suami seperti abang nazali. untung juga abang nazali punya kak ainon the superwoman in his life!




bersama rakan-rakan dari Liverpool! 
seronok dapat kawan-kawan baru!

 

Adam, anak abang nazali dan kak ainon. 
teruja nya mat salih celop ni main pasir!
punya susah dan  penat tunggu dia habis main pasir baru dia sudi nak selfie bersama.


keluarga UYDL. 
seronok dapat kenal orang-orang hebat ni semua.

========================================================


Review Ulu Yam Di Liverpool 2.

saat diserahkan buku ini ke tangan saya oleh Kak Ainon, saya dah mula membaca walaupun saya tahu saya jenis kalau sudah mula membaca, tidak pernah kenal erti berhenti. lihat jam, oh 11 malam! baca je lah!

malam tu, bila semua orang masih sibuk makan tanpa henti dan menyanyi beramai-ramai, saya masih terus membaca naskah kedua UYDL Abang Nazali. teruja yang tidak dapat dibendung langsung. setiap kali saya dapat buku baru, saya seperti kanak-kanak yang dapat hadiah hari natal dari bawah pokok krismas. terus buka dan membaca. 

katanya, naskah kedua ini bukan lah sekuel dari naskah pertama. nahh....saya rasa adalah lebih baik baca UYDL yang pertama barulah lebih mendalami UYDL2 ini. dan malam itu, dengan gelap malam dan angin sejuk di luar resort, bertemankan seorang teman yang bernama Firdaus, kami bersengkang mata bawah cahaya lampu kalimantang meneruskan bacaan hingga pagi. 


 

malam itu, sehingga muka surat 345 (bab lima) saya membaca kisah-kisah yang ditulis oleh Abang Nazali. mujur tidak menitiskan airmata ketika membaca. tidak seperti UYDL yang pertama dahulu. kali ini, travelog hijrah ini lebih banyak bercerita tentang kehidupan hijrah Abang Nazali dan keluarga di sana. oh, bila membaca, dah terasa macam berada di sana sekali. seronok mengenali dunia luar hanya dengan bacaan dari UYDL2. entah bila ada rezeki nak ke sana kan?

sedikit sebanyak, diam-diam saya mengakui ada benarnya apa yang Abang Nazali ceritakan di dalam bukunya. sebagai seorang tenaga pengajar di International School di Malaysia ni pun boleh tengok budaya mereka jauh berbeza dengan budaya kita di sini. bila Abang Nazali bercerita tentang bagaimana jauhnya Kak Ainon berjalan kaki ke sekolah anak-anak untuk menjemput mereka, bagaimana anak-anak ada aturan makanan seimbang di sekolah mereka, akademik mereka, bagaimana budaya sentiasa meng-apresiasi orang lain di sana....benar, itu lah yang banyak saya belajar di sekolah tempat saya mengajar sekarang. budaya mereka, berbeza dari budaya kita. kata orang, yang elok itu kita ikut dan adaptasi kan dalam hidup kita. 

Lelaki ini, Nazali Noor banyak mengajar saya dari karyanya. siapa sangka dengan kata-kata motivasi beliau secara santai bersahaja dalam buku juga mampu memberi kesan seperti ini. kamu hebat, abang nazali. kerana kamu tidak pernah kenal erti putus asa. 


dan wanita ini, Kak Ainon yang merupakan tulang belakang Abang Nazali dan supermak untuk lima anak mereka. bangga dapat mengenali Kak Ainon. ternyata wanita ini sangat hebat dalam hidup Abang Nazali dan anak-anak. saya habiskan membaca Bab Bonus Kak Ain sejurus tiba di Kuala Lumpur selepas majlis pelancarann edisi terhad. oh ya, edisi umum tiada bab bonus ini tahu? untuk edisi terhad sahaja. rugi jika kalian tak dapatkan edisi terhad ini. 

ketika majlis pelancaran edisi terhad itu juga, saya tersentuh hati apabila abang nazali berpesan, 
"kepada para suami, anda wajib menghargai isteri anda dan wanita di sekeliling anda kerana wanita adalah ciptaan Tuhan yang paling indah dalam dunia ini."
dan pesanan ini berulang kali di sebutnya ketikan menyampaikan sepatah dua kata. dan jika kalian baca UYDL2, ya... pesanan yang sama juga lah disampaikan. hargai pengorbanan isteri dan ibu anda. bukan mudah menjadi seorang wanita tahu?

dan apabila baca bab bonus kak ainon, dalam hati terdetik berkata,
"mampukah diri ini jadi seorang isteri dan ibu yang tabah dan kuat seperti kak ainon?"



saya terima mesej ini di peti inbox Facebook saya tempoh hari dan terharu campur rasa terkejut bila Abang Nazali menjemput saya untuk naik ke pentas berkongsi rasa pada audience ketika pelancaran edisi umum sabtu ini di SACC Mall. allahu, terharunya. maaf abang, saya kerja mengajar di hari sabtu. saya wakilkan Firdaus untuk gantikan saya, ya? 

siapa sangka anak kelahiran Ulu Yam ini mampu mencipta nama di Liverpool? 
semua impian itu mampu tercapai jika kita berusaha dan sentiasa berdoa dan tawakal.
dan senyumlah. kerana senyum itu selain sedekah adalah penguat azam kita. 


hurm....so bila pulak agaknya UYDL3 akan diterbitkan? 
hihihihi :)









You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook